SANGKUTAN PELAJAR DARI KYUNGPOOK NATIONAL UNIVERSITY, KOREA.
Norunnuha Sdn Bhd menerima pelajar sangkutan seramai 6 orang dari Kyungpook National University bermula dari 20 - 24 hb Februari 2012. Pelajar-pelajar tersebut ditemani oleh Pensyarah mereka iaitu Professor Sung Jai Choi.
Dalam tempoh 5 hari tersebut, pihak NSB menyediakan aktiviti-aktiviti berkaitan Harta Intelek, lawatan rasmi ke MYIPO dan Pusat Inovasi Kolaboratif, UKM, pendedahan tentang operasi NSB, penerangan dari Samsung berkaitan pelaburannya di Malaysia dan lawatan ke Melaka Bandar Bersejarah yang diiktiraf UNESCO dan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain.
Jadual atucara lawatan adalah seperti berikut"
Februari 2012
- 18 hb - Ketibaan Professor Sung Jai Choi ditemani anaknya Andrew Choi (KLIA)
- 19 hb - Ketibaan pelajar-pelajar.
- 20 hb - Lawatan ke MYIPO (pagi), dari MYIPO menaiki LRT ke KLCC (petang) dan berpeluang merasai keenakan satay UK (Seksyen 7 Bandar Baru Bangi) disebelah malamnya
- 21 hb - Lawatan ke Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK, UKM), video dan penerangan berkaitan PIK, lawatan ke Taman Teknologi Hijau UKM - penerangan oleh Dr Chan, melawat Putrajaya dan berpeluang merasai keenakan Durian dan manggis di Taman Botani, makan malam pilihan restoran disekitar 3Bcurve.
- 22hb - Penerangan berkaitan operasi NSB, Paten (Patent), Cap Dagangan (Trademark), Rekabentuk Industri (Industrial Design) dan PCT. Makan malam- Ana ikan Bakar petai.
- 23hb - Undang-undang harta intelek Malaysia (sehingga jam 11). Menerina kehadiran Mr Roh Jae Yeol (Director Samsung Group Malaysia) dan penerangan berkaitan pelaburan Samsung di Malaysia, aktiviti kemasyarakatan dan juga strategi dan pelan pelaburan akan datang. Sesi ini turut menerima kehadiran wakil dari PIK, UKM (pelajar bersarapan roti canai dan roti telur)
- 24hb - Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah, pelajar turun di persimpangan Lorong Hang Jebat (Jonker walk) bergerak kearah Rumah Merah, A famosa, Dataran Pahlawan, dan Masjid Selat.
Terima kasih kepada team NSB, Malaysian Intellectual Property Office (MYIPO), Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dan semua yang terlibat.
Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pos asal diSINI
Daftarlah Cap dagangan Anda, sebelum terlambat -
Hubungi Kami di Norunnuha Sdn Bhd
Protect your trademark before its too late - Call us at Norunnuha Sdn Bhd
T: +603-89222518 Web: www.norunnuha.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan