Setiap tahun 26 April merupakan hari harta intelek sedunia yang turut diraikan di Malaysia sebagai hari harta intelek Malaysia.
Hari harta intelek Malaysia pertama di raikan di Melaka pada tahun 2005, pada waktu itu saya masih merupakan pelajar Sarjana Harta Intelek di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Boleh dikatakan sambutan agak meriah di MITC pada waktu itu dan saya ada menghadirkan diri pada waktu itu.
Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2006, sambutan dilaksanakan di Kuala Lumpur Convention Center dimana ianya adalah tahun pertama melibatkan diri secara sepenuhnya didalam bidang harta intelek ini. Saya ada melibatkan diri dan menjaga booth yang dibuka di KLCC, masih segar diingatan kerana pada masa itulah saya menerima klien pertama bagi Cap dagangan. Tahun berikutnya, masih diraikan di KLCC tetapi saya hanya hadir sebagai pelawat dan juga menghadiri seminar harta intelek.
World Intellectual Property Organization (WIPO) telah meletakkan kiraan menuju kepada tarikh 26hb April 2015 di laman facebook page World Intelectual Property Day seperti berikut:
Sambutan dengan Tema Creative and Innovative world IP day dan meraikan harta intelek dan musik "celebrating IP and music".
Sumber World Intellectual Property Day
Tahun 2015 ini seakan hambar tanpa sambutan khusus dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia MYIPO sendiri hanya iklan sambutan yang disiarkan pada 27 April 2015.
Besar harapannya agar semangat penghargaan terhadap hak harta intelek (patent, copyright (hakcipta), cap dagangan dan rekabentuk industri) meningkat dari masa kesemasa dikalangan penduduk dan warga Malaysia.
Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Registered Patent, Trademark, Design Malaysia
Ejen berdaftar Patent, Cap Dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan