Selasa, 19 Disember 2017

Kes tepung Susu Tiruan; kasihan anak-anak kecil jadi mangsa.

Baru-baru ini banyak perkongsian dilaman sosial berkenaan kes susu tepung tiruan bagi suatu jenama antarabangsa yang agak terkenal dengan reputasi formulasi susu yang baik dan berkhasiat untuk anak-anak yang membesar. Kebanyakkan kes dilaporkan berlaku di kawasan Johor.

Umum mengetahui susu ibu adalah susu yang terbaik, tetapi kadangkala ada ibu-ibu yang tidak boleh membekalkan amaun yang cukup kepada bayinya. Oleh itu, perlu bergantung kepada susu formula. Susu formula banyak dikeluarkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang membuat kajian tentang penggantian susu ibu ini. Terutama bagi ibu-ibu yang bekerja pemlihan susu formula yang terbaik memastikan anak-anak mendapat khasiat yang secukupnya.

Tetapi, amat mengecewakan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan membuat atau meniru atau dalam kata lain yang biasa kita dengar "menciplak" pembungkusan susu formula jenama antarabangsa ini. 

Dan lebih memburukkan lagi bila susu-susu tiruan ini memasuki rangkaian pasaraya. Susu tiruan ini tidak dapat dibezakan dari yang asli. Apatah lagi bayi atau anak-anak yang mengambil susu tersebut tidak dapat menyatakan perbezaan kepada orang yang lebih dewasa. Bayangkan risikonya kepada anak-anak tersebut.

Didalam 1 gambar yang dikongsikan di media sosial kelihatan rashes atau tompokan merah dikulit anak-anak tersebut. Tidak pasti berapa lama proses alahan ini menunjukkan tanda atau simptom. Bagaimana pula bagi anak-anak yang tidak menunjukkan simptom yang jelas.

Kesan dan implikasi tindakan mereka yang mengeluarkan produk tiruan amat menakutkan dan mungkin belum nampak ketara pada masa ini.

Mereka-mereka yang bertanggungjawab ini perlulah dibawa kemuka pengadilan.
Mohon pemilik jenama susu formula tersebut menjalankan tanggungjawabnya untuk memantau produk di pasaran dan menggunakan sistem penguatkuasaan bagi memastikan produk yang dipasarkan adalah benar-benar milik mereka dan yang asli. Gunakan KPDNKK dan jaga hak harta intelek jenama tersebut. Amat penting, jika tidak dijaga, pengguna mungkin akan beralih ke jenama lain yang boleh dipercayai. Kebanyakkan jenama antarabangsa akan mendaftarkan jenama mereka di Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau dikenali juga sebagai MYIPO.


Bagi ibu-ibu pula bila ada maklumat-maklumat begini perlu sedikit berhati-hati, belilah produk susu formula di rangkaian pasaraya yang boleh dipercayai atau tukar sementara isu ini diselesaikan.
Sebaiknya belikan bagi anak-anak 2 tahun keatas boleh berikan alternatif lain untuk keperluan tumbesaran dan nutrisinya.

#Susutepungtiruan

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *