27 April 2015
Pagi ini sedang minum dan menjamu soto di Warung Bangi, saya membaca sebuah artikel terbitan IAM.
Antara isikandungannya adalah;
Artikel asal sila rujuk SINI
Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Registered Patent, Trademark and Design Agent Malaysia
Ejen berdaftar Paten, Cap dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.
Pagi ini sedang minum dan menjamu soto di Warung Bangi, saya membaca sebuah artikel terbitan IAM.
Antara isikandungannya adalah;
"Portfolio harta intelek kategori patent yang aktif milik Microsoft adalah yang keenam terbesar di US dengan bilangan 28,130 geran patent dan 9035 masih diperingkat permohonan patent. Microsoft juga dilaporkan memiliki portfolio paten di China dengan 3000 patent dan 3500 permohonan. 85% harta intelek jenis patent adalah dijana secara organik oleh Microsoft, manakala selebihnya adalah melalui pemilikan. Antara penyumbang kepada portfolio patent milik Microsoft adalah Nokia, Skype, Nortel, Antenova AOL dan beberapa lagi."
Artikel asal sila rujuk SINI
Boleh dilihat dari dapatan artikel ini, bahawa Microsoft mempunyai portfolio harta intelek patent yang agak besar, ini belum merangkumi portfolio cap dagangan "trademark" dan juga portfolio rekabentuk industri "design". Mereka tidak hanya memfailkan permohonan patent di US malah memanjangkan permohonan perlindungan patent ke beberapa negara seperti China, European region, dan beberapa negara lain. Keputusan memanjangkan permohonan patent ke luar negara adalah perlu sejajar dengan strategi perniagaan syarikat.
Sifat harta intelek yang merupakan sejenis harta membolehkannya dipindah milik, dimana di dalam kes Microsoft melibatkan proses pemilikan (acquisition).
Perlu difahami bahawa portfolio harta intelek merupakan aset yang menyumbang kepada nilai keseluruhan bagi sebuah syarikat.
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Registered Patent, Trademark and Design Agent Malaysia
Ejen berdaftar Paten, Cap dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.