Telekung Siti Khadijah vs Telekung Aleesya Ariani X WOW
Kes Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd dengan Ariani Textile telah dibicarakan pertama kali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2017, dan pada 22 Disember 2017 Jumaat Hakim WOng Kian Kheong (WKK ) telah mengeluarkan keputusannya menyebelahi pihak Plaintif.
WKK menyatakan bahawa telekung Siti Khadijah Klasik memenuhi semua keperluan dibawah Seksyen 7 Akta HakCipta, WKK yang menyatakan bahawa Ariani telah melanggar hak harta intelek iaitu HakCipta Telekung Siti Khadijah.
Siti Khadijah telah berjaya dalam kes ini dan kadar gantirugi dengan kos akan ditentukan pada sesi akan datang, iaitu dijangka pada 14 Mac 2018.
Produk Telekung Ariani dikenali dan dipasarkan sebagai:
Ariani X WOW Telekung Aleesya.
Intipati kes:
karya grafik, hakcipta, keaslian, perlanggaran hakcipta
Persamaan
Persamaan ketara pada:
- rekabentuk dan corak dibahagian kepala telekung;
- ukuran pada saiz muka dan dagu telekung;
- kedudukan tali telekung;
- jenis bahan pada bahagian dagu;dan
- renda bagi pelapik getah.
Kesalahan:
Defendan menjual dan mengiklankan tudung itu diprogram iklan TVCJ Wow Shop.
Peguam mewakili Plaintif:
Ahmad Hafiz Zubir
Peguam mewakil Defendan:
Habizan Habeeb Rahman, Foong Cheng Leong dan Thevini Nayagam.
Alasan penghakiman oleh mahkamah akan dikongsikan jika ianya telah diterbitkan kelak.
Berita ini telah dilaporkan oleh Murni Wan Omar di Harian Metro pada 22 December 2017, 19:58
Sila rujuk laporan berita kes Siti Khadijah & Ariani Textile
Dah ada ke belum keputusan kes ye
BalasPadamSudah, Siti Khadijah berjaya memenangi kes ini.
Padam