Sabtu, 7 Oktober 2017

Yoko Ono memaksa jenama John Lemon untuk ditukar.

Baru-baru ini menonton video berita dari Reuters bertajuk "yoko-ono-forces-john-lemon-drink-to-re-brand".

Link untuk menonton video tersebut disini


Syarikat minuman Polish di UK menggunakan perkataan John Lemon untuk produk air berperisa Lemon (Lemonade) dan air botol berperisa soda.

Syarikat dari Poland merupakan syarikat diusahakan oleh  keluarga dan telah beroperasi selama 5 tahun. 

Jenama John Lemon juga menggunakan tagline berkaitan lagu2 John Lennon seperti John Lemon "Let it Be", menggunakan gambar mendiang dan karekter berkaitan mendiang John Lennon seperti cermin mata bulatnya.

Yoko Ono telah meminta peguamnya untuk menghantar surat kepada syarikat pengeluar air tersebut menyatakan bahawa syarikat tersebut telah melanggar hak cap dagangan dan nama baik mendiang suaminya John Lennon.  Yoko Ono menyatakan syarikat tersebut menggunakan jenama John Lemon yang seakan-akan sama dari segi bunyi dan representasi dan yang berbeza adalah huruf "nn" dan huruf "m".  Tambahan lagi syarikat tersebut menggunakan menonjolkan identiti dan karakter yang seakan-akan sama dengan mendiang John Lennon.

Nama JOHN LENNON telah didaftarkan diUK oleh Yoko Ono.  Yoko Ono mengambil tindakan dan memaksa syarikat Lemonade tersebut menukar jenama lemonade keluarannya. 

Syarikat tersebut menukarnya dari "JOHN LEMON" kepada "ON Lemon".


Pendapat saya.

Ini adalah cubaan untuk menunggang nama baik dan karekter mendiang John Lennon. 

Persoalannya Kenapa John Lemon? dan bukan Mc Lemon, Jim Lemon. 
Dan mengapa juga tajuk lagu, gambar dan karekter mendiang digunakan.

Itu sebabnya penting untuk melindungi cap dagangan (trademark) dengan mendaftarkan. Cap dagangan yang telah direkod didalam daftarpun boleh dibatalkan jika ianya didaftarkan dengan niat jahat/dengan salah.   Di Malaysia ini belum ada kes sebegini lagi, kalau adapun jenama yang digunakan adalah Saloma Bistro (mungkin telah mendapat izin dari waris berkaitan).

Lagi berita berkaitan disini

Trademark dan Undang-undang berkaitan, TM- Common Law

Trademark dan Undang-undang berkaitan.
------------------------------------



NO. 1.
-------------------------------
TRADEMARK - common law
-------------------------------

Jika seorang peniaga (trader) berniat menjadikan sesuatu perkataan (word) atau beberapa perkataan (seperti tagline) sebagai satu tanda bagi produknya, maka bolehlah meletakkan tanda TM disisi perkataan/beberapa perkataan yang diniatkan sebagai tanda tersebut.

Gunakan representasi perkataan/tagline secara tetap sebagai identiti dan dengan masa dan usaha pemasaran yang konsisten produk akan meraih nama baik.

Setelah beberapa lama dengan usaha pemasaran yang konsisten dan nama baik telah terbentuk maka perkataan tadi sudah menjadi jenama "brand".
Jika berlaku perlanggaran hak oleh pihak ke-3, maka boleh menggunakan common law untuk membawa pihak ke-3 ke Mahkamah.


Pembuktian yang PERLU.
-------------------------------
1. Goodwill (Nama baik)
2. Berlaku missrepresentation
3. Damages 
(contoh- jualan turun disebabkan oleh pihak ke-3)



KELEMAHAN 
----------------
NO. 1
■ Hanya boleh menggunakan common law (proses mahkamah). Tidak boleh melapor dan meminta kepada penguatkuasa KPDNKK untuk rampasan.

■ Memerlukan masa dan usaha untuk membina Goodwill. 
Jika baharu sangat menggunakan perkataan/beberapa perkataan tersebut sebagai tanda bagi produk maka sukarlah sedikit jika berlaku perlanggaran oleh pihak ke-3. 

■ Risiko peniaga lain menfailkan perkataan/beberapa perkataan tersebut untuk pendaftaran mendapatkan sijil MyIPO (Malaysian Intellectual Property Office).

■ Sangat khusus kepada produk yang diniagakan.

■ Jika baharu, Risiko menggunakan TM peniaga lain yang telah berdaftar. Ini berlaku kerana tidak menyemak daftar. Dalam banyak kes peniaga begini terpaksa menukar pembungkusannya.


Ini juga dikenali sebagai cap dagangan tidak berdaftar (unregistered Trademark)


PERINGATAN
----------------
Oleh itu yang lebih selamat adalah mendapatkan kedua-duanya iaitu perlindungan Trademark  dibawah Common Law dan juga perlindungan Trademark dibawah Akta Cap Dagangan yang juga membolehkan laporan kepada penguatkuasa untuk rampasan (raiding).



Bersambung di:

TRADEMARK-AKTA CAP DAGANGAN 

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *