Memaparkan catatan dengan label Trademark Agent. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trademark Agent. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Oktober 2017

Trademark dan Undang-undang berkaitan Akta Cap Dagangan Malaysia

#2
-------------------------------------
TM-Trademark Act Malaysia

Jika terdahulu membincangkan Cap dagangan atau TM yang terbina disebabkan penggunaan dan pembinaan nama baik atau goodwill Rujuk pautan ini.

Kini kita lihat pula pilihan untuk merancang jenama dan menggunakan peruntukkan Akta cap dagangan Malaysia.

Bagi yang merancang memulakan perniagaan (atau pengeluaran produk baharu), pasti ada perkataan-perkataan yang bermain difikiran untuk dijadikan samada nama syarikat atau jenama untuk produk.

_____________________________________________________________


Untuk memastikan perkataan yang ada digambaran itu berpotensi untuk didaftarkan dan boleh digunakan (available-bukan milik pihak lain); 


langkah berikut perlu diambil;

1. Senaraikan dahulu perkataan-perkataan tersebut;

2. buat semakan carian umum menggunakan enjin carian "GOOGLE" dan beberapa lagi enjin yang berkaitan.

3. buat semakan makna/erti dalam pelbagai bahasa, adakah ianya mempunyai erti yang tidak baik dalam bahasa asing yang lain.

4. Merujuk kepada senarai perkataan-perkataan yang sedia ada.

Asingkan perkataan-perkataan berikut:

= yang telah digunakan oleh pihak lain,
(samada sama atau hampir sama);

= yang mempunyai maksud yang kurang enak (samada secara bertulis -di dalam kamus atau secara bahasa pasar);

= yang mempunyai/merujuk kepada nama tempat, terutama kawasan atau geografi yang terkenal;

= yang mempunyai perkataan yang merujuk kepada produk (direct ref);

= perkataan-perkataan seperti "Royal", "Halal", "patented".

5. Buat semakan carian di pengkalan data cap-dagangan IP Online (bagi permohonan di Malaysia) keatas senarai pendek perkataan-perkataan yang berpotensi.

6. Asingkan perkataan-perkataan yang ada di dalam senarai daftar.

7. Memperoleh senarai pendek perkataan berpotensi didaftarkan, sebaiknya 2 atau 3.

8. Bangunkan rekaan perkataan tersebut samada menggunakan stylized font atau rekaan baharu atau gabungan dengan logo atau device, merujuk kepada konsep jenama yang ingin dipasarkan kepada pengguna.

9. Membuat pilihan yang sesuai dengan konsep jenama dan buat semakan akhir di pengkalan data untuk perkataan dan device (jika ada).

Setelah dipastikan.

10. Failkan permohonan cap dagangan di MyIPO.



_______________________________________________________________

Langkah-langkah di atas,

Boleh melakukan sendiri; atau 

berhubung dan menggunakan khidmat Ejen Cap dagangan berdaftar untuk tujuan semakan dan pengurusan pemfailan TM tersebut.

Proses pemfailan di MyIPO akan mengambil masa anggaran 8 bulan ke atas untuk mendapatkan sijil dan masih tertakluk kepada pemeriksaan oleh pemeriksa cap dagangan.


_______________________________________________________________

Nota 1
untuk senarai perkataan yang tidak boleh didaftarkan atau yang memerlukan kelulusan pihak lain perlu rujuk Akta Cap dagangan.

Nota 2: 
Langkah 2 dan Langkah 5 untuk produk yang disasarkan ke pasaran luar negara, pengkalan data perlu diluaskan kenegara tersebut.

Nota 3: Penafian
Panduan ini dibangunkan hasil cerapan kendiri dan bacaan bagi pemilihan cap dagangan dari awal. Ianya tidak terhad kepada 10 langkah sahaja. Rujuk ejen-ejen yang berdaftar bagi membantu proses yang berkaitan.


Turut di pos di fb: fb link.

Contoh jenama yang telah berdaftar dan direka dengan mengambil kira langkah-langkah di atas.






Cukup dahulu untuk hari ini.

Isnin, 6 Mac 2017

Cap dagangan Perakuan

Kita biasa dengar tentang penjenamaan dan perlindungan trademark untuk produk. Ini yang ramai usahawan masa kini telah mempunyai kesedaran. Bagus teleh terdapat peningkatan khusus untuk cap dagangan bagi barangan.


Perlu diingat juga, trademark perlu difailkan bagi kelas yang sesuai untuk produk yang diniagakan, contohnya bagi kategori produk pakaian maka kelas yang bersesuaian adalah kelas 25, jika difailkan ke kelas lain maka walaupun ada sijil untuk kelas lain tersebut tetapi tidak boleh dikuatkuasakan sekiranya perlu mengunakan khidmat penguatkuasaan kerana pendaftaran adalah ke kelas yang tidak berkaitan dengan pakaian.


Kadangkala, pemilik jenama terutama yang fail sendiri, menghadkan spesifikasi barangan sewaktu mengisi borang dan setelah berapa lama mendapat sijil.Setalah 3 tahun berniaga rasa ingin dan perlu pula menambah produk, diversifylah katakan, TETAPI yang menyedihkan spesifikasi produk yang baharu (yang juga tertakluk kepada kelas yang sama) tidak dimasukkan didalam permohonan terdahulu.

Oleh itu, walaupun ada sijil, BOLEH JADI akan timbul isu juga terutama jika perlu menguatkuasakan hak jenama tersebut kerana dalam sijil tiada ditulis produk yang baharu.
Oleh itu, jangkalah agak-agak pengembangan perniagaan tu. Sebabnya jika ini berlaku akan ada kos yang terlibat. NN


Selain dari trademark untuk produk ada juga trademark yang dimiliki oleh badan perakuan atau syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengujian contohnya seperti di gambar.




Ini adalah cap dagangan TUV untuk produk-produk berkaitan kenderaan.
Lihat pemfailannya adalah untuk kelas 12 iaitu kelas berkaitan "vehicle".
Pemiliknya adalah "TUV Rheinland" dari "GERMAN", TUV Rheiland akan melakukan pengujikan keatas produk-produk dibawah kategori tersebut dan jika melepasi kriteria baharulah boleh meletakkan "sticker" "TUV Rheinland certified".

Begitu juga cap dagangan halal yang dipohon oleh KERAJAAN MALAYSIA dan didaftarkan oleh JAKIM semenjak tahun 2001 lagi. JAKIM adalah badan yang diberi kuasa untuk menganugerahkan sijil perakuan "certification mark" kepada pemohon yang memohon untuk menggunakan logo HALAL MALAYSIA tersebut. Logo HALAL MALAYSIA telah dipohon untuk 18 kelas mencakupi kelas bagi produk dan juga kelas bagi perkhidmatan, manakala portal "HALAL verified engine" dimiliki secara bersama oleh "Dagang Halal" dan KERAJAAN MALAYSIA.
Oleh kerana sifat kewilayahan sistem cap dagangan ini, permohonan bagi logo HALAL MALAYSIA dilakukan juga untuk negara atau blok lain seperti EROPAH.

Terdapat 45 kelas keseluruhanya dan tidak sama aplikasinya bagi negara-negara lain.
Contohnya China dan Indonesia walaupun sama 45kelas tapi ada perbezaan dari segi pecahan spesifikasi.


Penulis boleh dihubungi di Norunnuha Sdn Bhd 0389222518.

#Ejen
#capdagangan
#Malaysia
#TrademarkagentMalaysia

Isnin, 27 Jun 2016

Pertandingan MaGRIs anjuran Yayasan Inovasi Malaysia membangunkan perekacipta tempatan

Beberapa minggu yang lalu saya terlibat sebagai coach bagi membimbing para innovator atau perekacipta bagi pertandingan MaGRIs atau dikenali juga sebagai Pencarian Inovasi Akar Umbi.
Jumlah keseluruhan pemohonan untuk pertandingan ini adalah 217 dan setelah 2 pemilihan 15 terpilihan untuk sesi bootcamp dan coaching. Dari 15 ini hanya 6 akan terpilih untuk mendapat geran RM30,000/-. Manakala dari 6 yang terpilih 2 akan dipilih untuk usaha pembangunan dan sokongan proses pemgkomersilan.

Saya telah dijemput oleh Duta Inovasi En Robest Yong.

En. Robest memberikan penerangan, kata-kata semangat dan tip untuk sisi pitching.
Sebelum itu CEO (En. Aziph Dato; Mustapha)  dan Pengurus Besar(Pn. Florence Ki)  YIM telah memberikan kata-kata aluan dan pembukaan.


Sesi foto bersama peserta dan coach yang dilantik oleh Yayasan Inovasi Malaysia.

Bootcamp dilaksanakan selama 2 hari, Sesi pertama adalah persediaan peserta di mana pakar-pakar pelbagai bidang menyumbang dan melatih peserta bagi sesi pitching keesokkan harinya.  Saya dan beberapa pakar antaranya Dr. Rahmat Shazi ( Strand Engineering), Dr Norhafizah (UPM), En, Awang (Yayasan Angkasawan), Dr Zulhasni (Proton-TRIZ), Pn. Lam  (Nestle) dan beberapa lagi.
Kami perlu memilih dari 15 permohonan tersebut untuk bimbingan.

Antara peserta adalah En Abd Mansah dari Kalabakan Sabah dengan produk minyak herba Kalabakan. 
Menurutnya Minyak herba Kalabakan ini merupakan resepi turun temurun milik keluarganya yang beliau perbaiki komposisinya dan proses pembuatannya. Saya mencabut projek En. Abd Mansah untuk sesi "coaching".

Malaysian Grass Root Innovation Search
Inovasi Akar Umbi

Membangunkan perekacipta tempatan

Puan Norunnuha Nawawi
Penasihat Harta Intelek
Registered Patent, Trademark, Industrial Design Agent ( Malaysia)
Norunnuha Sdn Bhd




Jumaat, 24 April 2015

Trademark case Monier Vs La Monier

Monier vs La Monier
Logo dan perkataan Monier diperoleh dari laman web http://www.monier.com.my/ 

Antara kes cap dagangan "trademark" terkini adalah kes Monier vs La Monier,

Jenama "Monier" adalah cap dagangan milik Monier group melalui anak syarikatnya Redland Engineering Limited (REL).

REL  adalah pemilik berdaftar untuk beberapa jenama MONIER untuk barangan dan perkhidmatan di dalam kelas 6, 17, 19 dan 37 di Malaysia.

Selain dari jenama Monier, REL juga merupakan pemilik berdaftar bagi jenama "Monier Coolproof" untuk kelas 6, 17, 37 dan 42.

Semenjak tahun 1979, REL telah menggunakan cap dagangan MONIER di Malaysia dan amat terkenal di dalam sektor pembinaan kategori bumbung dan atap.

Manakala,pihak yang dituduh telah menghasilkan atap menggunakan jenama LaMonier.

Penghakiman oleh Hakin Azizh Nawawi, untuk maklumat lanjut berkenaan kes cap dagangan ini; sila lawati laman INI.
Maklumat berkenaan Monier Malaysia sila rujuk SINI

Ulasan:

Tindakan yang amat bagus diambil oleh REL kerana perlanggaran hak harta intelek dalam bentuk jenama dan juga hakcipta. Tindakan ini adalah tindakan sivil. Semoga menjadi pengajaran kepada pihak yang dengan sengaja menunggangkan di atas usaha pihak lain.
Jika dilihat disini jenama yang digunakan adalah hampir sama dan bagi produk dari kategoru yang sama.
Ini juga melihatkan betapa pentingnya mendaftarkan cap dagangan kerana kita tidak akan tahu bila ianya diperlukan. Mendaftarkan jenama memberikan hak kepada pemilik dan memudahkan proses proses di mahkamah.
Isu jenama yang disalah guna ini amat penting ditangani kerana dibimbangi mencemar nama baik pemilik asal.

Jenama, Cap Dagangan Malaysia,

Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia

Ejen berdaftar bagi Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri di Malaysia

Registered Patent, Trademark and Industrial Design Agent Jurisdiction: Malaysia.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *