Memaparkan catatan dengan label ejen cap dagangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ejen cap dagangan. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2019

Akta Cap Dagangan Malaysia


Persekitaran Harta Intelek Malaysia bakal berubah,  Akta Cap Dagangan 1976  (Trade Mark Act 1976) telah diguna pakai di Malaysia sehinggalah cadangan pindaan dan pemansuhan dikemukan; dan pada 02 Julai 2019 Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (Trademark Bill 2019) dengan pindaan.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/02/dewan-rakyat-passes-trademarks-bill-2019/1767595



Setakat tarikh tulisan ini, di maklumkan Akta Cap Dagangan 1976 akan tidak terpakai bermula pada tarikh 27 Disember 2019.

Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (TMA 2019) akan diguna pakai bermula tarikh yang sama.
TMA2019 ini membolehkan permohonan ke peringkat antarabangsa melalui pejabat MyIPO sebagai pejabat penerima (Office of Origin). Banyak posting-posting oleh pihak MyIPO yang memaklumkan bahawa pengusaha atau usahawan boleh membuat permohonan di peringkat antarabangsa untuk memohon cap dagangan di negara asing.


Apakah perbezaan atau pembaharuan di antara Akta Cap dagangan 1976  yang lama dengan TMA2019 ini.



Akta Cap Dagangan 1976
TMA 2019
Proses permohonan 2 peringkat iaitu fasa pemfailan di mana pembayaran pertama di buat dan fasa penerimaan di mana pembayaran kedua untuk penerimaan.
Proses 1 peringkat dimana bayaran permohonan merangkumi yuran penerimaan
Carian menggunakan khidmat MyIPO adalah pilihan yang berbayar
Memberikan pilihan menggunakan khidmat MyIPO bagi "clearance search"   dan jika menerima bantahan dari pemeriksaa  yuran pemfailan (iaitu bayaran pertama) boleh dimohon untuk dikembalikan (refund)
Jenis cap dagangan adalah jenis tradisional iaitu perkataan dan logo
Jenis cap dagangan yang boleh dipohon diperluaskan kepada bentuk 3D, bunyi, bauan, hologram, warna, kedudukan, aturan dan sebagainya.
Non-Traditional marks
Menerima pemfailan dalam bentuk:
Cap dagangan
Cap dagang Pertahanan (defensive mark)
Cap dagang Perakuan  (certification mark)
Memperkenalkan Collective Mark


Mengguna pakai Nice Classification
Menambah penggunaan Asean classification
Tidak boleh menerima pemfailan antarabangsa melalui sistem Madrid.
Akta baharu membolehkan pejabat MyIPO menerima permohonan melalui sistem Madrid
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences” adalah di bawah selian Akta Perihal Dagangan.
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences) di masukkan kedalam akta baharu
Tiada peruntukan berkenaan perekodan securitization
Peruntukan perekodan securitization dan sebagainya dimasukkan
Pembatalan cap dagangan berdasarkan keputusan mahkamah.
Pendaftar cap dagangan diberi kuasa untuk melaksanakan Pembatalan pendaftaran cap dagangan.
Lesen Ejen Cap dagangan boleh diperoleh berdasarkan pengalaman dan temuduga dengan pendaftar Cap dagangan.
Untuk mendapatkan Lesen Ejen Cap dagangan perlu melalui lulus peperiksaan Ejen Cap Dagangan.



Setakat ini yang dapat diteliti, jika ada penambahan senarai perbezaan ini akan dikemaskinikan dari masa kesemasa.


Norunnuha Sdn Bhd
Patent. Trademark. Design. Copyright. IP Valuation. Advisory. Consultancy

Jumaat, 20 Oktober 2017

Trademark dan Undang-undang berkaitan Akta Cap Dagangan Malaysia

#2
-------------------------------------
TM-Trademark Act Malaysia

Jika terdahulu membincangkan Cap dagangan atau TM yang terbina disebabkan penggunaan dan pembinaan nama baik atau goodwill Rujuk pautan ini.

Kini kita lihat pula pilihan untuk merancang jenama dan menggunakan peruntukkan Akta cap dagangan Malaysia.

Bagi yang merancang memulakan perniagaan (atau pengeluaran produk baharu), pasti ada perkataan-perkataan yang bermain difikiran untuk dijadikan samada nama syarikat atau jenama untuk produk.

_____________________________________________________________


Untuk memastikan perkataan yang ada digambaran itu berpotensi untuk didaftarkan dan boleh digunakan (available-bukan milik pihak lain); 


langkah berikut perlu diambil;

1. Senaraikan dahulu perkataan-perkataan tersebut;

2. buat semakan carian umum menggunakan enjin carian "GOOGLE" dan beberapa lagi enjin yang berkaitan.

3. buat semakan makna/erti dalam pelbagai bahasa, adakah ianya mempunyai erti yang tidak baik dalam bahasa asing yang lain.

4. Merujuk kepada senarai perkataan-perkataan yang sedia ada.

Asingkan perkataan-perkataan berikut:

= yang telah digunakan oleh pihak lain,
(samada sama atau hampir sama);

= yang mempunyai maksud yang kurang enak (samada secara bertulis -di dalam kamus atau secara bahasa pasar);

= yang mempunyai/merujuk kepada nama tempat, terutama kawasan atau geografi yang terkenal;

= yang mempunyai perkataan yang merujuk kepada produk (direct ref);

= perkataan-perkataan seperti "Royal", "Halal", "patented".

5. Buat semakan carian di pengkalan data cap-dagangan IP Online (bagi permohonan di Malaysia) keatas senarai pendek perkataan-perkataan yang berpotensi.

6. Asingkan perkataan-perkataan yang ada di dalam senarai daftar.

7. Memperoleh senarai pendek perkataan berpotensi didaftarkan, sebaiknya 2 atau 3.

8. Bangunkan rekaan perkataan tersebut samada menggunakan stylized font atau rekaan baharu atau gabungan dengan logo atau device, merujuk kepada konsep jenama yang ingin dipasarkan kepada pengguna.

9. Membuat pilihan yang sesuai dengan konsep jenama dan buat semakan akhir di pengkalan data untuk perkataan dan device (jika ada).

Setelah dipastikan.

10. Failkan permohonan cap dagangan di MyIPO.



_______________________________________________________________

Langkah-langkah di atas,

Boleh melakukan sendiri; atau 

berhubung dan menggunakan khidmat Ejen Cap dagangan berdaftar untuk tujuan semakan dan pengurusan pemfailan TM tersebut.

Proses pemfailan di MyIPO akan mengambil masa anggaran 8 bulan ke atas untuk mendapatkan sijil dan masih tertakluk kepada pemeriksaan oleh pemeriksa cap dagangan.


_______________________________________________________________

Nota 1
untuk senarai perkataan yang tidak boleh didaftarkan atau yang memerlukan kelulusan pihak lain perlu rujuk Akta Cap dagangan.

Nota 2: 
Langkah 2 dan Langkah 5 untuk produk yang disasarkan ke pasaran luar negara, pengkalan data perlu diluaskan kenegara tersebut.

Nota 3: Penafian
Panduan ini dibangunkan hasil cerapan kendiri dan bacaan bagi pemilihan cap dagangan dari awal. Ianya tidak terhad kepada 10 langkah sahaja. Rujuk ejen-ejen yang berdaftar bagi membantu proses yang berkaitan.


Turut di pos di fb: fb link.

Contoh jenama yang telah berdaftar dan direka dengan mengambil kira langkah-langkah di atas.






Cukup dahulu untuk hari ini.

Isnin, 6 Mac 2017

Cap dagangan Perakuan

Kita biasa dengar tentang penjenamaan dan perlindungan trademark untuk produk. Ini yang ramai usahawan masa kini telah mempunyai kesedaran. Bagus teleh terdapat peningkatan khusus untuk cap dagangan bagi barangan.


Perlu diingat juga, trademark perlu difailkan bagi kelas yang sesuai untuk produk yang diniagakan, contohnya bagi kategori produk pakaian maka kelas yang bersesuaian adalah kelas 25, jika difailkan ke kelas lain maka walaupun ada sijil untuk kelas lain tersebut tetapi tidak boleh dikuatkuasakan sekiranya perlu mengunakan khidmat penguatkuasaan kerana pendaftaran adalah ke kelas yang tidak berkaitan dengan pakaian.


Kadangkala, pemilik jenama terutama yang fail sendiri, menghadkan spesifikasi barangan sewaktu mengisi borang dan setelah berapa lama mendapat sijil.Setalah 3 tahun berniaga rasa ingin dan perlu pula menambah produk, diversifylah katakan, TETAPI yang menyedihkan spesifikasi produk yang baharu (yang juga tertakluk kepada kelas yang sama) tidak dimasukkan didalam permohonan terdahulu.

Oleh itu, walaupun ada sijil, BOLEH JADI akan timbul isu juga terutama jika perlu menguatkuasakan hak jenama tersebut kerana dalam sijil tiada ditulis produk yang baharu.
Oleh itu, jangkalah agak-agak pengembangan perniagaan tu. Sebabnya jika ini berlaku akan ada kos yang terlibat. NN


Selain dari trademark untuk produk ada juga trademark yang dimiliki oleh badan perakuan atau syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengujian contohnya seperti di gambar.




Ini adalah cap dagangan TUV untuk produk-produk berkaitan kenderaan.
Lihat pemfailannya adalah untuk kelas 12 iaitu kelas berkaitan "vehicle".
Pemiliknya adalah "TUV Rheinland" dari "GERMAN", TUV Rheiland akan melakukan pengujikan keatas produk-produk dibawah kategori tersebut dan jika melepasi kriteria baharulah boleh meletakkan "sticker" "TUV Rheinland certified".

Begitu juga cap dagangan halal yang dipohon oleh KERAJAAN MALAYSIA dan didaftarkan oleh JAKIM semenjak tahun 2001 lagi. JAKIM adalah badan yang diberi kuasa untuk menganugerahkan sijil perakuan "certification mark" kepada pemohon yang memohon untuk menggunakan logo HALAL MALAYSIA tersebut. Logo HALAL MALAYSIA telah dipohon untuk 18 kelas mencakupi kelas bagi produk dan juga kelas bagi perkhidmatan, manakala portal "HALAL verified engine" dimiliki secara bersama oleh "Dagang Halal" dan KERAJAAN MALAYSIA.
Oleh kerana sifat kewilayahan sistem cap dagangan ini, permohonan bagi logo HALAL MALAYSIA dilakukan juga untuk negara atau blok lain seperti EROPAH.

Terdapat 45 kelas keseluruhanya dan tidak sama aplikasinya bagi negara-negara lain.
Contohnya China dan Indonesia walaupun sama 45kelas tapi ada perbezaan dari segi pecahan spesifikasi.


Penulis boleh dihubungi di Norunnuha Sdn Bhd 0389222518.

#Ejen
#capdagangan
#Malaysia
#TrademarkagentMalaysia

Isnin, 19 Oktober 2015

Pendaftaran Cap dagangan adakah semudah ABC.

Cap dagangan merupakan salah satu cabang harta intelek yang merupakan antara aset utama perniagaan.


Pendaftaran cap dagangan atau trade mark memberikan suatu nilai tambah kepada sesuatu produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh suatu perniagaan.

Di Malaysia, pendaftaran cap dagangan atau Trade mark boleh dilakukan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, juga dikenali dengan singkatan MYIPO.

Penduduk Malaysia boleh mendaftarkan cap dagangan atau trademark mereka di MYIPO secara usaha kendiri. Dalam keadaan ini, pemilik perlu mempunyai kefahaman bagaimana cap dagangan berfungsi dan juga memastikan mempunyai kefahaman proses pendaftaran cap dagangan; dan juga mempunyai masa untuk membuat pemantauan di setiap peringkat proses mendapatkan pendaftaran cap dagangan. Ini kerana proses pendaftaran cap dagangan/ trade mark di MYIPO bukanlah hanya memempunyai satu langkah tetapi melibatkan beberapa langkah, Untuk peniaga yang tidak mempunyai cukup tenaga kerja atau tidak mempunyai masa untuk diperuntukkan bagi proses di atas adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat ejen cap dagangan berdaftar.

Perlu difahami bahawa ini adalah sebahagian dari proses membina jenama, jenama yang terbina dengan skop perlindungan yang mencukupi adalah amat menguntungkan peniaga. Jika pendaftaran cap dagangan dilakukan dengan cara yang sambil lewa.

Besar kemungkinan, pihak peniaga tidak mendapat skop perlindungan yang mencukupi bagi memastikan kemandirian atau kebolehsaingan jenama tersebut di pasaran,

Akan bersamabung disesi yang lain....


Norunnuha Datuk Hj Nawawi
Ejen Cap dagangan berdaftar
No. 4216.





Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *