Memaparkan catatan dengan label MYIPO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MYIPO. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2019

Akta Cap Dagangan Malaysia


Persekitaran Harta Intelek Malaysia bakal berubah,  Akta Cap Dagangan 1976  (Trade Mark Act 1976) telah diguna pakai di Malaysia sehinggalah cadangan pindaan dan pemansuhan dikemukan; dan pada 02 Julai 2019 Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (Trademark Bill 2019) dengan pindaan.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/02/dewan-rakyat-passes-trademarks-bill-2019/1767595



Setakat tarikh tulisan ini, di maklumkan Akta Cap Dagangan 1976 akan tidak terpakai bermula pada tarikh 27 Disember 2019.

Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (TMA 2019) akan diguna pakai bermula tarikh yang sama.
TMA2019 ini membolehkan permohonan ke peringkat antarabangsa melalui pejabat MyIPO sebagai pejabat penerima (Office of Origin). Banyak posting-posting oleh pihak MyIPO yang memaklumkan bahawa pengusaha atau usahawan boleh membuat permohonan di peringkat antarabangsa untuk memohon cap dagangan di negara asing.


Apakah perbezaan atau pembaharuan di antara Akta Cap dagangan 1976  yang lama dengan TMA2019 ini.



Akta Cap Dagangan 1976
TMA 2019
Proses permohonan 2 peringkat iaitu fasa pemfailan di mana pembayaran pertama di buat dan fasa penerimaan di mana pembayaran kedua untuk penerimaan.
Proses 1 peringkat dimana bayaran permohonan merangkumi yuran penerimaan
Carian menggunakan khidmat MyIPO adalah pilihan yang berbayar
Memberikan pilihan menggunakan khidmat MyIPO bagi "clearance search"   dan jika menerima bantahan dari pemeriksaa  yuran pemfailan (iaitu bayaran pertama) boleh dimohon untuk dikembalikan (refund)
Jenis cap dagangan adalah jenis tradisional iaitu perkataan dan logo
Jenis cap dagangan yang boleh dipohon diperluaskan kepada bentuk 3D, bunyi, bauan, hologram, warna, kedudukan, aturan dan sebagainya.
Non-Traditional marks
Menerima pemfailan dalam bentuk:
Cap dagangan
Cap dagang Pertahanan (defensive mark)
Cap dagang Perakuan  (certification mark)
Memperkenalkan Collective Mark


Mengguna pakai Nice Classification
Menambah penggunaan Asean classification
Tidak boleh menerima pemfailan antarabangsa melalui sistem Madrid.
Akta baharu membolehkan pejabat MyIPO menerima permohonan melalui sistem Madrid
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences” adalah di bawah selian Akta Perihal Dagangan.
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences) di masukkan kedalam akta baharu
Tiada peruntukan berkenaan perekodan securitization
Peruntukan perekodan securitization dan sebagainya dimasukkan
Pembatalan cap dagangan berdasarkan keputusan mahkamah.
Pendaftar cap dagangan diberi kuasa untuk melaksanakan Pembatalan pendaftaran cap dagangan.
Lesen Ejen Cap dagangan boleh diperoleh berdasarkan pengalaman dan temuduga dengan pendaftar Cap dagangan.
Untuk mendapatkan Lesen Ejen Cap dagangan perlu melalui lulus peperiksaan Ejen Cap Dagangan.



Setakat ini yang dapat diteliti, jika ada penambahan senarai perbezaan ini akan dikemaskinikan dari masa kesemasa.


Norunnuha Sdn Bhd
Patent. Trademark. Design. Copyright. IP Valuation. Advisory. Consultancy

Sabtu, 7 Oktober 2017

Trademark dan Undang-undang berkaitan, TM- Common Law

Trademark dan Undang-undang berkaitan.
------------------------------------



NO. 1.
-------------------------------
TRADEMARK - common law
-------------------------------

Jika seorang peniaga (trader) berniat menjadikan sesuatu perkataan (word) atau beberapa perkataan (seperti tagline) sebagai satu tanda bagi produknya, maka bolehlah meletakkan tanda TM disisi perkataan/beberapa perkataan yang diniatkan sebagai tanda tersebut.

Gunakan representasi perkataan/tagline secara tetap sebagai identiti dan dengan masa dan usaha pemasaran yang konsisten produk akan meraih nama baik.

Setelah beberapa lama dengan usaha pemasaran yang konsisten dan nama baik telah terbentuk maka perkataan tadi sudah menjadi jenama "brand".
Jika berlaku perlanggaran hak oleh pihak ke-3, maka boleh menggunakan common law untuk membawa pihak ke-3 ke Mahkamah.


Pembuktian yang PERLU.
-------------------------------
1. Goodwill (Nama baik)
2. Berlaku missrepresentation
3. Damages 
(contoh- jualan turun disebabkan oleh pihak ke-3)



KELEMAHAN 
----------------
NO. 1
■ Hanya boleh menggunakan common law (proses mahkamah). Tidak boleh melapor dan meminta kepada penguatkuasa KPDNKK untuk rampasan.

■ Memerlukan masa dan usaha untuk membina Goodwill. 
Jika baharu sangat menggunakan perkataan/beberapa perkataan tersebut sebagai tanda bagi produk maka sukarlah sedikit jika berlaku perlanggaran oleh pihak ke-3. 

■ Risiko peniaga lain menfailkan perkataan/beberapa perkataan tersebut untuk pendaftaran mendapatkan sijil MyIPO (Malaysian Intellectual Property Office).

■ Sangat khusus kepada produk yang diniagakan.

■ Jika baharu, Risiko menggunakan TM peniaga lain yang telah berdaftar. Ini berlaku kerana tidak menyemak daftar. Dalam banyak kes peniaga begini terpaksa menukar pembungkusannya.


Ini juga dikenali sebagai cap dagangan tidak berdaftar (unregistered Trademark)


PERINGATAN
----------------
Oleh itu yang lebih selamat adalah mendapatkan kedua-duanya iaitu perlindungan Trademark  dibawah Common Law dan juga perlindungan Trademark dibawah Akta Cap Dagangan yang juga membolehkan laporan kepada penguatkuasa untuk rampasan (raiding).



Bersambung di:

TRADEMARK-AKTA CAP DAGANGAN 

Isnin, 19 Oktober 2015

Pendaftaran Cap dagangan adakah semudah ABC.

Cap dagangan merupakan salah satu cabang harta intelek yang merupakan antara aset utama perniagaan.


Pendaftaran cap dagangan atau trade mark memberikan suatu nilai tambah kepada sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh suatu perniagaan.

Di Malaysia, pendaftaran cap dagangan atau Trade mark boleh dilakukan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, juga dikenali dengan singkatan MYIPO.

Penduduk Malaysia boleh mendaftarkan cap dagangan atau trademark mereka di MYIPO secara usaha kendiri. Dalam keadaan ini, pemilik perlu mempunyai kefahaman bagaimana cap dagangan berfungsi dan juga memastikan mempunyai kefahaman proses pendaftaran cap dagangan; dan juga mempunyai masa untuk membuat pemantauan di setiap peringkat proses mendapatkan pendaftaran cap dagangan. Ini kerana proses pendaftaran cap dagangan/ trade mark di MYIPO bukanlah hanya memempunyai satu langkah tetapi melibatkan beberapa langkah, Untuk peniaga yang tidak mempunyai cukup tenaga kerja atau tidak mempunyai masa untuk diperuntukkan bagi proses di atas adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat ejen cap dagangan berdaftar.

Perlu difahami bahawa ini adalah sebahagian dari proses membina jenama, jenama yang terbina dengan skop perlindungan yang mencukupi adalah amat menguntungkan peniaga. Jika pendaftaran cap dagangan dilakukan dengan cara yang sambil lewa.

Besar kemungkinan, pihak peniaga tidak mendapat skop perlindungan yang mencukupi bagi memastikan kemandirian atau kebolehsaingan jenama tersebut di pasaran,

Akan bersamabung disesi yang lain....


Norunnuha Datuk Hj Nawawi
Ejen Cap dagangan berdaftar
No. 4216.





Jumaat, 14 Ogos 2015

Jamuan Hari Raya Perbadanan Harta Intelek Malaysia MYIPO.

Jamuan Hari Raya MYIPO

Pada 11 Ogos lalu, di adakan jamuan ramah mesra hari raya anjuran perbadanan harta intelek Malaysia. Jamuan tersebut dianjurkan di Dewan Akademi Harta Intelek tingkat 12A.

Saya telah dijemput untuk mengahadiri program tersebut yang bermula pada jam 10pagi. Saya juga perlu menghadiri hearing pagi itu di tingkat 15. Sesampai di perkarangan Menara UOA pagi itu, didapati begitu ramai warga kerja MYIPO di lobi meyambut tetamu yang hadir. Saya disambut oleh Puan Teh Norliza (Bahagian Rekabentuk Industri).

Turut sama meraikan jamuan tersebut setelah selesai "hearing" di tingkat 15; sempat bersalaman dan bertegur dengan warga MYIPO. Band EOT sama makna tidak digalakkan EOT ) dan penyanyi lagu MATAHARI. Sibuk berbual dengan Azeem (enforcement officer), Puva (fellow agent), Salwah (Zain&Co),Azimah Abdul Kadirr and her friend from FAMA, sempat angkat tangan kepada Dennis Boon Leng Tann; Fadzlee, Yusnita, Tuan Hj Rosli (KPDKKWP) dan bersalaman dengan Pn Rosita, Zaitun, Faridah K, Faridah Y, Pn. Fatimah bertegur dengan dengan Ikhwan Hajar; En. Amran, En. Redzuan, En. Radzuan, En.Fairuz (Copyright), En. Kamal(PatentApplied Science)Tetamu di hidangkan dengan Nasi Arab, laksa, cendul, pulut, rendang, satay dan pelbagai lagi juadah.

Tetamu dihiburkan oleh band EOT dari MYIPO, majlis ini juga untuk meraikan Menteri baharu KPDNKK YBDato' Hamzah Zainudin.

 

Harta Intelek Malaysia.

Isnin, 25 Mei 2015

Konferen berkaitan Harta Intelek Jun 2015




GLOBAL IP VALUATION CONFERENCE 2015 (GIPVC 2105)

GIPVC 2015 akan berlansung pada 9-10 Jun 2015 ini, maklumat lanjut berkaitan GIPVC boleh diakses dilaman sawang:  https://www.gipvc2015.com/.

Telah menghadiri GIPVC yang terdahulu, ianya adalah amat bagus bagi meningkatkan kefahaman berkaitan penilaian hak harta intelek.

Tahun ini mungkin tidak akan mengikutinya kerana komitmen lain yang telah diaturkan terlebih dahulu, walaubagaimanapun yang menarik perhatian apabila melihat paparan GIPVC2015 adalah senarai pembentang melibatkan salah seorang bekas pensyarah UPM yang telah berhijrah ke Sime Darby yang juga merupakan pensyarah yang mengajar saya sewaktu Sarjana Muda Bioteknologi di UPM, senyuman yang manis Dr Harikrishna Kulaveerasingam. Beliau mengajar beberapa subjek tetapi yang masih saya ingat adalah Plant Tissue Culture, pada waktu itu Dr Chan juga masih mengajar di UPM (sekitar tahun 1999). Pensyarah yang masih berkhidmat di UPM kini adalah Prof Dr Suhaimi.

Dr Harikrishna memegang jawatan Head (In-Charge) R&D Sime Darby Plantation (rujuk gambar dibawah).

Setakat ini tidak pasti apakah tajuk yang akan dibentangkan oleh beliau.

Selain dari itu, beberapa rakan dalam bidang harta intelek ini juga dipilih untuk menjadi pembentang antaranya  Puan Wong Jin Nee dan Sumah Ramachadran yang mana kedua-duanya merupakan rakan program penilaian harta intelek yang dianjur secara bersama oleh  Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan World Trade Institute (WTI) bagi jangkamasa 2013-2014.

Pengiraan masa bagi GIPVC2015 dari tarikh hari ini 25 Mei 2015.

IP Valuation

Norunnuha Sdn Bhd

Agen Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri berdaftar, Malaysia.

Registered Patent, Trademark, Industrial Design Agent, Malaysia.

Rabu, 18 Februari 2015

Persatuan Hak Harta Intelek Malaysia MIPA

Malaysian Intellectual Property Association (MIPA)

MIPA atau dalam bahasa Malaysia Persatuan Hak Harta Intelek Malaysia ditubuhkan semenjak tahun 1989.

Bagi tahun 2014-2016

Presiden: En. Desmond Wee
Naib Presiden: En. Benjamin John Thompson
Setiausaha: En. Ong Boo Seng
Bendahari:Cik Lee Lin Li

Ahli Jawatankuasa:
1. Cik Lee Wan Chieh
2. Encik Ng Kim Poh
3.Marks & Clerk (M)  Sdn Bhd (diwakili Dr Chris Hemingway)
4. En. Ravi Rajan Narayasamy
5.Pn. Norunnuha Datuk Hj Nawawi

Dari Kiri En Ong Boo Seng, LCik Lee Lin Li, Cik Onn YenYen, Pn. Caroline Francis, Pn Norunnuha, Dr Chris, En Chew, En. benjamin, En. Desmond, Puan Shamsiah (Pengarah MYIPO), En. Aziz, En.Zul En Azhar, Pn Faridah, Puan Jamilah, Puan Sharifah, Pn. IyliaSumber: MYIPO fb page


Antara aktiviti-aktiviti MIPA merangkumi penganjuran bengkel penderafan paten (Patent Drafting Workshop) yang dilaksanakan pada setiap tahun, penganjuran seminar, perbincangan dengan MYIPO berkenaan undang-undang harta intelek.

untuk maklumat lanjut berkaitan MIPA sila klik laman web MIPA dan untuk maklumat keahlian sila klik maklumat menjadi ahli MIPA.

Keahlian persatuan ini terbuka kepada pemilik hak harta intelek, perekacipta "inventor/innovator/designer/copywriter), peguam dan agen paten, cap dagangan, rekabentuk industri berdaftar dengan perbadanan harta intelek Malaysia.

Harta intelek merangkumi Paten "patent", Cap dagangan atau jenama "trademark", rekabentuk industri "design", hakcipta "copyright", Petunjuk Geografi "Geographical Indication", Rahsia Perniagaan "trade secret", dan tidak ketinggalan Perlindungan Varieti tumbuhan baharu "New Plant Variety Protection"

Puan Norunnuha  merupakan ahli persatuan semenjak tahun 2011. 
Patent, Trademark, Design, Plant Variety Agent Malaysia







Sarjana Harta Intelek

SARJANA HARTA INTELEK


Master of Intellectual Property

Sarjana Harta Intelek
Sarjana Harta Intelek. Program Eksekutif Universiti Kebangsaan MalaysiaSarjana Harta Intelek. Program Eksekutif Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Program Sarjana Harta Intelek mula ditawarkan oleh Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia selari dengan Dasar Harta Intelek yang mencadangkan supaya undang-undang harta intelek diperkenalkan dalam setiap bidang keilmuan.Seiring dengan itu juga, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri di bawah program Peningkatan Kemahiran Siswazah (Graduate Reskilling Scheme) telah mengenal pasti undang-undang harta intelek terutama paten sebagai bidang tambahan yang diperlukan oleh graduan sains, teknologi dan kejuruteraan seterusnya menaja seramai 25 orang calon untuk mengikuti program ini dengan kuliah hujung minggu di UKM mulai 12 Disember 2004. Secara ringkas, program ini diperkenalkan untuk :-

a. menawarkan program sarjana harta intelek kepada graduan dalam bidangsains, teknologi dan kejuruteraan;

b. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran graduan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam bidang harta intelek seperti carian, penderafan, paten, spesifikasi paten, perlesenan, pengurusan dan penilaian harta intelek;

c. memberi pendedahan kepada graduan sains, teknologi dan kejuruteraan mengenai peluang peluang pekerjaan sebagai agen, penderaf atau pemeriksa paten.

Sarjana Harta Intelek
Objektif Pembelajaran Program (Programme Educational Objective-PEO)
1.  Graduan yang menguasai bidang undang-undang harta intelek dengan mendalam dan berdaya saing.

2.  Graduan yang mengintegrasikan pengetahuan untuk mengurus isu undang-undang harta intelek yang kompleks.

3.  Graduan yang berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah secara glokal.

4.  Graduan yang mempunyai kepekaan mengenai budaya Kebangsaan dan nilai antarabangsa dalam pertimbangan dan pembentukan undang-undang harta intelek.

5.  Graduan yang menilai dan membuat keputusan dengan mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika perundangan.

6.  Graduan yang berkomunikasi secara efektif dalam memberikan pandangan dalam pelbagai situasi multidisiplin.

7.  Graduan yang menjalankan penyelidikan secara saintifik, sistematis dan berstruktur.

8.  Graduan yang melaksanakan pembelajaran secara berterusan.

Hasil Pembelajaran Program (Programme Outcomes-PO)
1. Graduan yang berpengetahuan dan memahami secara mendalam bidang harta intelek dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2. Graduan yang berkebolehan mengaplikasi pengetahuan undang-undang harta intelek
berdasarkan pendekatan penyelidikan yang saintifik dan berstruktur.

3. Graduan yang berkebolehan mengaplikasi kemahiran teknikal yang berkaitan dengan harta intelek.

4.  Graduan yang berkebolehan mengurus harta intelek melalui pengintegrasian pengetahuan.

5. Graduan yang berkebolehan membuat penilaian dan keputusan dengan mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika perundangan.</p> <p>6.  Graduan yang menguasai kemahiran pembelajaran secara berterusan dengan autonomi yang tinggi. 

-PETIKAN DARI-PENGENALAN SARJANA HARTA INTELEK UKM
Link asal diSINI
http://www.ukm.my/fuu/images/stories/FUU/pdf/SARJANA%20HARTA%20INTELEK%20MS.pdf

ULASAN

Puan Norunnuha Datuk Hj Nawawi merupakan graduan dari program sarjana harta intelek UKM dan juga merupakan graduan kumpulan pertama dari program tersebut. 

Ada diantara graduan kumpulan pertama bertugas di Perbadan Harta Intelek Malaysia sebagai Pemeriksa Paten, penderaf paten di SIRIM Berhad, penasihat undang-undang agensi kerajaan dan juga pengurus harta intelek di Universiti Awam.  Begitu juga graduan-graduan dari kumpulan seterusnya.

En. Raja Muhazam Farid - Juga merupakan graduan sarjana harta intelek kumpulan ke 4.

Kami telah dan masih terus melaksanakan objektif-objektif yang tersenarai.

Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi,
434650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 03-89222518
Fax: 03-89258171



                            "Melaksanakan amanah dengan ilmu"



Cap dagangan Malaysia, 
Jenama Malaysia,
Agen Cap Dagangan Malaysia;
Agen rekabentuk Industri,
Agen paten Malaysia
Design Malaysia,
Patent Malaysia,
Intellectual Property Malaysia,
Harta Intelek Malaysia

Harta Intelek Malaysia

HARTA INTELEK MALAYSIA KEMANAKAH HALA TUJUNYA

Artikel asal ditulis pada 20 Disember 2012 rujuk link asal di SINI


Terpanggil untuk menulis selepas menerima panggilan dari seorang sahabat yang juga merupakan agen paten awal petang tadi.  Persoalan yang dilontarkan adalah terdapat laporan yang menyatakan kebanyakan Universiti telah memulakan langkah untuk mengurangkan penggunaan khidmat agen harta intelek terutamanya agen paten.  Sebetulnya, saya kurang pasti tentang kesahihan maklumat tersebut, cuma terpanggil untuk mengulas melihatkan senario masakini.Untuk pengetahuan, kebanyakan agen paten yang memberikan perkhidmatan kepada Universiti merupakan agen paten tempatan yang terdiri dari golongan berikut samada:

- graduan teknikal menerima didikan secara tidak formal dari MYIPO,
- graduan teknikal dan Sarjana Harta Intelek (UKM); atau
- graduan teknikal yang pernah bekerja dengan firma guaman yang menawarkan perkhidmatan harta intelek dalam atau luar negara.

Merujuk pula kepada statistik dari laman sawang MYIPO, didapat jumlah pemfailan paten oleh pemohon dari Malaysia setakat Oktober 2012 adalah berjumlah 841 dan jumlah pemohon dari negara asing adalah berjumlah 4803.

Setakat ini penyumbang terbesar pemohon dari Malaysia adalah dari Universiti, Instituti penyelidikan kerajaan (seperti MARDI, MIMOS, LGM dan sebagainya). Manakala senarai agen yang meyelenggara bayaran tahunan ke MYIPO setakat tahun 2012 adalah sebanyak 148 orang (rujuk senarai agen di MYIPOhttp://www.myipo.gov.my/documents/10180/18720/agent-update20022012.pdf), dari jumlah tersebut hanya beberapa yang aktif mengusaha firma sendiri dan memberikan perkhidmatan kepada pemohon dari Malaysia, kebanyakan firma yang besar menyediakan perkhidmatan kepada pemohon dari negara asing dan sedikit pemohon dari Malaysia). Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, pemberi perkhidmatan berkaitan paten kepada pihak Universiti dan institusi penyelidikan kerajaan adalah agen paten berlatar belakangkan teknikal yang telah lulus peperiksaan professional Agen Paten kendalian MYIPO.


Agen-agen paten "patent agent" ini biasanya menawarkan kos perkhidmatan tahap sederhana dan tidak semahal kos perkhidmatan agen dari firma guaman terkenal.  
Agen-agen dari kategori ini juga merupakan usahawan mikro dan menpunyai pekerja tidak lebih dari 10 orang dan perkerja tersebut perlu pula dilatih semula untuk tujuan perlaksaan kerja yang memerlukan kepakaran yang khusus.  Malah, agen-agen ini juga kebanyakan terpaksa membelanjakan dana sendiri untuk peningkatan ilmu samada untuk diri sendiri atau untuk pekerja mereka samada di dalam atau diluar negara. Ini adalah kerana ilmu berkaitan harta intelek yang tidak statik dan berubah dari masa kesemasa.


Anggaran agen paten dalam lingkungan ini adalah sebanyak kurang lebih 20 orang. Jika anggapan kesemua permohonan dari pemohon Malaysia menggunakan khidmat agen-agen paten ini boleh dikatakan setiap agen dianggarkan menerima  lebih kurang 42 kes.  Dengan menganggap kos satu (1) tugasan penderafan patent adalah RM8000/kes maka boleh dianggarkan pendapatan kasar sebanyak RM336000 untuk tempoh 10 bulan.   Perlu difikirkan bahawa pihak agen gologan ini juga perlu membayar gaji pekerja mereka yang hampir kesemuanya adalah rakyat Malaysia dan juga kos "overhead" lain. 

Hakikatnya tidak semua pemohon dari Malaysia menggunakan perkhidmatan agen dan jumlah sebenar bilangan kes untuk satu-satu agen mungkin lebih rendah dari niliai 42 kes setahun.  Agen-agen paten biasanya perlu menelaah, memahami inovasi dan mengambil masa anggaran 10 hari berkerja untuk menyiapkan satu-satu deraf itupun sekiranya maklumat yang diberikan lengkap. Sekiranya maklumat kurang lengkap ianya akan mengambil masa lebih lama dengan kos yang sama. Kadangkala pihak agen perlu menghubungi perekacipta (inventor) berkali-kali untuk mendapatkan maklumat berkaitan rekacipta atau inovasi berkaitan.  Perlu dimaklumkan juga agen-agen dari golongan ini tidak mengendali kes-kes pelanggaran hak kerana bukan dari latar belakang profession guaman. 

Andainya dan sekiranya berlaku pergerakan mengurangkan penggunaan perkhidmatan agen paten oleh Universiti apakah kemungkinan kesannya;
a) kemungkinan profession agen paten akan mengalami penyusutan bilamana agen patent tidak dapat membiaya pekerjanya dan mungkin juga dirinya sendiri; atau/dan
b) paten agen mungkin akan memohon memasuki pasaran pekerjaan dan berkerja sebagai paten agen dalaman (in house) untuk sebuah Universiti atau Institusi (setakat ini belum ada jawatan khusus dalam kerajaan untuk tujuan ini).








Dimanakah kewajaran aliran pemikiran seperti ini, sekiranya diluar negara profession paten agen merupakan profession yang dihormati setara dengan bidang professional lain. Sebagai contoh, satu firma paten agen yang kecil di China boleh menerima lebih 1000 kes setahun dari pelanggannya, dimana 70% pelanggannya adalah Universiti, politeknik, SME dan entiti tempatan sebagainya dan 30% adalah pemohon dari luar negara. 

Kesan yang sama dijangka akan berlaku jika agen terpaksa menurunkan kos perkhidmatan sedia ada disebabkan persaingan (hakikatnya pada waktu ini ada pihak yang meminta kerja penderafan paten pada nilai separuh dari anggaran di atas). Senario ini secara umumnya akan memusnahkan profession ini.

Satu persoalan lain yang timbul adalah, sudah cukup bersediakan Universiti tempatan untuk melaksakan proses ini, sedangkan Universiti terkenal antarabangsa masih menggunakan perkhidmatan agen paten atau juga lebih dikenali sebagai "patent attorney". 
Begitu sukarkah untuk memahami proses pembahagian tugas ini yang memanfaatkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan.  Bukankan itu salah satu tugas Universiti untuk melahirkan modal insan berkebolehan.

Lihat sahajalah dari statistik di atas seakan Malaysia lebih melindungi paten dari luar negara, mobilisasi kesedaran harta intelek yang dilaksanakan samada oleh MYIPO atau badan kerajaan lain seakan tidak banyak membuahkan hasil kerana bilangan permohonan paten adalah seakan statik dari tahun 2009 sehingga 2011 dengan jumlah 1234 (2009), 1275 (2010) dan 1136 (2011). Ya, diakui terdapat peningkatan dari tahun 2008-2009, tetapi peningkatan ini adalah juga merupakan sumbangan dari kemasukan "national entry phase" pemohon dari Malaysia setelah Malaysia menjadi ahli kepada Patent Corporation Treaty (PCT) selain dari faktor kesedaran badan kerajaan yang menjadikan harta intelek sebagai penanda aras prestasi sesuatu organisai (KPI).

Perlu dinyatakan disini bahawa agen paten perlu mendaftar dan membayar yuran tahunan kepada MYIPO.  Tetapi sokongan dan juga pembangunan kepakaran modal insan khusus untuk agen paten oleh MYIPO adalah sangat terhad.  Agen paten tidak hanya berhadapan dengan masalah di atas, terdapat juga senario dimana ada individu dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan menulis spesifikasi paten (patent writing), individu ini tidak mendaftar diri dengan MYIPO tetapi mengenakan kos perkhidmatan setara dengan perkhidmatan agen paten, yang menyedihkan ada juga jabatan kerajaan dan institusi pendidikan yang mengguna pakai perkhidmatan individu-individu dan syarikat sebegini.


Tindakan ini adalah satu tindakan yang merugikan kerana kebanyakan kerja yang dilakukan individu ini tidak dipantau dan setelah masa berlalu ada diantara permohonan yang dikendali oleh individu ini tidak diterusakan keperingkat seterusnya dan menyebabkan status permohonan bertukar menjadi "ABANDON"

Harta intelek walaupun baharu di Malaysia, ianya bidang yang perlu diteroka, difahami dan diwujudkan kumpulan pakar tempatan untuk menyokong pembangunan rekacipta dan inovasi. Hanya rakyat tempatan dapat memahami "culture" dan kehendakan rakyat dengan lebih baik. Pakar luar negara adalah perlu untuk memberikan nasihat dan pandangan, tetapi adalah lebih baik menggunakan pakar luar negara ini untuk memberikan pendedahan kepada agen tempatan dan melatih agen paten tempatan agar kompeten dan menjadi tempat rujukan sesudah latihan.  Selagi ada kebergantungan kepada pakar luar dan kurang memberi pendedahan kepada agen paten tempatan untuk proses paten dan pengkomersilan selagi itulah dana negara mengalir keluar (dan itulah yang diinginkan oleh mereka). Sudah tentu, apabila membangunkan sesuatu profession akan ada berlaku kesilapan tambahanlagi sekiranya tiada sistem mentoring. Ianya lumrah, bertatih dahulu sebelum berlari.



"Bagai serangga mengagumi bunga, saling bergantungan untuk kemandirian spesies"


Norunnuha Datuk Hj Nawawi
Agen Paten berdaftar (PA 2006/159)
Agen Cap dagangan berdaftar (4216)
Agen Rekabentuk Industri berdaftar ERP07004
Malaysia
Sarjana Harta Intelek (UKM)

Sarjana Muda Sains Bioteknologi (UPM)




Registered Patent, Trademark, Industrial design, Plant Variety Agent Malaysia. Norunnuha Sdn Bhd No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangot.

website:SINI

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *