Memaparkan catatan dengan label kes cap dagangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kes cap dagangan. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Oktober 2017

Yoko Ono memaksa jenama John Lemon untuk ditukar.

Baru-baru ini menonton video berita dari Reuters bertajuk "yoko-ono-forces-john-lemon-drink-to-re-brand".

Link untuk menonton video tersebut disini


Syarikat minuman Polish di UK menggunakan perkataan John Lemon untuk produk air berperisa Lemon (Lemonade) dan air botol berperisa soda.

Syarikat dari Poland merupakan syarikat diusahakan oleh  keluarga dan telah beroperasi selama 5 tahun. 

Jenama John Lemon juga menggunakan tagline berkaitan lagu2 John Lennon seperti John Lemon "Let it Be", menggunakan gambar mendiang dan karekter berkaitan mendiang John Lennon seperti cermin mata bulatnya.

Yoko Ono telah meminta peguamnya untuk menghantar surat kepada syarikat pengeluar air tersebut menyatakan bahawa syarikat tersebut telah melanggar hak cap dagangan dan nama baik mendiang suaminya John Lennon.  Yoko Ono menyatakan syarikat tersebut menggunakan jenama John Lemon yang seakan-akan sama dari segi bunyi dan representasi dan yang berbeza adalah huruf "nn" dan huruf "m".  Tambahan lagi syarikat tersebut menggunakan menonjolkan identiti dan karakter yang seakan-akan sama dengan mendiang John Lennon.

Nama JOHN LENNON telah didaftarkan diUK oleh Yoko Ono.  Yoko Ono mengambil tindakan dan memaksa syarikat Lemonade tersebut menukar jenama lemonade keluarannya. 

Syarikat tersebut menukarnya dari "JOHN LEMON" kepada "ON Lemon".


Pendapat saya.

Ini adalah cubaan untuk menunggang nama baik dan karekter mendiang John Lennon. 

Persoalannya Kenapa John Lemon? dan bukan Mc Lemon, Jim Lemon. 
Dan mengapa juga tajuk lagu, gambar dan karekter mendiang digunakan.

Itu sebabnya penting untuk melindungi cap dagangan (trademark) dengan mendaftarkan. Cap dagangan yang telah direkod didalam daftarpun boleh dibatalkan jika ianya didaftarkan dengan niat jahat/dengan salah.   Di Malaysia ini belum ada kes sebegini lagi, kalau adapun jenama yang digunakan adalah Saloma Bistro (mungkin telah mendapat izin dari waris berkaitan).

Lagi berita berkaitan disini

Rabu, 26 April 2017

Naelofar atau Nilufer

Bila berada di dalam bidang ini tidal ketinggalan mencerap perkara-perkara sebegini.

Pos asal adalah di fb pada 24 Februari 2017.

Cer tengok ni.....


Naelofar or Nilufer



Naelofar Online page screen shot






Nilufer page screen shot


Naelofar online jual tudung jenama Naelofar, manakala Nilufer jual pakaian dan juga tudung. Cantik-cantik juga rekaan bajunya.





Beberapa pemfailan bagi jenama Naelofar di Malaysia, ada diantaranya telah didaftarkan untuk kelas berkaitan tudung dan pakaian dan beberapa kelas lain.  


Manakala bagi Nilufer, tiada pula hits sewaktu carian cap dagangan dilakukan.

Sekadar perkongsian sahaja, selebihnya pengguna mempunyai hak keatas pandangan masing-masing.


#jenama
#malaysia
#trademark
#filing
#capdagangan 
#penguatkuasaan








Jumaat, 24 April 2015

Trademark case Monier Vs La Monier

Monier vs La Monier
Logo dan perkataan Monier diperoleh dari laman web http://www.monier.com.my/ 

Antara kes cap dagangan "trademark" terkini adalah kes Monier vs La Monier,

Jenama "Monier" adalah cap dagangan milik Monier group melalui anak syarikatnya Redland Engineering Limited (REL).

REL  adalah pemilik berdaftar untuk beberapa jenama MONIER untuk barangan dan perkhidmatan di dalam kelas 6, 17, 19 dan 37 di Malaysia.

Selain dari jenama Monier, REL juga merupakan pemilik berdaftar bagi jenama "Monier Coolproof" untuk kelas 6, 17, 37 dan 42.

Semenjak tahun 1979, REL telah menggunakan cap dagangan MONIER di Malaysia dan amat terkenal di dalam sektor pembinaan kategori bumbung dan atap.

Manakala,pihak yang dituduh telah menghasilkan atap menggunakan jenama LaMonier.

Penghakiman oleh Hakin Azizh Nawawi, untuk maklumat lanjut berkenaan kes cap dagangan ini; sila lawati laman INI.
Maklumat berkenaan Monier Malaysia sila rujuk SINI

Ulasan:

Tindakan yang amat bagus diambil oleh REL kerana perlanggaran hak harta intelek dalam bentuk jenama dan juga hakcipta. Tindakan ini adalah tindakan sivil. Semoga menjadi pengajaran kepada pihak yang dengan sengaja menunggangkan di atas usaha pihak lain.
Jika dilihat disini jenama yang digunakan adalah hampir sama dan bagi produk dari kategoru yang sama.
Ini juga melihatkan betapa pentingnya mendaftarkan cap dagangan kerana kita tidak akan tahu bila ianya diperlukan. Mendaftarkan jenama memberikan hak kepada pemilik dan memudahkan proses proses di mahkamah.
Isu jenama yang disalah guna ini amat penting ditangani kerana dibimbangi mencemar nama baik pemilik asal.

Jenama, Cap Dagangan Malaysia,

Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia

Ejen berdaftar bagi Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri di Malaysia

Registered Patent, Trademark and Industrial Design Agent Jurisdiction: Malaysia.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *