Persekitaran Harta Intelek Malaysia bakal berubah, Akta Cap Dagangan 1976 (Trade Mark Act 1976) telah diguna pakai di Malaysia sehinggalah cadangan pindaan dan pemansuhan dikemukan; dan pada 02 Julai 2019 Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (Trademark Bill 2019) dengan pindaan.
Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/02/dewan-rakyat-passes-trademarks-bill-2019/1767595 |
Setakat tarikh tulisan ini, di maklumkan Akta Cap Dagangan 1976 akan tidak terpakai bermula pada tarikh 27 Disember 2019.
Akta Cap Dagangan Baharu 2019 (TMA 2019) akan diguna pakai bermula tarikh yang sama.
TMA2019 ini membolehkan permohonan ke peringkat antarabangsa melalui pejabat MyIPO sebagai pejabat penerima (Office of Origin). Banyak posting-posting oleh pihak MyIPO yang memaklumkan bahawa pengusaha atau usahawan boleh membuat permohonan di peringkat antarabangsa untuk memohon cap dagangan di negara asing.
Apakah perbezaan atau pembaharuan di antara Akta Cap dagangan 1976 yang lama dengan TMA2019 ini.
Akta
Cap Dagangan 1976
|
TMA
2019
|
Proses permohonan 2 peringkat iaitu fasa pemfailan di mana pembayaran
pertama di buat dan fasa penerimaan di mana pembayaran kedua untuk
penerimaan.
|
Proses 1 peringkat dimana bayaran permohonan merangkumi yuran
penerimaan
|
Carian menggunakan khidmat MyIPO adalah pilihan yang berbayar
|
Memberikan pilihan menggunakan khidmat MyIPO bagi "clearance search" dan jika menerima bantahan dari pemeriksaa yuran pemfailan (iaitu bayaran pertama)
boleh dimohon untuk dikembalikan (refund)
|
Jenis cap dagangan adalah jenis tradisional iaitu perkataan dan logo
|
Jenis cap dagangan yang boleh dipohon diperluaskan kepada bentuk 3D,
bunyi, bauan, hologram, warna, kedudukan, aturan dan sebagainya.
Non-Traditional marks
|
Menerima pemfailan dalam bentuk:
Cap dagangan
Cap dagang Pertahanan (defensive mark)
Cap dagang Perakuan (certification mark)
|
Memperkenalkan Collective Mark
|
Mengguna pakai Nice Classification
|
Menambah penggunaan Asean classification
|
Tidak boleh menerima pemfailan antarabangsa melalui sistem Madrid.
|
Akta baharu membolehkan pejabat MyIPO menerima permohonan melalui sistem
Madrid
|
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences” adalah di bawah selian
Akta Perihal Dagangan.
|
Peruntukan penguatkuasaan “criminal offences) di masukkan kedalam akta
baharu
|
Tiada peruntukan berkenaan perekodan securitization
|
Peruntukan perekodan securitization dan sebagainya dimasukkan
|
Pembatalan cap dagangan berdasarkan keputusan mahkamah.
|
Pendaftar cap dagangan diberi kuasa untuk melaksanakan Pembatalan pendaftaran
cap dagangan.
|
Lesen Ejen Cap dagangan boleh diperoleh berdasarkan pengalaman dan
temuduga dengan pendaftar Cap dagangan.
|
Untuk mendapatkan Lesen Ejen Cap dagangan perlu melalui lulus
peperiksaan Ejen Cap Dagangan.
|
Setakat ini yang dapat diteliti, jika ada penambahan senarai perbezaan ini akan dikemaskinikan dari masa kesemasa.
Norunnuha Sdn Bhd
Patent. Trademark. Design. Copyright. IP Valuation. Advisory. Consultancy