Rabu, 13 April 2016

Bagaimana Harta Intelek Berfungsi

Bagaimana Harta Intelek berfungsi dengan menggunakan contoh perniagaan Fareeda Global Resources Sdn Bhd pemilik jenama Fareeda, FNJ, Fareeda Nyata Jelita, Mawar, dan pelbagai lagi jenama.


11 April 2016, Pn. Norunnuha sempat hadir kesidang media Fareeda oleh Fareeda Global Resources Sdn Bhd.
Antara intipati yang dirakam dan diolah untuk kefahaman semula adalah:

1. Cetakan atau print 2D adalah universal terutamanya jika ianya dikeluarkan oleh pengilang fabrik.

Intipati IP: cetakan fabrik dalam bentuk 2D boleh memperoleh hakcipta secara automatik atau mendapatkan hak rekabentuk industri. Kebiasaanya pemilik lebih banyak menggunakan hakcipta bagi karya berbentuk 2D.
__________________________________________________________________________________
2.Jenama merupakan aset perniagaan, jika digabungkan dengan representasi dan elemen emosi menjadikannya suatu brand yang kukuh.

Pengguna kekal membeli dan mengguna jenama tertentu kerana kebiasaan, ikatan (attachment), rupa dan perasaan (look & feel)

Intipati IP: Jenama dan nama baik (goodwill) adalah aset yang boleh dinilai secara berasingan dari aset boleh nampak yang lain (tangible asset).Ianya juga boleh diniagakan.
__________________________________________________________________________________




3. Peluang bagi menambah pendapatan sebagai khidmat pembeli persorangan atau lebih dikenali sebagai "personal shopper" dan juga reseller: kelebihan tidak memerlukan modal besar dan boleh menjual semula kepasaran dengan harga yang dipersetujui kedua pihak penjual dan pembeli. Selain itu, terdapat pasaran jualan lanjutan dalam bentul prelove yang jarang diperoleh bagi produk seangkatan dengannya.

Intipati IP:Harta intelek adalah elemen yang menjana ekonomi, jika ekonomi statik, iaitu tiada perbelanjaan maka tiada permintaan dan penjualan, tiada pergerakan ekonomi, ianya adalah tidak bagus. Maka disini, wujudnya pelbagai lapisan transaksi yang membolehkan pelbagai pihak melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Boleh jadi secara langsung dari perusahaan itu sendiri, dalam bentuk penawaran kerja, syarikat pengiklanan atas talian, billboard, syarikat percetakan bagi alat-alat pemasaran dan pembungkusan, akhbar, khidmat jurufoto, khidmat jurumekap, khidmat kontraktor dan pelbagai lagi. Manakala, secara tidak langsung perniagaan disekitar dan peningkatan pengunjung ke kawasan tersebut menambah bilangan trafik dan potensi sekitar.
__________________________________________________________________________________
4. Kejayaan memacu kejayaan, diatas cerapan, maklumbalas, dan perkiraan daya saing maka proses pertumbuhan dapat disokong. Inisiatif perolehan kilang baharu di Selaman Industrial Park bakal menyumbang kepada penyelesaian masalah kesesakan dan potensi penambahan pengeluaran. Membuka potensi perniagaan baharu dengan rancangan pengeluaran produk sedia "prepacked" menggunakan jenama "Kabira".
Membuka peluang pemasaran bagi produk-produk tempatan.



Intipati IP: Pertambahan portfolio IP menambah nilai dan mewujudkan kesan timbalbalik "buffering". Syarikat yang mempunyai pelbagai sumber nilai mampu mengukuh pegangan pasaran dan berpotensi meningkat lebih jauh.

Inisiatif kami bagi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghargaan harta intelek.
Agar bercambahnya "innovator", "designer", "author" yang asli, berilham dan sering memacu kehadapan kerana tidak terhad ilmu itu. Agar mereka ini tidak takut kehadapan dan mampu menjana ekonomi kendiri tanpa bimbang dilahap oleh mereka yang kurang kesedaran atau sengaja menunggang.



Cap dagangan, jenama, brand, corak, corak 2D -pattern and ornamentation, bentuk 3D-shape and configuration, harta intelek, ekonomi.
Perkongsian yang sama dfbpage: NorunnuhaSdnBhd


Selasa, 5 April 2016

Latihan Carian Paten menggunakan pengkalan data paten pelbagai negara oleh Norunnuha Sdn Bhd

Carian Paten atau Patent Search

Terdapat pelbagai kepentingan melakukan carian paten, antaranya adalah untuk memastikan sesuatu teknologi/produk/rekacipta/inovasi itu adalah baharu bagi tujuan pemfailan paten. 

Selain dari itu, carian paten juga dibuat terutamanya bagi pemilik perniagaan atau pelabur (investor) bagi memastikan sesuatu teknologi/produk/novasi tidak dilindungi sistem paten bagi memboleh teknologi/produk digunakan atau dihasil dan dipasarkan dipasaran tertentu, ini adalah kerana perlindungan paten adalah bersifat kewilayahan, iaitu hanya berkuatkuasa mengikut negara yang dipohon perlindungan. Bermakna, jika teknologi/produk tersebut dilindungi contohnya di Thailand tetapi tidak di Malaysia, maka pihak yang berminat di Malaysia boleh menghasil dan memasarkannya.

Bila Carian Paten diperlukan?
Pihak Penyelidik, sebelum memulakan suatu kajian (RND) bagi sesuatu inovasi, malah digalakkan melakukan carian secara berkala sepanjang tempoh kajian contohnya dalam selamasa 3bulan atau 6bulan.

Pihak Peniaga, sebelum merancangkan menghasil atau memasarkan produk, terutama produk yang dikenalpasti dijual dinegara asng dan ingin membawa produk tersebut kepasaran Malaysia.

Ianya tidak terhad kepada contoh di atas.

Norunnuha Sdn Bhd telah mula menganjurkan kursus carian paten "Patent Search Training" pada tahun 2012 di Pusat Latihan Norunnuha Sdn Bhd.  

Terbaharu adalah pada 29 Mac 2016 yang lalu

Peserta pada kali ini adalah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang juga dikenali sebagai UTEM.

Berikut adalah senarai Kursus Carian Patent yang telah lalu:

Kursus Carian Paten 19-20 Mei 2015
Kursus Carian Patem 20-21 Mei 2014
Kursus Carian Paten 18-19 Mac 2014
Kursus Carian Paten 03-04 Julai 2013
Kursus Carian Paten 20-21 Mei 2013
Kursus Carian Paten 09-10 Julai 2012
Kursus Carian Paten 02-03 April 2012

Kursus Carian  Paten 19-20 Mei 2015 

Carian Paten 03-04 Julai 2013

Tenaga Pengajar Norunnuha Sdn Bhd En. Raja Muhazam Farid Raja Mukhtar

Tutor membantu peserta melakukan carian Cik Nur Amalina Zamani 


Hubungi Norunnuha Sdn Bhd sekiranya berminat mengadakan kursus dalaman (inhouse training) atau untuk mendapatkan maklumat berkenaan siri latihan yang kami usahakan.

Hubungi kami di:
T: 0389222518 : Puan Aini, En Shamil, En. Raja Farid.

atau:

E:admin@norunnuha.com 

atau:

FBmesengger:  NorunnuhaSdnBhd

atau 

Whatsapp: 0176262822 (NorunnuhaSdnBhd)


Norunnuha Sdn Bhd
Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Rekabentuk Industri
Patent, Trademark, Copyright, Industrial Design



Isnin, 4 April 2016

IP Fund for youth, students and local communities

Dana Harta Intelek untuk belia, pelajar dan komuniti

Berita baik untuk belia, pelajar dan komuniti, kini terdapat dana harta intelek bagi membantu belia mendapatkan perlindungan sewajarnya bagi rekacipta, rekabentuk (design), rekaan artistik, karya samada penulisan, skor musik, lukisan, figura dan lain-lain bentuk produk yang berkelayakan untuk dipohon perlindungan harta intelek.





Cetakan Skrin dari laman sawang MYIPO


Berikut adalah ekstrak maklumat berkenaan Dana Harta Intelek dari laman sawang MYIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).



"Dana Harta Intelek diperkenalkan bagi membantu golongan belia, pelajar dan komuniti setempatan/tempatan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos pemfailan harta intelek mereka.


Kriteria kelayakan 

Individu-individu yang menghasilkan harta intelek mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Merupakan Warganegara Malaysia,

Belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang juga merupakan usahawan/perekacipta/pencipta;

atau

Pelajar dari kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, institusi kemahiran yang diiktiraf kerajaan;

atau

Komuniti setempat  seperti persatuan, jawatan kuasa penduduk dan sebagainya bagi tujuan Petunjuk Geografi (Geographical Indication).

Skop pembiayaan adalah bagi:


  • Paten (Patent)
  • Pembaharuan Utility (Utility Innovation)
  • Cap dagangan (Trademark)
  • Petunjuk Geografi (Geographical Indication)
  • Hakcipta -Pemberitahuan sukarela (Copyright Voluntary Notification)


Pembiayaan merangkumi kos pemfailan fi kepada MYIPO (rujuk jadual 1 dibawah); dan

kos perkhidmatan agen paten berdaftar (registered Patent Agent) (pemilihan agen paten adalah tertakluk kepada keputusan MYIPO)

Dana terhad kepada satu (1) komponen harta intelek yang baharu dan belum difailkan di MyIPO.

Tidak mendapat mana-mana dana lain untuk pemfailan harta intelek bagi permohonan yang berkaitan.

Dana Harta Intelek akan diberi dalam bentuk baucer


Pertanyaan lanjut sila emel kepada dana@myipo.gov.my atau hubungi Puan Noranisah Abas (03-2299 8770) atau Puan Shahida Nafishah Jamaluddin (03-2299 8775).





Cetakan Skrin Jadual 1


Untuk pautan asal sila rujuk Laman Malaysian Intellectual Property Office.


Norunnuha Sdn Bhd 

Ejen Paten, Cap dagangan, Rekabentuk Industri berdaftar
Registered Patent, Trademark & Industrial Design Agent



Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *