Khamis, 30 Julai 2015

Harta intelek BOB pelikat pants

Ini adalah serba sedikit cerita harta intelek berkaitan BOB pelikat pants.  

Jika dilihat paparan di bawah terdapat beberapa portfolio cap dagangan milik Afdlin Shauki berkaitan perniagaan milik beliau iaitu Pelikat Pants dan Batik Pants.  Afdlin telah secara kreatif mereka logo menjadikan logonya mempunyai ciri "distinctive", ciri distinctive ini memenuhi keperluan kelayakan kebolehdaftaran sesuatu cap dagangan.





Dapat dilihat juga disini beberapa jenama yang mempunyai huruf BOB, ini adalah kerana sewaktu carian saya memasukkan kata kunci BOB.



Maklumat pendaftaran Cap dagangan dalam bentuk logo bagi BOB.



Dapat dilihat disitu, Afdlin Shauki Aksan merupakan pemohon bagi cap dagangan tersebut.
Status Cap dagangan adalah berdaftar dan sijil pendaftaran telah dikeluarkan pada 09 Februari 2015.
Oleh itu, cap dagangan ini adalah berkuatkuasa mengikut peruntukan Akta cap dagangan Malaysia. Cap dagangan juga berplu diperbaharui setiap 10 tahun.

Oleh itu berhati-hati ya, di bawah akta perihal dagangan setelah pindaan terkini, jika pihak penjual merujuk kepada produk yang bukan asli secara verbal sebagai pelikat pants seakan-akan merujuk kepada sumber yang asli boleh didenda mengikut peruntukan yang berkaitan "false trade description".


Norunnuha Nawawi
Ejen Cap Dagangan berdaftar Malaysia.
Registered Trademark Agent Malaysia

Norunnuha Sdn Bhd 

Khamis, 23 Julai 2015

Ucapan Hari Raya dari Professor undang-undang.

Syawal 1436.



Menjelang raya, nak tulis blog pun tak sempat, dah raya lagilah tak sempat.
Walaubagaimanapun dalam kesibukan ingin dikongsikan satu ucapan hari raya yang pada saya adalah agak menarik.

Ianya dihantarkan kepada saya oleh Prof Rohazarwati Zual Cobley yang merupakan Professor Undang-Undang di universiti tempatan di Malaysia.

Berikut adalah ucapan yang dihantar oleh Prof melalui media Whatsapp.


Ucapan hari raya versi undang-undang.


Yang Arif,
Tuan/Puan.
Sempena Syawal yang bakal menjelang, saya secara ex-parte merayu agar digugurkan pertuduhan malafide yang dikenakan ke atas saya. DNAAkanlah saya dan NFA kanlah kesilapan saya.

Walaupun ada kes prima facie dan terbukti wujudnya elemen actus reus dan mens rea ampunilah saya dan lepaskan saya agar saya dapat mulakan kehidupan baru yang lebih bermakna. Saya juga secara bonafide maafkan tuan-tuan dan puan-puan atas segala kesalahan termasuk fraud, negligence tuan puan agar kita semua dapat mulakan lebaran baru dengan kosong-kosong.


Akhir sekali, marilah kita memohon keampunan ilahi kerana tiada pengampunan teragung melainkan keampunan dari yang maha Agong. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.


Huhu...apamacam.  Ini boleh dikatakan harta intelek beliau jugakan, yang dilindungi dibawah akta hakcipta.


Terkejut tak terima ucapan begini.


Undang-undang Malaysia

Ucapan raya.


Khamis, 9 Julai 2015

Bob pelikat pants oleh Afdlin Shauki: Ada yang tiruan

Sudah beberapa hari berlalu cerita ini, tetapi masih relevan dan ingin dikongkan sebagai rekod.Ianya berkenaan rekaan seluar cawat labuh oleh Afdlin Shauki dengan jenama BOB yang ditiru dan dijual oleh penjual yang tidak mempunyai lesen dari pemilik rekaan iaitu syarikat Afdlin.

Pendapat saya adalah, pihaj yang berkenaan iaitu penguatkuasa perlu memahami kehendak pasaran tempatan, dan jangan hanya menumpu penguatkuasaan kepada  jenama luar negara atau getup atau tradedress antarabangsa sahaja. Perlunya ada sedikit perluasan dalam takrifan peruntukkan undang-undang terutamanya dalam menjaga keperluan ekonomi domestik. Hanya dengan penghormatan dan penghargaan produk tempatan baharulah kekuatan ekonomi dalaman negara dapat diperbaiki dan diperkukuhkan. 

Amat pelik ada yang berasa kasihan kepada pencopet, pencuri idea rekaan dan individu yang mengambil kesempatan menawarkan untuk penjualan barangan hasil rekacipta dan hak harta intelek IP individu yang lain kepada masyarakat umum dengan niat untuk mengambil keuntungan besar tanpa perlu mengeluar modal mencari idea dan juga menginovasi.  

Persoalannya mengapakah sebelum tercetusnya idea oleh rekaan seluar cawat labuh dengan motif cetakan pelekat,tiada pula heboh-heboh tentangnya.  Saya jelas, kain pelekat yang dibuat seluar memang telah diketahui, tetapi elemen yang baharu bagi rekabentuk pelikat pants ini pada pendapat saya adalah cawatnya yang labuh dan rekaan keseluruha seluar tersebut. Motif cetakan pelikat yang digunakan menambahkan lagi keunikan pelikat pants ini.

Paparan di fbpage Afdlin menunjukkan pelikat pants jenama BOB

Untuk produk pelikat pants ini boleh dikatakan terdapat  kategori hak harta intelek yang jelas iaitu, rekabentuk industri/design (rekaan keseluruhan pelikat pants tersebut), cap dagangan/Trademark iaitu logo BOB dan juga hakcipta/copyright (bagi motif cetakan yang digunakan untuk menghasilkan rupabentuk keseluruhan). Tiada perlindungan Paten yang terlibat ya. Kesilapan terma ini biasa didengari dari umum. Harap dapat diperbetul. Tambahan lagi laporan akhbar juga kadangkala mengguna pakai terma yang silap.




Berikut adalah notis yang dikeluarkan sendiri oleh Afdlin Shauki di laman facebook pagenya.

Sumber fbpage Afdlin pencetus idea Bob pelikat pants


Laporan Serbuan pelikat pants jenama BOB oleh KPDNKK


Baca SINI laporan dari Sinar Harian


Jenama BOB pelikat pants adalah antara jenama Malaysia yang meningkat naik, dan kadar keluasan pasarannya adalah lebih besar kerana gologan pemakai adalah lelaki dan tidak terhada kepada muslim sahaja. Semoga jenama ini dapat merentasai sempadan seperti juga jenama tudung terkenal Malaysia Fareeda Nyata Jelita.
Diakhiri dengan nasihat Afdlin berinovasilah.
hakikatnya umum sentiasa mencari kelainan atau faktor penbeza, faktor pembeza ini juga membolehkan sesebuah syarikat sentiasa mandiri didalam pasaran. Pernah terfikir tak kenapa perlu ada pelancaran produk baharu, jika tiada permintaan terhadap barangan akan melalui fasa konstan atau statik tanpa peningkat, hanya dengan pelancaran dan pengiklanan produk baharu , baharulah nilai penjualan akan menunjukkan peningkatan.


Norunnuha Datuk Hj Nawawi

Norunnuha Sdn Bhd

Patent, Trademark, Design, Copyright, Plant Variety Protection

Ejen Berdaftar  Malaysia bagi Paten, Cap dagangan, Rekabentuk Industri dan Perlindingan Varieti Tumbuhan Baharu.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *