Memaparkan catatan dengan label Hak Cipta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hak Cipta. Papar semua catatan

Khamis, 11 Januari 2018

Isu Hak Cipta Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd saman Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd

Telekung Siti Khadijah vs Telekung Aleesya Ariani X WOW



Kes Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd dengan Ariani Textile telah dibicarakan pertama kali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2017, dan pada 22 Disember 2017 Jumaat  Hakim WOng Kian Kheong (WKK ) telah mengeluarkan keputusannya menyebelahi pihak Plaintif. 


WKK menyatakan bahawa telekung Siti Khadijah Klasik memenuhi  semua keperluan dibawah Seksyen 7 Akta HakCipta, WKK yang menyatakan bahawa Ariani telah melanggar hak harta intelek iaitu HakCipta Telekung Siti Khadijah.



Mahkamah mendapati terdapat usaha yang cukup (sufficient effort) untuk menjelaskan keaslian sesuatu karya ataupun dikenali juga sebagai "originality". 


Siti Khadijah telah berjaya dalam kes ini dan kadar gantirugi dengan kos akan ditentukan pada sesi akan datang, iaitu dijangka pada 14 Mac 2018.



Produk Telekung Ariani dikenali dan dipasarkan sebagai:

Ariani X WOW Telekung Aleesya.




Intipati kes: 

karya grafik, hakcipta, keaslian, perlanggaran hakcipta




Persamaan

Persamaan ketara pada:

-   rekabentuk dan corak dibahagian kepala telekung;

-   ukuran pada saiz muka dan dagu telekung;

-   kedudukan tali telekung;

-   jenis bahan pada bahagian dagu;dan 

-   renda bagi pelapik getah.

Kesalahan: 

Defendan menjual dan mengiklankan tudung itu diprogram iklan TVCJ Wow Shop.



Peguam mewakili Plaintif:

Ahmad Hafiz Zubir



Peguam mewakil Defendan:

Habizan Habeeb Rahman, Foong Cheng Leong dan Thevini Nayagam.




Alasan penghakiman oleh mahkamah akan dikongsikan jika ianya telah diterbitkan kelak.




Berita ini telah dilaporkan oleh Murni Wan Omar di Harian Metro  pada 22 December 2017, 19:58
Sila rujuk laporan berita kes Siti Khadijah & Ariani Textile

Rabu, 13 September 2017

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd vs Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd Saman rekabentuk Telekung

Amat teruja akhirnya pindaan terhadap akta hakcipta pada 2012 akan diuji. Hakim mahkamah tinggi pula Wong Kian Kheong (WKK) yang dihormati, beliau dari segi kapasiti sangat memahami harta intelek. Ini akan menjadi suatu rujukan yang baik.

Usahawan juga memahami bahawa harta intelek adalah aset yang perlu dilindungi.


Tahniah Puan Padzilah Enda Sulaiman dan Tim SK kerana langkah yang diambil. Tindakan ini menaikkan kepercayaan pelabur/bakal pelabur,pelanggan dan peminat. Siti Khadijah diwakili oleh peguam Ahmad Hafiz Zubir manakala Ariani diwakili N Thevini. 


Kes ini melibatkan pelanggaran Hak Cipta rekabentuk telekung.













Rujukan buat usahawan lain juga.


Baca dan ikuti, sebutan pada 28 September 2017 nanti.


Telekung Siti Khadijah klasik merupakan salah satu portfolio harta intelek Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, selain itu Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd juga mempunyai portfolio harta intelek seperti jenama dan sebagainya.  Contoh portfolio jenama adalah logo SK dan juga Siti Khadijah.


Produk Telekung Siti Khadijah telah memasuki pasaran ASEAN terutamanya di Indonesia, Sinagapura, Brunei manakala terdapat juga produk-produk ciplak yang dihasilkan di Vietnam. 


Sumber berita adalah dari Harian Metro 12 September 2017 bertajuk "Ariani gagal ketepi saman, tetap dibicara terhadap dakwaan ciplak Telekung Siti Khadijah Apparel.Laporan oleh: Murni Wan Omar Harian Metro.





Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *