Rabu, 13 September 2017

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd vs Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd Saman rekabentuk Telekung

Amat teruja akhirnya pindaan terhadap akta hakcipta pada 2012 akan diuji. Hakim mahkamah tinggi pula Wong Kian Kheong (WKK) yang dihormati, beliau dari segi kapasiti sangat memahami harta intelek. Ini akan menjadi suatu rujukan yang baik.

Usahawan juga memahami bahawa harta intelek adalah aset yang perlu dilindungi.


Tahniah Puan Padzilah Enda Sulaiman dan Tim SK kerana langkah yang diambil. Tindakan ini menaikkan kepercayaan pelabur/bakal pelabur,pelanggan dan peminat. Siti Khadijah diwakili oleh peguam Ahmad Hafiz Zubir manakala Ariani diwakili N Thevini. 


Kes ini melibatkan pelanggaran Hak Cipta rekabentuk telekung.













Rujukan buat usahawan lain juga.


Baca dan ikuti, sebutan pada 28 September 2017 nanti.


Telekung Siti Khadijah klasik merupakan salah satu portfolio harta intelek Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, selain itu Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd juga mempunyai portfolio harta intelek seperti jenama dan sebagainya.  Contoh portfolio jenama adalah logo SK dan juga Siti Khadijah.


Produk Telekung Siti Khadijah telah memasuki pasaran ASEAN terutamanya di Indonesia, Sinagapura, Brunei manakala terdapat juga produk-produk ciplak yang dihasilkan di Vietnam. 


Sumber berita adalah dari Harian Metro 12 September 2017 bertajuk "Ariani gagal ketepi saman, tetap dibicara terhadap dakwaan ciplak Telekung Siti Khadijah Apparel.Laporan oleh: Murni Wan Omar Harian Metro.





Selasa, 12 September 2017

Tugas Ejen Paten atau Patent Agent atau Patent Attorney

Selalu menerima pertanyaan berkenaan kerjaya dan juga apa yang dilakukan di dalam ruang lingkup kerjaya tersebut. Sebagai seorang ejen paten berdaftar antara tugas-tugas adalah seperti berikut dan tidak terhad kepada senarai yang tertulis. 




















Tugas-tugas Ejen Paten:


Menemubual Perekacipta,

memberi khidmat nasihat kepada perekacipta (inventor/innovator), 

mengumpulkan maklumat yang berkaitan Inovasi “innovation”,

memikirkan bentuk tuntutan (claims) yang meluas bagi inovasi perekacipta,

menderaf spesifikasi, memberi deraf spesifikasi paten kepada perekacipta untuk pengesahan, 

membuat pindaan sekiranya ada, menghantar deraf akhir spesifikasi paten dan mendapatkan 
pengesahan dari perekacipta, 

deraf paten tersedia (tugas ini yang paling mencabar), menyediakan borang-borang berkaitan pemfailan,

menghubungi perekacipta atau pengurus harta intelek untuk pengesahan borang-borang paten seperti Borang paten 1 (Patent Form 1), borang Paten 17 (Patent Form 17) dan SJAR (Patent Form 22).

menyedia pembiayaan dahulu untuk membayar fi-fi berkaitan dengan borang-borang.

menghantar borang-borang dan deraf ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia atai Malaysia Intellectual Property Office (MYIPO) bagi permohonan di Malaysia atau pejabat harta Intelek lain seperti International bureau (IB) untuk permohonan PCT (biasa secara online atau melalui RO), 

membawa pulang atau mendapatkan salinan, 

menyedia laporan pemfailan dan salinan dokumen pemfailan paten untuk diserahkan kepada perekacipta bagi tujuan rekod.

memantau tarikh untuk memohon pemeriksaan substantif, menyediakan borang dan bayaran dan memfailkan borang, menunggu maklumbalas pemeriksa,

setelah 18 bulan dan proses pemeriksaan dijalankan, sekiranya menerima laporan "adverse" dari pemeriksa dan mendapat arahan meneruskan proses paten, ejen paten (patent agent) perlu menyediakan maklumbalas kepada pemeriksa,

sekiranya diterima, pihak ejen paten (patent agent) perlu menyediakan pembayaran untuk pensijilan.

Sekiranya telah mendapat sijil pendaftaran (certificate of grant) maka perlu pula memantau pembaharuan sijil setiap tahun.

Banyak lagi  kerja ejen paten.

Kerja-kerja yang paling mencabar adalah menganalisa maklumat, menjejak prior arts yang sesuai, dan khidmat nasihat yang baik. Ini memerlukan bacaan, kefahaman dan pengalaman yang luas. Selain dari itu tugas-tugas pengurusan dan kewangan perlu juga dilaksanakan. Ianya samada boleh dilakukan sendiri oleh ejen paten tersebut atau boleh mengambil pekerja dan mengagihkan tugasa untuk tujuan tersebut. 

Kebiasaannya Ejen Paten juga merupakan Ejen Cap dagangan, Ejen rekabentuk perindustrian dan beberapa lagi tugas yang berkaitan.  Kesemua lesen ejen ini diperolehi dengan kelayakan dan perlu mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)


Lawati laman fb page Norunnuha Patent Trademark Copyright Design
#PatentAgent
#Malaysia
#Patent Attorney

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *