Selasa, 28 April 2015

Hari Harta Intelek


Setiap tahun 26 April merupakan hari harta intelek sedunia yang turut diraikan di Malaysia sebagai hari harta intelek Malaysia.

Hari harta intelek Malaysia pertama di raikan di Melaka pada tahun 2005, pada waktu itu saya masih merupakan pelajar Sarjana Harta Intelek di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Boleh dikatakan sambutan agak meriah di MITC pada waktu itu dan saya ada menghadirkan diri pada waktu itu.  

Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2006, sambutan dilaksanakan di Kuala Lumpur Convention Center dimana ianya adalah tahun pertama melibatkan diri secara sepenuhnya didalam bidang harta intelek ini. Saya ada melibatkan diri dan menjaga booth yang dibuka di KLCC, masih segar diingatan kerana pada masa itulah saya menerima klien pertama bagi Cap dagangan.   Tahun berikutnya, masih diraikan di KLCC tetapi saya hanya hadir sebagai pelawat dan juga menghadiri seminar harta intelek.

Setelah ity untuk beberapa tahun hari harta intelek disambut di KLCC, Kuala Lumpur, dan pada tahun 2011 di Persada Johor, sambutan selanjutnya kembali ke Melaka dan juga ada sambutan yang dibuat di Kuantan.


World Intellectual Property Organization (WIPO) telah meletakkan kiraan menuju kepada tarikh 26hb April 2015 di laman facebook page World Intelectual Property Day seperti berikut:


Sumber World Intellectual Property Day 

 Sambutan dengan Tema Creative and Innovative world IP day dan meraikan harta intelek dan musik "celebrating IP and music".


Tahun 2015 ini seakan hambar tanpa sambutan khusus dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia MYIPO sendiri hanya iklan sambutan yang disiarkan pada 27 April 2015.


Besar harapannya agar semangat penghargaan terhadap hak harta intelek (patent, copyright (hakcipta), cap dagangan dan rekabentuk industri) meningkat dari masa kesemasa dikalangan penduduk dan warga Malaysia.


Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Registered Patent, Trademark, Design Malaysia
Ejen berdaftar Patent, Cap Dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.







Isnin, 27 April 2015

Portfolio harta intelek Microsoft

27 April 2015

Pagi ini sedang minum dan menjamu soto di Warung Bangi, saya membaca sebuah artikel terbitan IAM.

Antara isikandungannya adalah;

"Portfolio harta intelek kategori patent yang aktif milik Microsoft adalah yang keenam terbesar di US dengan bilangan 28,130 geran patent dan 9035 masih diperingkat permohonan patent. Microsoft juga dilaporkan memiliki portfolio paten di China dengan 3000 patent dan 3500 permohonan. 85% harta intelek jenis patent adalah dijana secara organik oleh Microsoft, manakala selebihnya adalah melalui pemilikan. Antara penyumbang kepada portfolio patent milik Microsoft adalah Nokia, Skype, Nortel, Antenova AOL dan beberapa lagi."

Artikel asal sila rujuk SINI

Boleh dilihat dari dapatan artikel ini, bahawa Microsoft mempunyai portfolio harta intelek patent yang agak besar, ini belum merangkumi portfolio cap dagangan "trademark" dan juga portfolio rekabentuk industri "design".  Mereka tidak hanya memfailkan permohonan patent di US malah memanjangkan permohonan perlindungan patent ke beberapa negara seperti China, European region, dan beberapa negara lain. Keputusan memanjangkan permohonan patent ke luar negara adalah perlu sejajar dengan strategi perniagaan syarikat.


Sifat harta intelek yang merupakan sejenis harta membolehkannya dipindah milik, dimana di dalam kes Microsoft melibatkan proses pemilikan (acquisition). 

Perlu difahami bahawa portfolio harta intelek merupakan aset yang menyumbang kepada nilai keseluruhan bagi sebuah syarikat. 



Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Registered Patent, Trademark and Design Agent Malaysia

Ejen berdaftar Paten, Cap dagangan dan Rekabentuk Industri Malaysia.


Jumaat, 24 April 2015

Trademark case Monier Vs La Monier

Monier vs La Monier
Logo dan perkataan Monier diperoleh dari laman web http://www.monier.com.my/ 

Antara kes cap dagangan "trademark" terkini adalah kes Monier vs La Monier,

Jenama "Monier" adalah cap dagangan milik Monier group melalui anak syarikatnya Redland Engineering Limited (REL).

REL  adalah pemilik berdaftar untuk beberapa jenama MONIER untuk barangan dan perkhidmatan di dalam kelas 6, 17, 19 dan 37 di Malaysia.

Selain dari jenama Monier, REL juga merupakan pemilik berdaftar bagi jenama "Monier Coolproof" untuk kelas 6, 17, 37 dan 42.

Semenjak tahun 1979, REL telah menggunakan cap dagangan MONIER di Malaysia dan amat terkenal di dalam sektor pembinaan kategori bumbung dan atap.

Manakala,pihak yang dituduh telah menghasilkan atap menggunakan jenama LaMonier.

Penghakiman oleh Hakin Azizh Nawawi, untuk maklumat lanjut berkenaan kes cap dagangan ini; sila lawati laman INI.
Maklumat berkenaan Monier Malaysia sila rujuk SINI

Ulasan:

Tindakan yang amat bagus diambil oleh REL kerana perlanggaran hak harta intelek dalam bentuk jenama dan juga hakcipta. Tindakan ini adalah tindakan sivil. Semoga menjadi pengajaran kepada pihak yang dengan sengaja menunggangkan di atas usaha pihak lain.
Jika dilihat disini jenama yang digunakan adalah hampir sama dan bagi produk dari kategoru yang sama.
Ini juga melihatkan betapa pentingnya mendaftarkan cap dagangan kerana kita tidak akan tahu bila ianya diperlukan. Mendaftarkan jenama memberikan hak kepada pemilik dan memudahkan proses proses di mahkamah.
Isu jenama yang disalah guna ini amat penting ditangani kerana dibimbangi mencemar nama baik pemilik asal.

Jenama, Cap Dagangan Malaysia,

Norunnuha Sdn Bhd
No17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia

Ejen berdaftar bagi Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri di Malaysia

Registered Patent, Trademark and Industrial Design Agent Jurisdiction: Malaysia.

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *