Design

Rekabentuk Industri 

Industrial Design

Secara ringkas perlindungan rekabentuk industri (industrial design protection) melindungi aspek astetik sesuatu produk.  

Boleh jadi berbentuk 2 Dimensi atau 3 Dimensi atau kedua-duanya sekali. 

Untuk mendapat perlindungan rekabentuk industri perlulah memenuhi keperluan seperti termaktub di dalam Akta Rekabentuk Industri iaitu Baharu dan tidak bercanggah dengan moral.

Perlindungan diperoleh dengan membuat permohonan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). 

Tempoh perlindungan adalah 25 tahun selepas tarikh pemfailan dan perlu diperbaharui (renewal) setiap 5 tahun.
Dokumen yang perlu disediakan adalah:

  • Borang ID1
  • Representasi barangan: boleh disertakan dalam bentuk gambar ataupun lukisan menggunakan garis hitam putih. Antara sudut pandang yang boleh dihantar adalah sudut pandang perspektif, sudut pandang atas, sudut pandang bawah,  sudut pandang sisi kanan dan sudut pandang sisi kiri.  Bilangan representasi bergantung kepada jenis produk dan yang utama representasi tersebut perlulah menunjukkan sisi baharu rekabentuk tersebut.
  • Borang SJAR
  • Bayaran fi MyIPO
    • Fi permohonan adalah RM800/-
    • Fi bagi setiap representasi adalah RM200/-
    • Anggaran fi MyIPO bagi pemfailan yang mempunyai 5 sudut pandang adalah: RM1500/
Nota:
  1. Borang boleh diperoleh dilaman sawang MyIPO dan kos adalah anggaran pemfailan manual
  2. Penyediaan representasi perlulah betul dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan rekabentuk industri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *