Jenama (Brand)
Dah biasa dengar tentang jenama, dan juga kepentingan perlindungan jenama dengan menggunakan pendaftaran cap dagangan atau biasa dirujuk sebagai "trademark registration".
Nak tahu penting atau tidak pendaftaran cap dagangan ini, kita lihat statistik pemfailan cap dagangan yang diperolehi dari laman MyIPO.
Jika dilihat seperti di jadual di atas:
Permohonan cap dagangan pada tahun 2007 oleh:
Pemohon tempatan di Malaysia adalah sebanyak : 12,289 permohonan cap dagangan;
Pemilik jenama antarabangsa (foreign) adalah sebanyak : 13,605 permohonan cap dagangan.
Oleh itu,
jumlah permohonan cap dagangan untuk tahun 2007 adalah sebanyak:
25,894 permohonan cap dagangan.
Setelah itu, didapati bilangan permohonan cap dagangan telah meningkat dari tahun ke tahun iaitu:
pada tahun 2008: 26034 permohonan; dan
pada tahun 2016: meningkat kepada 39,107 permohonan cap dagangan bagi pemohon tempatan dan pemohon antarabangsa.
Pada tahun 2017, setakat November 2017; didapati jumlah permohonan cap dagangan tempatan adalah sebanyak 17, 918 permohonan manakala jumlah pemfailan oleh pemohon antarabangsa adalah 19, 361. Oleh itu jumlah keseluruhan setakat November 2017 adalah 37,279 permohonan.
Jika dibandingkan dengan bilangan permohonan cap dagangan pada 2017 setakat November dengan bilangan permohonan cap dagangan pada tahun 2007 didapati terdapat peningkatan sebanyak hampir 12,000 permohonan.
Permohonan cap dagangan dari pemohon tempatan juga menunjukkan peningkatan yang sihat.
Oleh kerana cap dagangan ini berkait rapat dengan perusahaan dan perniagaan, peningkatan ini merupakan petunjuk yang bahawa makin ramai usahawan di Malaysia yang memahami kepentingan mendaftarkan jenama mereka di MyIPO.
Peningkatan dari pemilik jenama antarabangsa juga menunjukkan bahawa pasaran Malaysia kini adalah sangat aktif dan kompetetif berbanding 10 tahun lalu.
Kini boleh didapati banyak jenama-jenama antarabangsa yang memasuki Malaysia, jika dahulu jarang kita lihat jenama-jenama kosmetik dari Korea, kini ianya boleh didapati dipasaran Malaysia.
Contoh jenama-jenama dari Korea ini adalah seperti:
Natures Republic,
Laniege,
Elianto,
Althea,
dan beberapa lagi jenama terkenal.
dan beberapa lagi jenama terkenal.
Jenama Althea Korea Malaysia Sumber: www.myalthea.kr |
Untuk melindungi jenama mereka, perlulah pemilik jenama antarabangsa tersebut didaftarkan di Malaysia. Ini kerana permohonan cap dagangan atau trademark ini bersifat kewilayahan dan perlu dipanjang ke negara-negara yang mempunyai potensi pasaran.
Selain dari bilangan permohonan cap dagangan boleh juga di dapati bilangan cap dagangan yang didaftarkan. Proses untuk memperolehi cap dagangan berdaftar adalah mengambil masa dan paling minimum jika ianya adalah kes langsung yang tidak menerima apa-apa bantahan maka prosesnya adalah anggaran 8 bulan untuk memperolehi sijil cap dagangan.
Jika ada isu-isu kebolehdaftaran atau kesamaan cap dagangan yang dipohon dengan maklumat didalam daftar rekod cap dagangan MyIPO maka terdapat langkah-langkah lain yang perlu diambil untuk mendapatkan pendaftaran.
Dalam kebanyakan kes yang mempunyai isu ada sebahagiannya bertukar status seperti:
- Ditolak (Rejected)
- Bantahan dikekalkan (Objection Maintained),
- Diabaikan (abandon); atau
- ditarikbalik (withdrawn).
Cap dagangan berdaftar yang melindungi jenama adalah merupakan salah satu komponen harta intelek (intellectual property) yang amat penting bagi usahawan.
Oleh itu, jangan sia-siakan penat lelah membangunan perniagaan tapi akhirnya terganggu kerana isu-isu berkaitan hak cap dagangan yang sebenarnya boleh diuruskan. Lebih baik berbelanja sedikit dari rugi besar dikemudian hari.
Tukar minda untuk melihat pendaftaran harta intelek samada cap dagangan, paten, hak cipta, rekabentuk industri adalah merupakan satu bentuk pelaburan dan bukannya perbelanjaan.
Untuk maklumat lanjut:
Cap dagangan penting supaya takde yang tiru design kita. Kalau buat business tudung ke, kena daftar ni.
BalasPadamSalam Ezna. Pendaftaran cap dagangan untuk melindungi jenama. Jika design macam design tudung ada dua bentuk perlindungan pertama di bawah rekabentuk industri atau dikenali juga sebagai industrial design registration, dan keduanya adalah hakcipta atau copyright.
PadamDigalakkan merujuk kepada pakar untuk mendapatkan pandangan skop perlindungan mana yang sesuai.
Baru baru ni banyak jugak kawan-kawna blogger yang berkongsi pasal MyIPO atau pasla hak cipta ni. Tapi saya still lagi ragu ragu nak register blog saya ke tak.
BalasPadamJika ada produk, baguslah daftar cap dagangan untuk melindungi jenama.
PadamJika karya-karya boleh dilindungi di bawah hakcipta.
I need to register my website too. Thanks for the reminder.
BalasPadamwaa.. nampaknya kena daftar blog saya untuk lindungan hakcipta ni.. hee~ okay tak kalau saya buat ?
BalasPadamPeningkatan ini menunjukkan bahawa dah ramai orang kita menyedari kepentingan cop dagangan
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Banyak betul permohonan cap dagangan yer. Baru tahu.
BalasPadambagus perkongsian info ni, ilmu baru tentang hak sebagai usahawan
BalasPadamBaru tahu tentang cap dagangan. Bagi yang berbisnes dan ada produk dan jenama sendiri memang patut daftar di MyIPO kan.
BalasPadamYa, amat digalakkan.
PadamBetul!! Lebih baik berbelanja lebih sikit daripada terpaksa terpaksa rugi besar :) gud sharing sis
BalasPadamKan Cik Tie! sekadar berkongsi serba sedikit. Tidak banyak penulisan santai berkenaan harta intelek untuk kefahaman umum.
Padamthat;s good! semakin banyak means the awareness is getting there!
BalasPadamYourFinanceDoctor
Indeed, its a good indicator.
PadamTak ada barang sendiri untuk daftar cap dagangan, next time kalau ada boleh lah buat. Mudah2an adalah satu hari nanti produk sendiri...:D
BalasPadamBoleh berimpian, semoga satu hari nanti ada produk sendiri.
PadamWalaubagaimana, cap dagangan ini tidak terhad kepada produk sahaja.
Bezanya utk blogger adalah, ia lebih murah dan tidak rumit. Jika untuk Bisnes agak rumit. Wang juga besar. Hahaha. Jadi sebelum submit borang dan wang. Pastikan lengkap isi borang. Hehe
BalasPadamJika memohon sendiri, pastikan dapatkan maklumat yang tepat sebelum mengisi borang.
PadamThis is great for business owners, now they get to protect themselves.
BalasPadamwah bagus sekali ya di malaysia ada seperti ini
BalasPadamDi Indonesia juga ada, merek dan harta intelektual.
PadamPerkongsian yang bagus... boleh rujuk sini nanti semasa nak mengisi borang Bonde bookmark page!
BalasPadamAlhamdulilah, ada beberapa rakan #RawlinsGLAM yang ada produk sendiri mula sedar perlunya pendaftaran cap dagangan mereka sebab taknak kerugian di masa depan.
BalasPadamBagus tu
PadamKlau ada produk sendiri..better lah patent kan sebagai hak intelek kita sdri dengan MyIPO kan kak..
BalasPadamPenting untuk peniaga yang ada jenama sendiri menjaga idea deorang sebelum diciplak. Ada undang-undang boleh jaga.
BalasPadam