Artikel asal ditulis pada 20 Disember 2012 rujuk link asal di SINI
Terpanggil untuk menulis selepas menerima panggilan dari seorang sahabat yang juga merupakan agen paten awal petang tadi. Persoalan yang dilontarkan adalah terdapat laporan yang menyatakan kebanyakan Universiti telah memulakan langkah untuk mengurangkan penggunaan khidmat agen harta intelek terutamanya agen paten. Sebetulnya, saya kurang pasti tentang kesahihan maklumat tersebut, cuma terpanggil untuk mengulas melihatkan senario masakini.Untuk pengetahuan, kebanyakan agen paten yang memberikan perkhidmatan kepada Universiti merupakan agen paten tempatan yang terdiri dari golongan berikut samada:
- graduan teknikal menerima didikan secara tidak formal dari MYIPO,
- graduan teknikal dan Sarjana Harta Intelek (UKM); atau
- graduan teknikal yang pernah bekerja dengan firma guaman yang menawarkan perkhidmatan harta intelek dalam atau luar negara.
Merujuk pula kepada statistik dari laman sawang MYIPO, didapat jumlah pemfailan paten oleh pemohon dari Malaysia setakat Oktober 2012 adalah berjumlah 841 dan jumlah pemohon dari negara asing adalah berjumlah 4803.
Setakat ini penyumbang terbesar pemohon dari Malaysia adalah dari Universiti, Instituti penyelidikan kerajaan (seperti MARDI, MIMOS, LGM dan sebagainya). Manakala senarai agen yang meyelenggara bayaran tahunan ke MYIPO setakat tahun 2012 adalah sebanyak 148 orang (rujuk senarai agen di MYIPOhttp://www.myipo.gov.my/documents/10180/18720/agent-update20022012.pdf), dari jumlah tersebut hanya beberapa yang aktif mengusaha firma sendiri dan memberikan perkhidmatan kepada pemohon dari Malaysia, kebanyakan firma yang besar menyediakan perkhidmatan kepada pemohon dari negara asing dan sedikit pemohon dari Malaysia). Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, pemberi perkhidmatan berkaitan paten kepada pihak Universiti dan institusi penyelidikan kerajaan adalah agen paten berlatar belakangkan teknikal yang telah lulus peperiksaan professional Agen Paten kendalian MYIPO.
Agen-agen paten "patent agent" ini biasanya menawarkan kos perkhidmatan tahap sederhana dan tidak semahal kos perkhidmatan agen dari firma guaman terkenal.
Agen-agen dari kategori ini juga merupakan usahawan mikro dan menpunyai pekerja tidak lebih dari 10 orang dan perkerja tersebut perlu pula dilatih semula untuk tujuan perlaksaan kerja yang memerlukan kepakaran yang khusus. Malah, agen-agen ini juga kebanyakan terpaksa membelanjakan dana sendiri untuk peningkatan ilmu samada untuk diri sendiri atau untuk pekerja mereka samada di dalam atau diluar negara. Ini adalah kerana ilmu berkaitan harta intelek yang tidak statik dan berubah dari masa kesemasa.
Anggaran agen paten dalam lingkungan ini adalah sebanyak kurang lebih 20 orang. Jika anggapan kesemua permohonan dari pemohon Malaysia menggunakan khidmat agen-agen paten ini boleh dikatakan setiap agen dianggarkan menerima lebih kurang 42 kes. Dengan menganggap kos satu (1) tugasan penderafan patent adalah RM8000/kes maka boleh dianggarkan pendapatan kasar sebanyak RM336000 untuk tempoh 10 bulan. Perlu difikirkan bahawa pihak agen gologan ini juga perlu membayar gaji pekerja mereka yang hampir kesemuanya adalah rakyat Malaysia dan juga kos "overhead" lain.
Hakikatnya tidak semua pemohon dari Malaysia menggunakan perkhidmatan agen dan jumlah sebenar bilangan kes untuk satu-satu agen mungkin lebih rendah dari niliai 42 kes setahun. Agen-agen paten biasanya perlu menelaah, memahami inovasi dan mengambil masa anggaran 10 hari berkerja untuk menyiapkan satu-satu deraf itupun sekiranya maklumat yang diberikan lengkap. Sekiranya maklumat kurang lengkap ianya akan mengambil masa lebih lama dengan kos yang sama. Kadangkala pihak agen perlu menghubungi perekacipta (inventor) berkali-kali untuk mendapatkan maklumat berkaitan rekacipta atau inovasi berkaitan. Perlu dimaklumkan juga agen-agen dari golongan ini tidak mengendali kes-kes pelanggaran hak kerana bukan dari latar belakang profession guaman.
Andainya dan sekiranya berlaku pergerakan mengurangkan penggunaan perkhidmatan agen paten oleh Universiti apakah kemungkinan kesannya;
a) kemungkinan profession agen paten akan mengalami penyusutan bilamana agen patent tidak dapat membiaya pekerjanya dan mungkin juga dirinya sendiri; atau/dan
b) paten agen mungkin akan memohon memasuki pasaran pekerjaan dan berkerja sebagai paten agen dalaman (in house) untuk sebuah Universiti atau Institusi (setakat ini belum ada jawatan khusus dalam kerajaan untuk tujuan ini).
Dimanakah kewajaran aliran pemikiran seperti ini, sekiranya diluar negara profession paten agen merupakan profession yang dihormati setara dengan bidang professional lain. Sebagai contoh, satu firma paten agen yang kecil di China boleh menerima lebih 1000 kes setahun dari pelanggannya, dimana 70% pelanggannya adalah Universiti, politeknik, SME dan entiti tempatan sebagainya dan 30% adalah pemohon dari luar negara.
Kesan yang sama dijangka akan berlaku jika agen terpaksa menurunkan kos perkhidmatan sedia ada disebabkan persaingan (hakikatnya pada waktu ini ada pihak yang meminta kerja penderafan paten pada nilai separuh dari anggaran di atas). Senario ini secara umumnya akan memusnahkan profession ini.
Satu persoalan lain yang timbul adalah, sudah cukup bersediakan Universiti tempatan untuk melaksakan proses ini, sedangkan Universiti terkenal antarabangsa masih menggunakan perkhidmatan agen paten atau juga lebih dikenali sebagai "patent attorney".
Begitu sukarkah untuk memahami proses pembahagian tugas ini yang memanfaatkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan. Bukankan itu salah satu tugas Universiti untuk melahirkan modal insan berkebolehan.
Lihat sahajalah dari statistik di atas seakan Malaysia lebih melindungi paten dari luar negara, mobilisasi kesedaran harta intelek yang dilaksanakan samada oleh MYIPO atau badan kerajaan lain seakan tidak banyak membuahkan hasil kerana bilangan permohonan paten adalah seakan statik dari tahun 2009 sehingga 2011 dengan jumlah 1234 (2009), 1275 (2010) dan 1136 (2011). Ya, diakui terdapat peningkatan dari tahun 2008-2009, tetapi peningkatan ini adalah juga merupakan sumbangan dari kemasukan "national entry phase" pemohon dari Malaysia setelah Malaysia menjadi ahli kepada Patent Corporation Treaty (PCT) selain dari faktor kesedaran badan kerajaan yang menjadikan harta intelek sebagai penanda aras prestasi sesuatu organisai (KPI).
Perlu dinyatakan disini bahawa agen paten perlu mendaftar dan membayar yuran tahunan kepada MYIPO. Tetapi sokongan dan juga pembangunan kepakaran modal insan khusus untuk agen paten oleh MYIPO adalah sangat terhad. Agen paten tidak hanya berhadapan dengan masalah di atas, terdapat juga senario dimana ada individu dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan menulis spesifikasi paten (patent writing), individu ini tidak mendaftar diri dengan MYIPO tetapi mengenakan kos perkhidmatan setara dengan perkhidmatan agen paten, yang menyedihkan ada juga jabatan kerajaan dan institusi pendidikan yang mengguna pakai perkhidmatan individu-individu dan syarikat sebegini.

Tindakan ini adalah satu tindakan yang merugikan kerana kebanyakan kerja yang dilakukan individu ini tidak dipantau dan setelah masa berlalu ada diantara permohonan yang dikendali oleh individu ini tidak diterusakan keperingkat seterusnya dan menyebabkan status permohonan bertukar menjadi "ABANDON"
Harta intelek walaupun baharu di Malaysia, ianya bidang yang perlu diteroka, difahami dan diwujudkan kumpulan pakar tempatan untuk menyokong pembangunan rekacipta dan inovasi. Hanya rakyat tempatan dapat memahami "culture" dan kehendakan rakyat dengan lebih baik. Pakar luar negara adalah perlu untuk memberikan nasihat dan pandangan, tetapi adalah lebih baik menggunakan pakar luar negara ini untuk memberikan pendedahan kepada agen tempatan dan melatih agen paten tempatan agar kompeten dan menjadi tempat rujukan sesudah latihan. Selagi ada kebergantungan kepada pakar luar dan kurang memberi pendedahan kepada agen paten tempatan untuk proses paten dan pengkomersilan selagi itulah dana negara mengalir keluar (dan itulah yang diinginkan oleh mereka). Sudah tentu, apabila membangunkan sesuatu profession akan ada berlaku kesilapan tambahanlagi sekiranya tiada sistem mentoring. Ianya lumrah, bertatih dahulu sebelum berlari.
"Bagai serangga mengagumi bunga, saling bergantungan untuk kemandirian spesies"
Agen Paten berdaftar (PA 2006/159)
Agen Cap dagangan berdaftar (4216)
Agen Rekabentuk Industri berdaftar ERP07004
Malaysia
Sarjana Harta Intelek (UKM)
Sarjana Muda Sains Bioteknologi (UPM)
Registered Patent, Trademark, Industrial design, Plant Variety Agent Malaysia. Norunnuha Sdn Bhd No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangot.
website:SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan