1 minggu yang lalu sebuah akhbar menyiarkan tajuk berkenaan "hakcipta telur goreng".
"Hakcipta Telur Goreng"
Berita tersebut menjadi perbualan di facebook.
Jadi persoalannya; adake perkara seperti ini, atau bolehke dapat hakcipta?
Nak cerita secara ringkas dan ringan.
Hakcipta adalah hak ke atas karya yang diekspresi dalam bentuk zahir atau dalam English "material fixation"; sebagai contoh karya penulisan dalam bentuk buku, blog, sisipan resepi untuk penerbitan.
Tidak terhad kepada senarai tersebut, ada banyak lagi kategori karya yang boleh dilindungi di bawah hakcipta.
Perkara utama yang perlu diingat;
Hakcipta atau copyright tidak melindungi IDEA.
Oleh, itu jika adapun resepi telur goreng yang sedap, "special" ianya tetap tidak boleh dilindungi dibawah peruntuk hakcipta.
Jika resipi tersebut ditulis dan dibukukan atau siarkan di majalah atau blog masakan, maka hanya tulisan itu dan susun atur gambar yang dilindungi dibawah akta hakcipta.
Jika adapun resepi telur goreng yang sedap tersebut, maka satu cara untuk melindunginya dari ditiru adalah dengan menyimpan resepi tersebut sebagai rahsia atau dalam Englishnya "secret recipe" atau "confidential information".
Tapi bila difikirkan, untuk telur goreng yang hanya boleh disiapkan dengan sedikit minyak dan menggunakan kuali rasanya tiada apa yang unsur lain yang terlibat, lainlah masakan variasi telur seperti telur bistik, telur dadar special, telur dengan serbuk perencah special, itupun masih boleh dipersoal lagi.
Tetapi dalam situasi yang berlainan, jika ada pula insan yang mencipta mesin menggoreng telur dengan kemas berbentuk bulat tanpa banyak gelembung udara secara pukal, kurang minyak dan efektif (seperti mesin pembuat donit atau bagel); maka mesin tersebut boleh dipohon patent,
hmm itupun jika memenuhi kriteria.
Merujuk kepada laporan akhbar tersebut, saya kira ada sesetengah orang yang suka membuat gimik mempermainkan isu berkaitan hak harta intelek bagi menarik perhatian umum.
Ini kerana, kebanyakan orang awam tidak faham atau kurang faham berkenaan hal-hal berkenaan hak harta intelek atau mungkin juga individu yang terlibat masih kurang arif tentang IP; atau
wartawan tulis heading yang gempak.
Cer tenguk ceritanya
Cerita telur goreng 14 Mei 2015 dan pengakhiran ceritanya di SINI.
Kan dah kata;
wartawan buat gempak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan