Memaparkan catatan dengan label akta cap dagangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akta cap dagangan. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2020

Akta Cap Dagangan 2019 Akta 815

Akta  Cap dagangan  2019 merupakan akta yang baharu dikuatkuasakan pada 27 Disember 2019.



Jadi apakah yang ditakrifkan sebagai Cap dagangan atau "trademark":



Cap dagangan adalah apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membeza barangan atau perkhidmatan suatu perusahaan dengan barangan atau perkhidmatan perusahaan-perusahaan yang lain.


Kata kunci yang paling penting di sini adalah "tanda  grafik yang digunakan di atas barangan atau perkhidmatan: bagi membezakan.


Jadi dengan itu tentulah barangan atau perkhidmatan sewajarnya tidak mempunyai tanda yang serupa atau hampir serupa. 


Lagi pula bila dirujuk perkataan "grafik" tersebut bermaksud ianya adalah mesti boleh dilihat dengan pacaindera mata. 



Jadi bagaimana pula kisahnya jika cap dagangan tersebut merupakan Cap Dagangan Bukan Tradisional, Cap dagangan Bukan Tradisional ini baharu diperkenalkan di Malaysia dengan pewartaan Akta 815 ini. 

Terutamanya bagi Cap Dagangan Bukan Tradisional dari kategori bau atau merujuk kepada bahan yang terwap seperti wangian dan sebagainya dan juga bagi bunyi-bunyian.  

Garis Panduan mungkin akan dikeluarkan bagi membantu proses permohonan. Tetapi ianya masih menarik untuk difikirkan.Digalakkan untuk sentiasa merujuk kepada laman sawang MyIPO.  

Terdapat beberapa publikasi di internet merujuk kepada amalan di negara-negara lain berkenaan cap dagangan bukan tradisional ini. 

Sebagai contoh cap dagangan bau di dalam permohonan dimana bau itu dijelaskan secara diskiprif "descriptive"  perlulah dijelaskan secara tepat bagi kelas kategori produk atau perkhidmatan dan bau tersebut (merujuk kepada penjelasan diskriptif tersebut) tidak dikelirukan dengan bau lain. 

Contohnya:

Produk: Bola Tennis 
Cap Dagangan dalam bentuk bau: bau segar rumput yang baru dipotong.

Perkhidmatan: Kedai konsep Verizon Store di Amerika Syarikat
Cap dagangan dalam bentuk bau: bungaan seperti dijelaskan "flowery musk scent"


Perkhidmatan: Kedai slipar flip flop 
Cap dagangan bau gula-gula getah 

Sumber rujukan bagi cap dagangan bauan di Amerika Syarikat di SINI

Manakala bagi cap dagangan bukan trasdisional didalam kategori bunyi pula, representasi sewaktu permohonan perlulah samada dalam bentuk nota musik atau paparan oleh oscilogram, spektrum, spektogram atau sonogram adalah diterima. 

Walaubagaimanapun perlu merujuk kepada representasi yang boleh diterima oleh satu-satu pejabat cap dagangan yang mana cap dagangan berasaskan bau dan bunyi ingin dipohon. 

Contoh pemfailan bunyi "Hisamitsu" yang digunakan oleh syarikat Hisamitsu Corp. 

Image result for sound trademark sonogram

Selain dari itu; 

Bagi pengguna Nokia mungkin sudah terbiasa dengan musik pendek sewaktu menghidupkan telefon bimbit Nokia. 

Nota bagi bunyi Nokia adalah seperti berikut:


Related image

Rujuk pos awal berkenaan perbezaan diantara Akta Cap Dagangan 1976 (Trademark Act 1976) dan Akta Cap Dagangan 2019 (Trademark Act 2019) di SINI.



Nota: untuk takrifan khusus seperti di dalam Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815) perlu merujuk Akta tersebut. 

Khamis, 12 Disember 2019

Akta Cap Dagangan Malaysia


Persekitaran Harta Intelek Malaysia bakal berubah,  Akta Cap Dagangan 1976  (Trade Mark Act 1976) telah diguna pakai di Malaysia sehinggalah cadangan pindaan dan pemansuhan dikemukan; dan pada 02 Julai 2019 Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (Trademark Bill 2019) dengan pindaan.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/02/dewan-rakyat-passes-trademarks-bill-2019/1767595



Setakat tarikh tulisan ini, di maklumkan Akta Cap Dagangan 1976 akan tidak terpakai bermula pada tarikh 27 Disember 2019.

Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (TMA 2019) akan diguna pakai bermula tarikh yang sama.
TMA2019 ini membolehkan permohonan ke peringkat antarabangsa melalui pejabat MyIPO sebagai pejabat penerima (Office of Origin). Banyak posting-posting oleh pihak MyIPO yang memaklumkan bahawa pengusaha atau usahawan boleh membuat permohonan di peringkat antarabangsa untuk memohon cap dagangan di negara asing.


Apakah perbezaan atau pembaharuan di antara Akta Cap dagangan 1976  yang lama dengan TMA2019 ini.



Akta Cap Dagangan 1976
TMA 2019
Proses permohonan 2 peringkat iaitu fasa pemfailan di mana pembayaran pertama di buat dan fasa penerimaan di mana pembayaran kedua untuk penerimaan.
Proses 1 peringkat dimana bayaran permohonan merangkumi yuran penerimaan
Carian menggunakan khidmat MyIPO adalah pilihan yang berbayar
Memberikan pilihan menggunakan khidmat MyIPO bagi "clearance search"   dan jika menerima bantahan dari pemeriksaa  yuran pemfailan (iaitu bayaran pertama) boleh dimohon untuk dikembalikan (refund)
Jenis cap dagangan adalah jenis tradisional iaitu perkataan dan logo
Jenis cap dagangan yang boleh dipohon diperluaskan kepada bentuk 3D, bunyi, bauan, hologram, warna, kedudukan, aturan dan sebagainya.
Non-Traditional marks
Menerima pemfailan dalam bentuk:
Cap dagangan
Cap dagang Pertahanan (defensive mark)
Cap dagang Perakuan  (certification mark)
Memperkenalkan Collective Mark


Mengguna pakai Nice Classification
Menambah penggunaan Asean classification
Tidak boleh menerima pemfailan antarabangsa melalui sistem Madrid.
Akta baharu membolehkan pejabat MyIPO menerima permohonan melalui sistem Madrid
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences” adalah di bawah selian Akta Perihal Dagangan.
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences) di masukkan kedalam akta baharu
Tiada peruntukan berkenaan perekodan securitization
Peruntukan perekodan securitization dan sebagainya dimasukkan
Pembatalan cap dagangan berdasarkan keputusan mahkamah.
Pendaftar cap dagangan diberi kuasa untuk melaksanakan Pembatalan pendaftaran cap dagangan.
Lesen Ejen Cap dagangan boleh diperoleh berdasarkan pengalaman dan temuduga dengan pendaftar Cap dagangan.
Untuk mendapatkan Lesen Ejen Cap dagangan perlu melalui lulus peperiksaan Ejen Cap Dagangan.



Setakat ini yang dapat diteliti, jika ada penambahan senarai perbezaan ini akan dikemaskinikan dari masa kesemasa.


Norunnuha Sdn Bhd
Patent. Trademark. Design. Copyright. IP Valuation. Advisory. Consultancy

Khamis, 30 Julai 2015

Harta intelek BOB pelikat pants

Ini adalah serba sedikit cerita harta intelek berkaitan BOB pelikat pants.  

Jika dilihat paparan di bawah terdapat beberapa portfolio cap dagangan milik Afdlin Shauki berkaitan perniagaan milik beliau iaitu Pelikat Pants dan Batik Pants.  Afdlin telah secara kreatif mereka logo menjadikan logonya mempunyai ciri "distinctive", ciri distinctive ini memenuhi keperluan kelayakan kebolehdaftaran sesuatu cap dagangan.





Dapat dilihat juga disini beberapa jenama yang mempunyai huruf BOB, ini adalah kerana sewaktu carian saya memasukkan kata kunci BOB.



Maklumat pendaftaran Cap dagangan dalam bentuk logo bagi BOB.



Dapat dilihat disitu, Afdlin Shauki Aksan merupakan pemohon bagi cap dagangan tersebut.
Status Cap dagangan adalah berdaftar dan sijil pendaftaran telah dikeluarkan pada 09 Februari 2015.
Oleh itu, cap dagangan ini adalah berkuatkuasa mengikut peruntukan Akta cap dagangan Malaysia. Cap dagangan juga berplu diperbaharui setiap 10 tahun.

Oleh itu berhati-hati ya, di bawah akta perihal dagangan setelah pindaan terkini, jika pihak penjual merujuk kepada produk yang bukan asli secara verbal sebagai pelikat pants seakan-akan merujuk kepada sumber yang asli boleh didenda mengikut peruntukan yang berkaitan "false trade description".


Norunnuha Nawawi
Ejen Cap Dagangan berdaftar Malaysia.
Registered Trademark Agent Malaysia

Norunnuha Sdn Bhd 

Khamis, 9 Julai 2015

Bob pelikat pants oleh Afdlin Shauki: Ada yang tiruan

Sudah beberapa hari berlalu cerita ini, tetapi masih relevan dan ingin dikongkan sebagai rekod.Ianya berkenaan rekaan seluar cawat labuh oleh Afdlin Shauki dengan jenama BOB yang ditiru dan dijual oleh penjual yang tidak mempunyai lesen dari pemilik rekaan iaitu syarikat Afdlin.

Pendapat saya adalah, pihaj yang berkenaan iaitu penguatkuasa perlu memahami kehendak pasaran tempatan, dan jangan hanya menumpu penguatkuasaan kepada  jenama luar negara atau getup atau tradedress antarabangsa sahaja. Perlunya ada sedikit perluasan dalam takrifan peruntukkan undang-undang terutamanya dalam menjaga keperluan ekonomi domestik. Hanya dengan penghormatan dan penghargaan produk tempatan baharulah kekuatan ekonomi dalaman negara dapat diperbaiki dan diperkukuhkan. 

Amat pelik ada yang berasa kasihan kepada pencopet, pencuri idea rekaan dan individu yang mengambil kesempatan menawarkan untuk penjualan barangan hasil rekacipta dan hak harta intelek IP individu yang lain kepada masyarakat umum dengan niat untuk mengambil keuntungan besar tanpa perlu mengeluar modal mencari idea dan juga menginovasi.  

Persoalannya mengapakah sebelum tercetusnya idea oleh rekaan seluar cawat labuh dengan motif cetakan pelekat,tiada pula heboh-heboh tentangnya.  Saya jelas, kain pelekat yang dibuat seluar memang telah diketahui, tetapi elemen yang baharu bagi rekabentuk pelikat pants ini pada pendapat saya adalah cawatnya yang labuh dan rekaan keseluruha seluar tersebut. Motif cetakan pelikat yang digunakan menambahkan lagi keunikan pelikat pants ini.

Paparan di fbpage Afdlin menunjukkan pelikat pants jenama BOB

Untuk produk pelikat pants ini boleh dikatakan terdapat  kategori hak harta intelek yang jelas iaitu, rekabentuk industri/design (rekaan keseluruhan pelikat pants tersebut), cap dagangan/Trademark iaitu logo BOB dan juga hakcipta/copyright (bagi motif cetakan yang digunakan untuk menghasilkan rupabentuk keseluruhan). Tiada perlindungan Paten yang terlibat ya. Kesilapan terma ini biasa didengari dari umum. Harap dapat diperbetul. Tambahan lagi laporan akhbar juga kadangkala mengguna pakai terma yang silap.




Berikut adalah notis yang dikeluarkan sendiri oleh Afdlin Shauki di laman facebook pagenya.

Sumber fbpage Afdlin pencetus idea Bob pelikat pants


Laporan Serbuan pelikat pants jenama BOB oleh KPDNKK


Baca SINI laporan dari Sinar Harian


Jenama BOB pelikat pants adalah antara jenama Malaysia yang meningkat naik, dan kadar keluasan pasarannya adalah lebih besar kerana gologan pemakai adalah lelaki dan tidak terhada kepada muslim sahaja. Semoga jenama ini dapat merentasai sempadan seperti juga jenama tudung terkenal Malaysia Fareeda Nyata Jelita.
Diakhiri dengan nasihat Afdlin berinovasilah.
hakikatnya umum sentiasa mencari kelainan atau faktor penbeza, faktor pembeza ini juga membolehkan sesebuah syarikat sentiasa mandiri didalam pasaran. Pernah terfikir tak kenapa perlu ada pelancaran produk baharu, jika tiada permintaan terhadap barangan akan melalui fasa konstan atau statik tanpa peningkat, hanya dengan pelancaran dan pengiklanan produk baharu , baharulah nilai penjualan akan menunjukkan peningkatan.


Norunnuha Datuk Hj Nawawi

Norunnuha Sdn Bhd

Patent, Trademark, Design, Copyright, Plant Variety Protection

Ejen Berdaftar  Malaysia bagi Paten, Cap dagangan, Rekabentuk Industri dan Perlindingan Varieti Tumbuhan Baharu.

Sabtu, 30 Mei 2015

Oishi vs Oishi

Sumber gambar:http://www.malaysiafreebies.com/promotion/oishi/

Ini adalah ringkasan kes cap dagangan berkaitan jenama OISHI.

Plaintif: Oishi Group Public Company Limited.
Defendan: Liwayway Marketing Corporation

Plaintif memohon pembatalan pendaftaran cap dagangan oleh Defendan bagi kelas 30 dan 43.
Plaintif menyatakan Defendan telah mendaftarkan cap dagangan Oishi tetapi tidak pernah menggunakannya.

Oleh itu, Plaintif memohon agar cap dagangan Oishi di keluarkan dari daftar cap dagangan kerana non use  [seksyen 46(1)(b) Akta Cap dagangan Malaysia].

Cerapan pasaran atau Market survey oleh pihak Plaintif menunjukkan bahawa tiada penggunakan cap dagangan atau jenama Oishi oleh defandan di beberapa kawasan utama di Malaysia.

Seksyen 10, 14 dan 37 juga dihujahkan di dalam kes ini.

Mahkamah membenarkan  permohonan Plantif.

Kisahnya boleh rujuk SINI.



Cap dagangan Malaysia                    Trademark Malaysia


Norunnuha Sdn Bhd
Agen Paten, Cap dagangan dan rekabentuk industri Malaysia

Registered Patent, Trademark and Design Malaysia.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *