Memaparkan catatan dengan label Ejen Paten. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejen Paten. Papar semua catatan

Selasa, 12 September 2017

Tugas Ejen Paten atau Patent Agent atau Patent Attorney

Selalu menerima pertanyaan berkenaan kerjaya dan juga apa yang dilakukan di dalam ruang lingkup kerjaya tersebut. Sebagai seorang ejen paten berdaftar antara tugas-tugas adalah seperti berikut dan tidak terhad kepada senarai yang tertulis. 




















Tugas-tugas Ejen Paten:


Menemubual Perekacipta,

memberi khidmat nasihat kepada perekacipta (inventor/innovator), 

mengumpulkan maklumat yang berkaitan Inovasi “innovation”,

memikirkan bentuk tuntutan (claims) yang meluas bagi inovasi perekacipta,

menderaf spesifikasi, memberi deraf spesifikasi paten kepada perekacipta untuk pengesahan, 

membuat pindaan sekiranya ada, menghantar deraf akhir spesifikasi paten dan mendapatkan 
pengesahan dari perekacipta, 

deraf paten tersedia (tugas ini yang paling mencabar), menyediakan borang-borang berkaitan pemfailan,

menghubungi perekacipta atau pengurus harta intelek untuk pengesahan borang-borang paten seperti Borang paten 1 (Patent Form 1), borang Paten 17 (Patent Form 17) dan SJAR (Patent Form 22).

menyedia pembiayaan dahulu untuk membayar fi-fi berkaitan dengan borang-borang.

menghantar borang-borang dan deraf ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia atai Malaysia Intellectual Property Office (MYIPO) bagi permohonan di Malaysia atau pejabat harta Intelek lain seperti International bureau (IB) untuk permohonan PCT (biasa secara online atau melalui RO), 

membawa pulang atau mendapatkan salinan, 

menyedia laporan pemfailan dan salinan dokumen pemfailan paten untuk diserahkan kepada perekacipta bagi tujuan rekod.

memantau tarikh untuk memohon pemeriksaan substantif, menyediakan borang dan bayaran dan memfailkan borang, menunggu maklumbalas pemeriksa,

setelah 18 bulan dan proses pemeriksaan dijalankan, sekiranya menerima laporan "adverse" dari pemeriksa dan mendapat arahan meneruskan proses paten, ejen paten (patent agent) perlu menyediakan maklumbalas kepada pemeriksa,

sekiranya diterima, pihak ejen paten (patent agent) perlu menyediakan pembayaran untuk pensijilan.

Sekiranya telah mendapat sijil pendaftaran (certificate of grant) maka perlu pula memantau pembaharuan sijil setiap tahun.

Banyak lagi  kerja ejen paten.

Kerja-kerja yang paling mencabar adalah menganalisa maklumat, menjejak prior arts yang sesuai, dan khidmat nasihat yang baik. Ini memerlukan bacaan, kefahaman dan pengalaman yang luas. Selain dari itu tugas-tugas pengurusan dan kewangan perlu juga dilaksanakan. Ianya samada boleh dilakukan sendiri oleh ejen paten tersebut atau boleh mengambil pekerja dan mengagihkan tugasa untuk tujuan tersebut. 

Kebiasaannya Ejen Paten juga merupakan Ejen Cap dagangan, Ejen rekabentuk perindustrian dan beberapa lagi tugas yang berkaitan.  Kesemua lesen ejen ini diperolehi dengan kelayakan dan perlu mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)


Lawati laman fb page Norunnuha Patent Trademark Copyright Design
#PatentAgent
#Malaysia
#Patent Attorney

Isnin, 27 Jun 2016

Antara perkara yang diadukan berkenaan Patent dan Cap dagnagan Trademark di Malaysia



Ingin berkongsi berkenaan aduan atau scam berkaitan harta intelek terutamanya cap dagangan dan Paten:

Antarannya:

i) Pihak Klien menghubungi pejabat ejen cap dagangan/trademark menyatakan bahawa  mereka ada menerima surat peringatan pembaharuan trademark oleh pihak ke3 ke alamat lama. Pihak ke -3, memaklumkan agar membuat bayaran dan memberikan kuasa dengan lantikan untuk pembaharuan. Bahaya kerana klien tidak mengenali pihak ke-3 tersebut, tidak pasti samada pihak ke-3 merupakan trademark agent yang berdaftar. 
Jika klien/pemohon sudah melantik  ejen cap dagangan semenjak dari awal proeses pemailan maka digalakkan untuk mengabaikan surat tersebut kerana pihak ke-3 bukan agent yang dilantik.

ii) Klien dihubungi pihak dari China melalui emel menyatakan trademark dan domain name milik klien dalam proses didaftarkan oleh pihak ke-3. Biasanya pihak dari China tersebut membuat pernyataan seakan-akan ianya adalah urgent dan perlu diuruskan segera. Didalam 1 kes yang kami uruskan bagi pihak klien, kami membuat semakan maklumat individu dari China tersebut dan mendapati ianya dikaitkan dengan aktiviti scam dan percubaan untuk memancing klien ke dalam aktiviti trademark traficking, dimana jika pemilik jenama bersetuju dan membuat pembayaran, pihak di China akan membuat pembayaran tetapi meletakkan nama mereka sebagai pemilik.  Sehubungan itu, proses untuk mendapatkan semula cap dagangan akan menjadi lebih sukar.
Tidakan klien menghunbungi ejen berdaftar adalah tindakan yang bijak dan menyelamatkan pemilik jenama dari penipuan.

iii) Klien menerima invoice dari badan antarabangsa bagi pembaharuan patent antarabangsa (via PCT); klien panik dan menghubungi kami. 
Kami nyatakan ianya adalah scam diperingkat antarabangsa.

iv) Sewaktu mesyuarat Persatuan, ahli telah menyatakan bahawa klien mereka telah melaporkan menerima surat dari pihak yang mengaku agent bagi pembaharuan trademark/cap dagangan. Setelah semakan menyeluruh surat itu mengelirukan dan bukan dari agent yang berdaftar di MyiPO.

v) Rakan agent dan pihak Universiti membuat due diligence dan bertanyakan status agent 1 individu.
Jawapan saya: semak senarai ejen atau minta salinan sijil terus daripada individu terbabit.

Ada pihak cuba mengelirukan klien bagi mendapat faedah diatas kekeliruan tersebut, perlu difahami apa-apa surat dari badan tempatan (MyIPO, JPO, IPOS, dsb) atau antarabangsa akan sampai ke alamat agent yang direkod dan tidak akan sampai kepada pemohon.

Sekiranya pemohon/klien menerima surat yang mencurigakan mohon hubungi agent yang dilantik dan direkod.


Salam hormat;

Norunnuha Nawawi
Norunnuha Sdn Bhd
Registered Patent, Trademark, Industrial Design Agent
Registered Plant Variety Agent
Bandar Baru Bangi
Malaysia.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *