Jenama (Brand)
Dah biasa dengar tentang jenama, dan juga kepentingan perlindungan jenama dengan menggunakan pendaftaran cap dagangan atau biasa dirujuk sebagai "trademark registration".
Nak tahu penting atau tidak pendaftaran cap dagangan ini, kita lihat statistik pemfailan cap dagangan yang diperolehi dari laman MyIPO.
Jika dilihat seperti di jadual di atas:
Permohonan cap dagangan pada tahun 2007 oleh:
Pemohon tempatan di Malaysia adalah sebanyak : 12,289 permohonan cap dagangan;
Pemilik jenama antarabangsa (foreign) adalah sebanyak : 13,605 permohonan cap dagangan.
Oleh itu,
jumlah permohonan cap dagangan untuk tahun 2007 adalah sebanyak:
25,894 permohonan cap dagangan.
Setelah itu, didapati bilangan permohonan cap dagangan telah meningkat dari tahun ke tahun iaitu:
pada tahun 2008: 26034 permohonan; dan
pada tahun 2016: meningkat kepada 39,107 permohonan cap dagangan bagi pemohon tempatan dan pemohon antarabangsa.
Pada tahun 2017, setakat November 2017; didapati jumlah permohonan cap dagangan tempatan adalah sebanyak 17, 918 permohonan manakala jumlah pemfailan oleh pemohon antarabangsa adalah 19, 361. Oleh itu jumlah keseluruhan setakat November 2017 adalah 37,279 permohonan.
Jika dibandingkan dengan bilangan permohonan cap dagangan pada 2017 setakat November dengan bilangan permohonan cap dagangan pada tahun 2007 didapati terdapat peningkatan sebanyak hampir 12,000 permohonan.
Permohonan cap dagangan dari pemohon tempatan juga menunjukkan peningkatan yang sihat.
Oleh kerana cap dagangan ini berkait rapat dengan perusahaan dan perniagaan, peningkatan ini merupakan petunjuk yang bahawa makin ramai usahawan di Malaysia yang memahami kepentingan mendaftarkan jenama mereka di MyIPO.
Peningkatan dari pemilik jenama antarabangsa juga menunjukkan bahawa pasaran Malaysia kini adalah sangat aktif dan kompetetif berbanding 10 tahun lalu.
Kini boleh didapati banyak jenama-jenama antarabangsa yang memasuki Malaysia, jika dahulu jarang kita lihat jenama-jenama kosmetik dari Korea, kini ianya boleh didapati dipasaran Malaysia.
Contoh jenama-jenama dari Korea ini adalah seperti:
Natures Republic,
Laniege,
Elianto,
Althea,
dan beberapa lagi jenama terkenal.
dan beberapa lagi jenama terkenal.
Jenama Althea Korea Malaysia Sumber: www.myalthea.kr |
Untuk melindungi jenama mereka, perlulah pemilik jenama antarabangsa tersebut didaftarkan di Malaysia. Ini kerana permohonan cap dagangan atau trademark ini bersifat kewilayahan dan perlu dipanjang ke negara-negara yang mempunyai potensi pasaran.
Selain dari bilangan permohonan cap dagangan boleh juga di dapati bilangan cap dagangan yang didaftarkan. Proses untuk memperolehi cap dagangan berdaftar adalah mengambil masa dan paling minimum jika ianya adalah kes langsung yang tidak menerima apa-apa bantahan maka prosesnya adalah anggaran 8 bulan untuk memperolehi sijil cap dagangan.
Jika ada isu-isu kebolehdaftaran atau kesamaan cap dagangan yang dipohon dengan maklumat didalam daftar rekod cap dagangan MyIPO maka terdapat langkah-langkah lain yang perlu diambil untuk mendapatkan pendaftaran.
Dalam kebanyakan kes yang mempunyai isu ada sebahagiannya bertukar status seperti:
- Ditolak (Rejected)
- Bantahan dikekalkan (Objection Maintained),
- Diabaikan (abandon); atau
- ditarikbalik (withdrawn).
Cap dagangan berdaftar yang melindungi jenama adalah merupakan salah satu komponen harta intelek (intellectual property) yang amat penting bagi usahawan.
Oleh itu, jangan sia-siakan penat lelah membangunan perniagaan tapi akhirnya terganggu kerana isu-isu berkaitan hak cap dagangan yang sebenarnya boleh diuruskan. Lebih baik berbelanja sedikit dari rugi besar dikemudian hari.
Tukar minda untuk melihat pendaftaran harta intelek samada cap dagangan, paten, hak cipta, rekabentuk industri adalah merupakan satu bentuk pelaburan dan bukannya perbelanjaan.
Untuk maklumat lanjut: