Memaparkan catatan dengan label jenama malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenama malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Oktober 2017

Trademark dan Undang-undang berkaitan Akta Cap Dagangan Malaysia

#2
-------------------------------------
TM-Trademark Act Malaysia

Jika terdahulu membincangkan Cap dagangan atau TM yang terbina disebabkan penggunaan dan pembinaan nama baik atau goodwill Rujuk pautan ini.

Kini kita lihat pula pilihan untuk merancang jenama dan menggunakan peruntukkan Akta cap dagangan Malaysia.

Bagi yang merancang memulakan perniagaan (atau pengeluaran produk baharu), pasti ada perkataan-perkataan yang bermain difikiran untuk dijadikan samada nama syarikat atau jenama untuk produk.

_____________________________________________________________


Untuk memastikan perkataan yang ada digambaran itu berpotensi untuk didaftarkan dan boleh digunakan (available-bukan milik pihak lain); 


langkah berikut perlu diambil;

1. Senaraikan dahulu perkataan-perkataan tersebut;

2. buat semakan carian umum menggunakan enjin carian "GOOGLE" dan beberapa lagi enjin yang berkaitan.

3. buat semakan makna/erti dalam pelbagai bahasa, adakah ianya mempunyai erti yang tidak baik dalam bahasa asing yang lain.

4. Merujuk kepada senarai perkataan-perkataan yang sedia ada.

Asingkan perkataan-perkataan berikut:

= yang telah digunakan oleh pihak lain,
(samada sama atau hampir sama);

= yang mempunyai maksud yang kurang enak (samada secara bertulis -di dalam kamus atau secara bahasa pasar);

= yang mempunyai/merujuk kepada nama tempat, terutama kawasan atau geografi yang terkenal;

= yang mempunyai perkataan yang merujuk kepada produk (direct ref);

= perkataan-perkataan seperti "Royal", "Halal", "patented".

5. Buat semakan carian di pengkalan data cap-dagangan IP Online (bagi permohonan di Malaysia) keatas senarai pendek perkataan-perkataan yang berpotensi.

6. Asingkan perkataan-perkataan yang ada di dalam senarai daftar.

7. Memperoleh senarai pendek perkataan berpotensi didaftarkan, sebaiknya 2 atau 3.

8. Bangunkan rekaan perkataan tersebut samada menggunakan stylized font atau rekaan baharu atau gabungan dengan logo atau device, merujuk kepada konsep jenama yang ingin dipasarkan kepada pengguna.

9. Membuat pilihan yang sesuai dengan konsep jenama dan buat semakan akhir di pengkalan data untuk perkataan dan device (jika ada).

Setelah dipastikan.

10. Failkan permohonan cap dagangan di MyIPO.



_______________________________________________________________

Langkah-langkah di atas,

Boleh melakukan sendiri; atau 

berhubung dan menggunakan khidmat Ejen Cap dagangan berdaftar untuk tujuan semakan dan pengurusan pemfailan TM tersebut.

Proses pemfailan di MyIPO akan mengambil masa anggaran 8 bulan ke atas untuk mendapatkan sijil dan masih tertakluk kepada pemeriksaan oleh pemeriksa cap dagangan.


_______________________________________________________________

Nota 1: 
untuk senarai perkataan yang tidak boleh didaftarkan atau yang memerlukan kelulusan pihak lain perlu rujuk Akta Cap dagangan.

Nota 2: 
Langkah 2 dan Langkah 5 untuk produk yang disasarkan ke pasaran luar negara, pengkalan data perlu diluaskan kenegara tersebut.

Nota 3: Penafian
Panduan ini dibangunkan hasil cerapan kendiri dan bacaan bagi pemilihan cap dagangan dari awal. Ianya tidak terhad kepada 10 langkah sahaja. Rujuk ejen-ejen yang berdaftar bagi membantu proses yang berkaitan.


Turut di pos di fb: fb link.

Contoh jenama yang telah berdaftar dan direka dengan mengambil kira langkah-langkah di atas.






Cukup dahulu untuk hari ini.

Ahad, 7 Mei 2017

Jenama dari perkataan yang dicipta.

Berkesempatan mengunjugi Pesta Buku Antarabangsa yang dianjurkan kali ini di PWTC berbanding di MAEP (tapak bagi expo MAHA).
Pagi-pagi sudah bertolak ingin mengelakkan jem dan juga dimaklumkan oleh rakan bahawa tempat letak kerata adalah terhad.


Saya membeli dua buah buku iaitu Branding in Five and a half step dan juga Sainslah.


Dah baca separuh buku Branding tersebut, baru dapat tahu bahawa

"Google" adalah datang dari perkataan asal "Googol", dimana sewaktu sesi memikirkan nama untuk rakan Larry Page,  Sean telah mencadangkan nama Googolplex. Larry kemudian mencadangkan nama Googol yang lebih dan meminta Sean membuat carian nama. Sean pula telah tersalah taip dengan menaip perkataan Google. Larry menyukainya dan meminta menyemak nama domain dan mereka mendapati domain Google masih belum berpunya.

Itulah kesahnya nama GOOGLE.

Googol-gambar dari buku yang sedang dibaca

Selain dari itu ada beberapa jenama yang dicipta atau disalah ejaan (sengajake mungkin juga) seperti:
Flickr
Thumblr.


Seelok-elok nama untuk tujuan jenama dan mendapatkan peluang pendaftaran cap dagangan atau trademark perlulah unik contohnya perkataan yang digabungkan, atau dipendekkan atau akronim.

Trademark, cap dagangan adalah salah satu cabang harta intelek.
Di Indonesia Jenama atau trademark juga di kenali sebagai merek.

Rabu, 26 April 2017

Naelofar atau Nilufer

Bila berada di dalam bidang ini tidal ketinggalan mencerap perkara-perkara sebegini.

Pos asal adalah di fb pada 24 Februari 2017.

Cer tengok ni.....


Naelofar or Nilufer



Naelofar Online page screen shot






Nilufer page screen shot


Naelofar online jual tudung jenama Naelofar, manakala Nilufer jual pakaian dan juga tudung. Cantik-cantik juga rekaan bajunya.





Beberapa pemfailan bagi jenama Naelofar di Malaysia, ada diantaranya telah didaftarkan untuk kelas berkaitan tudung dan pakaian dan beberapa kelas lain.  


Manakala bagi Nilufer, tiada pula hits sewaktu carian cap dagangan dilakukan.

Sekadar perkongsian sahaja, selebihnya pengguna mempunyai hak keatas pandangan masing-masing.


#jenama
#malaysia
#trademark
#filing
#capdagangan 
#penguatkuasaan








Rabu, 18 Februari 2015


Isu-isu jenama di Malaysia


Logo Annisa adalah Cap dagangan berdaftar dimana perkataan"poliklinik" tidak dituntut (disclaim) yang dimiliki oleh Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd. 


Representasi logo klinik tersebut seakan-akan sama dengan cap dagangan rangkaian klinik yang terkenal. Photo ini diambil pada 19092010.Representasi logo klinik tersebut seakan-akan sama dengan cap dagangan rangkaian klinik yang terkenal. Photo ini diambil pada 19092010.





Photo ini pada waktu itu menunjukkan kesamaan dimana penggunaan "rectangular blue and oval white with word inside the oval". 

Persoalan disini mengapakah pengusaha klinik ini menggunakan representasi yang sama seperti Annisa?
Lawatan semula kekawasan tersebut mendapati pengusaha telah menukar representasi klinik beliau




.
Contoh lain adalah Logo bagi jenama OCC dan Kembara Mahkota Johor seperti photo dibawah :
Cuba lihat gambar ini.  

Perhatikan logo-logonya, ada kesamaan.

Sebelah kiri OCC dan sebelah kanan Kembara Mahkota Johor.


Poster dan BillBoard Kembara Mahkota Johor masih kelihatan di Muar.Cuba lihat gambar ini. Perhatikan logo-logonya, ada kesamaan. Sebelah kiri OCC dan sebelah kanan Kembara Mahkota Johor. Poster dan BillBoard Kembara Mahkota Johor masih kelihatan di Muar.


Pos asal adalah Fb pade Norunnuha Sdn Bhd, rujuk SINI

Norunnuha Sdn Bhd
No 17-2, Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi, 43650 bandar Baru Bangi
Registered Patent, Trademark, Copyright and Plant variety Agent 

Jenama Malaysia,
Cap dagangan Malaysia,
Logo cap dagangan,
Daftar dan lindungi Jenama Malaysia
Patent Malaysia,

Disclaimer: Use of marks and photo herein are for educational purpose only.




Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *