Selasa, 28 April 2015

Hari Harta Intelek


Setiap tahun 26 April merupakan hari harta intelek sedunia yang turut diraikan di Malaysia sebagai hari harta intelek Malaysia.

Hari harta intelek Malaysia pertama di raikan di Melaka pada tahun 2005, pada waktu itu saya masih merupakan pelajar Sarjana Harta Intelek di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Boleh dikatakan sambutan agak meriah di MITC pada waktu itu dan saya ada menghadirkan diri pada waktu itu.  

Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2006, sambutan dilaksanakan di Kuala Lumpur Convention Center dimana ianya adalah tahun pertama melibatkan diri secara sepenuhnya didalam bidang harta intelek ini. Saya ada melibatkan diri dan menjaga booth yang dibuka di KLCC, masih segar diingatan kerana pada masa itulah saya menerima klien pertama bagi Cap dagangan.   Tahun berikutnya, masih diraikan di KLCC tetapi saya hanya hadir sebagai pelawat dan juga menghadiri seminar harta intelek.

Setelah ity untuk beberapa tahun hari harta intelek disambut di KLCC, Kuala Lumpur, dan pada tahun 2011 di Persada Johor, sambutan selanjutnya kembali ke Melaka dan juga ada sambutan yang dibuat di Kuantan.


World Intellectual Property Organization (WIPO) telah meletakkan kiraan menuju kepada tarikh 26hb April 2015 di laman facebook page World Intelectual Property Day seperti berikut:


Sumber World Intellectual Property Day 

 Sambutan dengan Tema Creative and Innovative world IP day dan meraikan harta intelek dan musik "celebrating IP and music".


Tahun 2015 ini seakan hambar tanpa sambutan khusus dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia MYIPO sendiri hanya iklan sambutan yang disiarkan pada 27 April 2015.


Besar harapannya agar semangat penghargaan terhadap hak harta intelek (patent, copyright (hakcipta), cap dagangan dan rekabentuk industri) meningkat dari masa kesemasa dikalangan penduduk dan warga Malaysia.


Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Registered Patent, Trademark, Design Malaysia
Ejen berdaftar Patent, Cap Dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.







Isnin, 27 April 2015

Portfolio harta intelek Microsoft

27 April 2015

Pagi ini sedang minum dan menjamu soto di Warung Bangi, saya membaca sebuah artikel terbitan IAM.

Antara isikandungannya adalah;

"Portfolio harta intelek kategori patent yang aktif milik Microsoft adalah yang keenam terbesar di US dengan bilangan 28,130 geran patent dan 9035 masih diperingkat permohonan patent. Microsoft juga dilaporkan memiliki portfolio paten di China dengan 3000 patent dan 3500 permohonan. 85% harta intelek jenis patent adalah dijana secara organik oleh Microsoft, manakala selebihnya adalah melalui pemilikan. Antara penyumbang kepada portfolio patent milik Microsoft adalah Nokia, Skype, Nortel, Antenova AOL dan beberapa lagi."

Artikel asal sila rujuk SINI

Boleh dilihat dari dapatan artikel ini, bahawa Microsoft mempunyai portfolio harta intelek patent yang agak besar, ini belum merangkumi portfolio cap dagangan "trademark" dan juga portfolio rekabentuk industri "design".  Mereka tidak hanya memfailkan permohonan patent di US malah memanjangkan permohonan perlindungan patent ke beberapa negara seperti China, European region, dan beberapa negara lain. Keputusan memanjangkan permohonan patent ke luar negara adalah perlu sejajar dengan strategi perniagaan syarikat.


Sifat harta intelek yang merupakan sejenis harta membolehkannya dipindah milik, dimana di dalam kes Microsoft melibatkan proses pemilikan (acquisition). 

Perlu difahami bahawa portfolio harta intelek merupakan aset yang menyumbang kepada nilai keseluruhan bagi sebuah syarikat. 



Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Registered Patent, Trademark and Design Agent Malaysia

Ejen berdaftar Paten, Cap dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.


Jumaat, 24 April 2015

Trademark case Monier Vs La Monier

Monier vs La Monier
Logo dan perkataan Monier diperoleh dari laman web http://www.monier.com.my/ 

Antara kes cap dagangan "trademark" terkini adalah kes Monier vs La Monier,

Jenama "Monier" adalah cap dagangan milik Monier group melalui anak syarikatnya Redland Engineering Limited (REL).

REL  adalah pemilik berdaftar untuk beberapa jenama MONIER untuk barangan dan perkhidmatan di dalam kelas 6, 17, 19 dan 37 di Malaysia.

Selain dari jenama Monier, REL juga merupakan pemilik berdaftar bagi jenama "Monier Coolproof" untuk kelas 6, 17, 37 dan 42.

Semenjak tahun 1979, REL telah menggunakan cap dagangan MONIER di Malaysia dan amat terkenal di dalam sektor pembinaan kategori bumbung dan atap.

Manakala,pihak yang dituduh telah menghasilkan atap menggunakan jenama LaMonier.

Penghakiman oleh Hakin Azizh Nawawi, untuk maklumat lanjut berkenaan kes cap dagangan ini; sila lawati laman INI.
Maklumat berkenaan Monier Malaysia sila rujuk SINI

Ulasan:

Tindakan yang amat bagus diambil oleh REL kerana perlanggaran hak harta intelek dalam bentuk jenama dan juga hakcipta. Tindakan ini adalah tindakan sivil. Semoga menjadi pengajaran kepada pihak yang dengan sengaja menunggangkan di atas usaha pihak lain.
Jika dilihat disini jenama yang digunakan adalah hampir sama dan bagi produk dari kategoru yang sama.
Ini juga melihatkan betapa pentingnya mendaftarkan cap dagangan kerana kita tidak akan tahu bila ianya diperlukan. Mendaftarkan jenama memberikan hak kepada pemilik dan memudahkan proses proses di mahkamah.
Isu jenama yang disalah guna ini amat penting ditangani kerana dibimbangi mencemar nama baik pemilik asal.

Jenama, Cap Dagangan Malaysia,

Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia

Ejen berdaftar bagi Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri di Malaysia

Registered Patent, Trademark and Industrial Design Agent Jurisdiction: Malaysia.

Selasa, 24 Februari 2015

Aliran pendapatan bagi hak harta intelek tidak terhad

Aliran kewangan bagi sesuatu hak IP adalah tidak terhad jika dibandingkan dengan harta kekal (harta boleh nampak) atau juga dalam bahasa Inggeris "Tangible Property" seperti rumah. Aliran kewangan, pendapatan atau "income" boleh datang dari aktiviti penjualan rumah, "flipping" disebabkan "paper gain" atau sewaan "renting". Oleh itu, sumber pendapat itu terhad kepada aktivit penjualan terus atau penyewaan rumah tersebut.  Berbanding dengan hak harta intelek atau intellectual property (IP), contohnya karya hakcipta @ Copyright dimana satu karya boleh menjana beberapa sumber aliran kewangan pada satu-satu masa sebagai contoh karya animasi memperoleh pendapatan dari slot siaran, dari sumber merchandising, dari penjualan bahan fizikal dalam bentuk CD, buku dan sebagainya.

Disebabkan sumber aliran pendapatan atau "revenue streams" yang pelbagai, permasalahan yang dihadapi oleh setiap kategori perniagaan dengan hak IP adalah tidak sama.

Sebagai contoh: 


Hasil karya animasi contohnya Upin dan Ipin diterbitkan Les Copaque yang dipasarkan kestesen-stesen TV/kabel berbayar. 

Jika peniruan "direct" berlaku, memerlukan peniru mengemukakan karya yang sama ke stesen-stesen tersebut bagi mendapatkan pulangan dari pasaran yang sama, ini sudah tentu sukar untuk dilakukan oleh peniru. 

Maka peniru akan memilih jalan yang lebih mudah (selalunya begitu) dengan memasarkan barang-barang kategori "merchandise"; seperti  pakaian T-shirt; alat tulis, beg, kotak pensil dan sebagainya.


Peniru menganggu salah satu sumber aliran kewangan bagi pemilik hakcipta (Les Copaque) dari segi merchandising dan jika ada kekeliruan berlaku yang menyebabkan tuntutan dari pengguna boleh menyebabkan kerosakan nama baik atau good will. Oleh sebab itu, aktiviti merchandising oleh peniru perlu juga dikawal supaya tidak melampaui batas.

Berbanding dengan perniagaan berkaitan apparel atau fesyen; mengambil kes tudung yang mana pengkarya biasanya mengambil masa untuk mendapat susun atur rekaan, kemasan yang diingini. 

Ya, mungkin ada berkata asasnya tetap sama, menggunakan awning dan perlu dijahit.  
Tetapi perlu diingati jika ada tambahan yang asli dan original terutamanya pemikiran fabric yang sesuai, gabungan warna, tatacara jahitan untuk kemasan maka setiap elemen tersebut jika ianya mampu membezakan dari karya terdahulu, maka ianya adalah karya yang asli yang mempunyai input atau usaha dalam penghasilannya, maka ianya layak untuk dilindungi dibawah hakcipta atau hak-hak harta intelek yang bersesuaian.
 Sesuai dengan petikan berikut:

 Petersen J. in University of London Press Limited v University Tutorial Press Ltd (1916) 2 Ch. 601 that
 ‘what is worth copying is prima facie worth protecting’ "

Bagi kes tudung, peniru memasuki pasaran yang sama dan bersaing terus dengan pengeluar yang asli; keadaan begitu amat menekan pengeluar asal kerana perlu menjaga hati pengguna dan umum dan mengekang lambakan tudung tiruan dari menganggu aliran kewangan dari pasaran yang sama.
Sama juga bagi kes restoran, jika konsep dan segala resepi telah dikongsikan dengan rakan kongsi cawangan; tetapi kemudian berlaku perselisihan maka maklumat kerahsiaan dan konsep yang telah dikongsikan adalah sukar untuk ditarik balik. Dalam kes ini yang mengawal hak-hak IP adalah perjanjian yang dibuat; perjanjian JV adalah sangat sukar dan perlu diteliti isu-isu berkaitan hak harta intelek dan juga exit clause yang baik. Oleh itu sebaiknya, mengambil jalan "licensing" atau "franchising".
Membina sesuatu perniagaan atau jenama mengambil masa yang lama, tetapi ian
ya memerlukan hanya 1 gossip untuk memusnahkannya.
NN


Rabu, 18 Februari 2015

Persatuan Hak Harta Intelek Malaysia MIPA

Malaysian Intellectual Property Association (MIPA)

MIPA atau dalam bahasa Malaysia Persatuan Hak Harta Intelek Malaysia ditubuhkan semenjak tahun 1989.

Bagi tahun 2014-2016

Presiden: En. Desmond Wee
Naib Presiden: En. Benjamin John Thompson
Setiausaha: En. Ong Boo Seng
Bendahari:Cik Lee Lin Li

Ahli Jawatankuasa:
1. Cik Lee Wan Chieh
2. Encik Ng Kim Poh
3.Marks & Clerk (M)  Sdn Bhd (diwakili Dr Chris Hemingway)
4. En. Ravi Rajan Narayasamy
5.Pn. Norunnuha Datuk Hj Nawawi

Dari Kiri En Ong Boo Seng, LCik Lee Lin Li, Cik Onn YenYen, Pn. Caroline Francis, Pn Norunnuha, Dr Chris, En Chew, En. benjamin, En. Desmond, Puan Shamsiah (Pengarah MYIPO), En. Aziz, En.Zul En Azhar, Pn Faridah, Puan Jamilah, Puan Sharifah, Pn. IyliaSumber: MYIPO fb page


Antara aktiviti-aktiviti MIPA merangkumi penganjuran bengkel penderafan paten (Patent Drafting Workshop) yang dilaksanakan pada setiap tahun, penganjuran seminar, perbincangan dengan MYIPO berkenaan undang-undang harta intelek.

untuk maklumat lanjut berkaitan MIPA sila klik laman web MIPA dan untuk maklumat keahlian sila klik maklumat menjadi ahli MIPA.

Keahlian persatuan ini terbuka kepada pemilik hak harta intelek, perekacipta "inventor/innovator/designer/copywriter), peguam dan agen paten, cap dagangan, rekabentuk industri berdaftar dengan perbadanan harta intelek Malaysia.

Harta intelek merangkumi Paten "patent", Cap dagangan atau jenama "trademark", rekabentuk industri "design", hakcipta "copyright", Petunjuk Geografi "Geographical Indication", Rahsia Perniagaan "trade secret", dan tidak ketinggalan Perlindungan Varieti tumbuhan baharu "New Plant Variety Protection"

Puan Norunnuha  merupakan ahli persatuan semenjak tahun 2011. 
Patent, Trademark, Design, Plant Variety Agent Malaysia







Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *