Memaparkan catatan dengan label Agen rekabentuk industri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agen rekabentuk industri. Papar semua catatan

Rabu, 13 April 2016

Bagaimana Harta Intelek Berfungsi

Bagaimana Harta Intelek berfungsi dengan menggunakan contoh perniagaan Fareeda Global Resources Sdn Bhd pemilik jenama Fareeda, FNJ, Fareeda Nyata Jelita, Mawar, dan pelbagai lagi jenama.


11 April 2016, Pn. Norunnuha sempat hadir kesidang media Fareeda oleh Fareeda Global Resources Sdn Bhd.
Antara intipati yang dirakam dan diolah untuk kefahaman semula adalah:

1. Cetakan atau print 2D adalah universal terutamanya jika ianya dikeluarkan oleh pengilang fabrik.

Intipati IP: cetakan fabrik dalam bentuk 2D boleh memperoleh hakcipta secara automatik atau mendapatkan hak rekabentuk industri. Kebiasaanya pemilik lebih banyak menggunakan hakcipta bagi karya berbentuk 2D.
__________________________________________________________________________________
2.Jenama merupakan aset perniagaan, jika digabungkan dengan representasi dan elemen emosi menjadikannya suatu brand yang kukuh.

Pengguna kekal membeli dan mengguna jenama tertentu kerana kebiasaan, ikatan (attachment), rupa dan perasaan (look & feel)

Intipati IP: Jenama dan nama baik (goodwill) adalah aset yang boleh dinilai secara berasingan dari aset boleh nampak yang lain (tangible asset).Ianya juga boleh diniagakan.
__________________________________________________________________________________




3. Peluang bagi menambah pendapatan sebagai khidmat pembeli persorangan atau lebih dikenali sebagai "personal shopper" dan juga reseller: kelebihan tidak memerlukan modal besar dan boleh menjual semula kepasaran dengan harga yang dipersetujui kedua pihak penjual dan pembeli. Selain itu, terdapat pasaran jualan lanjutan dalam bentul prelove yang jarang diperoleh bagi produk seangkatan dengannya.

Intipati IP:Harta intelek adalah elemen yang menjana ekonomi, jika ekonomi statik, iaitu tiada perbelanjaan maka tiada permintaan dan penjualan, tiada pergerakan ekonomi, ianya adalah tidak bagus. Maka disini, wujudnya pelbagai lapisan transaksi yang membolehkan pelbagai pihak melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Boleh jadi secara langsung dari perusahaan itu sendiri, dalam bentuk penawaran kerja, syarikat pengiklanan atas talian, billboard, syarikat percetakan bagi alat-alat pemasaran dan pembungkusan, akhbar, khidmat jurufoto, khidmat jurumekap, khidmat kontraktor dan pelbagai lagi. Manakala, secara tidak langsung perniagaan disekitar dan peningkatan pengunjung ke kawasan tersebut menambah bilangan trafik dan potensi sekitar.
__________________________________________________________________________________
4. Kejayaan memacu kejayaan, diatas cerapan, maklumbalas, dan perkiraan daya saing maka proses pertumbuhan dapat disokong. Inisiatif perolehan kilang baharu di Selaman Industrial Park bakal menyumbang kepada penyelesaian masalah kesesakan dan potensi penambahan pengeluaran. Membuka potensi perniagaan baharu dengan rancangan pengeluaran produk sedia "prepacked" menggunakan jenama "Kabira".
Membuka peluang pemasaran bagi produk-produk tempatan.



Intipati IP: Pertambahan portfolio IP menambah nilai dan mewujudkan kesan timbalbalik "buffering". Syarikat yang mempunyai pelbagai sumber nilai mampu mengukuh pegangan pasaran dan berpotensi meningkat lebih jauh.

Inisiatif kami bagi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghargaan harta intelek.
Agar bercambahnya "innovator", "designer", "author" yang asli, berilham dan sering memacu kehadapan kerana tidak terhad ilmu itu. Agar mereka ini tidak takut kehadapan dan mampu menjana ekonomi kendiri tanpa bimbang dilahap oleh mereka yang kurang kesedaran atau sengaja menunggang.



Cap dagangan, jenama, brand, corak, corak 2D -pattern and ornamentation, bentuk 3D-shape and configuration, harta intelek, ekonomi.
Perkongsian yang sama dfbpage: NorunnuhaSdnBhd


Selasa, 28 April 2015

Hari Harta Intelek


Setiap tahun 26 April merupakan hari harta intelek sedunia yang turut diraikan di Malaysia sebagai hari harta intelek Malaysia.

Hari harta intelek Malaysia pertama di raikan di Melaka pada tahun 2005, pada waktu itu saya masih merupakan pelajar Sarjana Harta Intelek di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Boleh dikatakan sambutan agak meriah di MITC pada waktu itu dan saya ada menghadirkan diri pada waktu itu.  

Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2006, sambutan dilaksanakan di Kuala Lumpur Convention Center dimana ianya adalah tahun pertama melibatkan diri secara sepenuhnya didalam bidang harta intelek ini. Saya ada melibatkan diri dan menjaga booth yang dibuka di KLCC, masih segar diingatan kerana pada masa itulah saya menerima klien pertama bagi Cap dagangan.   Tahun berikutnya, masih diraikan di KLCC tetapi saya hanya hadir sebagai pelawat dan juga menghadiri seminar harta intelek.

Setelah ity untuk beberapa tahun hari harta intelek disambut di KLCC, Kuala Lumpur, dan pada tahun 2011 di Persada Johor, sambutan selanjutnya kembali ke Melaka dan juga ada sambutan yang dibuat di Kuantan.


World Intellectual Property Organization (WIPO) telah meletakkan kiraan menuju kepada tarikh 26hb April 2015 di laman facebook page World Intelectual Property Day seperti berikut:


Sumber World Intellectual Property Day 

 Sambutan dengan Tema Creative and Innovative world IP day dan meraikan harta intelek dan musik "celebrating IP and music".


Tahun 2015 ini seakan hambar tanpa sambutan khusus dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia MYIPO sendiri hanya iklan sambutan yang disiarkan pada 27 April 2015.


Besar harapannya agar semangat penghargaan terhadap hak harta intelek (patent, copyright (hakcipta), cap dagangan dan rekabentuk industri) meningkat dari masa kesemasa dikalangan penduduk dan warga Malaysia.


Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Registered Patent, Trademark, Design Malaysia
Ejen berdaftar Patent, Cap Dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.







Jumaat, 24 April 2015

Trademark case Monier Vs La Monier

Monier vs La Monier
Logo dan perkataan Monier diperoleh dari laman web http://www.monier.com.my/ 

Antara kes cap dagangan "trademark" terkini adalah kes Monier vs La Monier,

Jenama "Monier" adalah cap dagangan milik Monier group melalui anak syarikatnya Redland Engineering Limited (REL).

REL  adalah pemilik berdaftar untuk beberapa jenama MONIER untuk barangan dan perkhidmatan di dalam kelas 6, 17, 19 dan 37 di Malaysia.

Selain dari jenama Monier, REL juga merupakan pemilik berdaftar bagi jenama "Monier Coolproof" untuk kelas 6, 17, 37 dan 42.

Semenjak tahun 1979, REL telah menggunakan cap dagangan MONIER di Malaysia dan amat terkenal di dalam sektor pembinaan kategori bumbung dan atap.

Manakala,pihak yang dituduh telah menghasilkan atap menggunakan jenama LaMonier.

Penghakiman oleh Hakin Azizh Nawawi, untuk maklumat lanjut berkenaan kes cap dagangan ini; sila lawati laman INI.
Maklumat berkenaan Monier Malaysia sila rujuk SINI

Ulasan:

Tindakan yang amat bagus diambil oleh REL kerana perlanggaran hak harta intelek dalam bentuk jenama dan juga hakcipta. Tindakan ini adalah tindakan sivil. Semoga menjadi pengajaran kepada pihak yang dengan sengaja menunggangkan di atas usaha pihak lain.
Jika dilihat disini jenama yang digunakan adalah hampir sama dan bagi produk dari kategoru yang sama.
Ini juga melihatkan betapa pentingnya mendaftarkan cap dagangan kerana kita tidak akan tahu bila ianya diperlukan. Mendaftarkan jenama memberikan hak kepada pemilik dan memudahkan proses proses di mahkamah.
Isu jenama yang disalah guna ini amat penting ditangani kerana dibimbangi mencemar nama baik pemilik asal.

Jenama, Cap Dagangan Malaysia,

Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia

Ejen berdaftar bagi Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri di Malaysia

Registered Patent, Trademark and Industrial Design Agent Jurisdiction: Malaysia.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *