Sabtu, 7 Oktober 2017

Yoko Ono memaksa jenama John Lemon untuk ditukar.

Baru-baru ini menonton video berita dari Reuters bertajuk "yoko-ono-forces-john-lemon-drink-to-re-brand".

Link untuk menonton video tersebut disini


Syarikat minuman Polish di UK menggunakan perkataan John Lemon untuk produk air berperisa Lemon (Lemonade) dan air botol berperisa soda.

Syarikat dari Poland merupakan syarikat diusahakan oleh  keluarga dan telah beroperasi selama 5 tahun. 

Jenama John Lemon juga menggunakan tagline berkaitan lagu2 John Lennon seperti John Lemon "Let it Be", menggunakan gambar mendiang dan karekter berkaitan mendiang John Lennon seperti cermin mata bulatnya.

Yoko Ono telah meminta peguamnya untuk menghantar surat kepada syarikat pengeluar air tersebut menyatakan bahawa syarikat tersebut telah melanggar hak cap dagangan dan nama baik mendiang suaminya John Lennon.  Yoko Ono menyatakan syarikat tersebut menggunakan jenama John Lemon yang seakan-akan sama dari segi bunyi dan representasi dan yang berbeza adalah huruf "nn" dan huruf "m".  Tambahan lagi syarikat tersebut menggunakan menonjolkan identiti dan karakter yang seakan-akan sama dengan mendiang John Lennon.

Nama JOHN LENNON telah didaftarkan diUK oleh Yoko Ono.  Yoko Ono mengambil tindakan dan memaksa syarikat Lemonade tersebut menukar jenama lemonade keluarannya. 

Syarikat tersebut menukarnya dari "JOHN LEMON" kepada "ON Lemon".


Pendapat saya.

Ini adalah cubaan untuk menunggang nama baik dan karekter mendiang John Lennon. 

Persoalannya Kenapa John Lemon? dan bukan Mc Lemon, Jim Lemon. 
Dan mengapa juga tajuk lagu, gambar dan karekter mendiang digunakan.

Itu sebabnya penting untuk melindungi cap dagangan (trademark) dengan mendaftarkan. Cap dagangan yang telah direkod didalam daftarpun boleh dibatalkan jika ianya didaftarkan dengan niat jahat/dengan salah.   Di Malaysia ini belum ada kes sebegini lagi, kalau adapun jenama yang digunakan adalah Saloma Bistro (mungkin telah mendapat izin dari waris berkaitan).

Lagi berita berkaitan disini

25 ulasan:

  1. Interesting story and it will be good to check name of the product before implement.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, it always worthwhile spending time to check for availability of marks and to search for suitable name.

      Padam
  2. Oo.. biasa dengar je orang cerita pasal cop dagangan ni. Tapi kalau dah jadi camni dan kalau dibuatnya syarikat dari Poland tu tak daftar! kesian la. Ni dia minta ubah je kalau dia saman camne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isunya disini adalah menggunakan nama yang seakan-akan sama dengan nama orang yang terkenal dan menggunakan figuranya untuk menumpang nama baiknya.

      Padam
  3. wow macma tu sekali ! kalau anak kita john lemond pula kena tukar juga ke nanti ! hahahhaha tapi memang best lah walaupun tiada dunia i pun taknak orang guna nama I juga sebagai marketing can ah ? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama John tu ok. Lennon tu yang ada isu jika di gunakan untuk tujuan komersil atau yang hampir sama dengannya. Penggunaan yang tidak melibatkan komersil sepatutnya ok.

      Padam
  4. Kisah yg blh jd pgajaran.. Sebab tu digalakkan utk mendaftar cap dagangan atau trademark ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai Zaza Iman. Ianya suatu yang baik jika kita bina pagar untuk rumah, samalah konsepnya mendaftar cap dagangan.

      Padam
  5. John Lennon :( emang bener tuh, harus ada trademarknya .

    BalasPadam
  6. Walau perbezaan bunyi dan atau ejaan tetap menjadi kesalahan di sana kan..sebab tu kena ada cap dagangan..

    BalasPadam
  7. Hakcipta terpelihara..tp zaman teknologi ni mudah sgt dah nak ciplak design @ hak org lain..

    BalasPadam
  8. Walaupun JOhn Lennon dan John Lemon berbeza tapi dah nampak macam seakan-akan pulak kan. Betul jugak tu, pengusaha John Lemon rasanya cuba untuk menumpang populariti John Lennonn

    BalasPadam
  9. Yes...obviously they re using the late john lennon name to run their business

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Ya sangat penting dan merupakan salah satu petunjuk samada ekonomi meningkat atau menurun.

      Padam
  11. Mahal jugak nak daftar harta intelek.
    Tapi kalau "branding" kita tu nilainya dah mencecah juta2, memang patut isytihar dan di patentkan.

    BalasPadam
  12. yup..sebb tu pentingnya cap dagangan supaya tak ditiru

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya bila jenama terkenal ini, ada risiko orang nak tiru. Oleh itu, daftarkan dahulu cap dagangan atau trademark supaya bila perkara sebegitu berlaku atau ada yang buat baranga tiruan yang merbahayakan- tindakan boleh diambil oleh tuan punya jenama untuk penguatkuasaan.

      Padam
  13. Btol tu. Setiap nama jenama xboleh suke2 petik je..

    BalasPadam
  14. sebaiknya sebelum memilih nama, buat research dulu kan. cari identiti supaya dapat bangun sendiri bukan dengan nama orang lain yang terkenal

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  15. tak tahu pula ada isu macam ni..

    BalasPadam
  16. Baru tahu rupanya trademark kena didaftarkan cepat. Taknak ada kes macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika Lia ada kenalan yang berniaga atau yang mengeluarkan produk boleh cadangkan untuk dilindungi jenamanya. Boleh juga hubungi saya jika ingin maklumat lanjut.

      Padam

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *