Sabtu, 30 Mei 2015

Oishi vs Oishi

Sumber gambar:http://www.malaysiafreebies.com/promotion/oishi/

Ini adalah ringkasan kes cap dagangan berkaitan jenama OISHI.

Plaintif: Oishi Group Public Company Limited.
Defendan: Liwayway Marketing Corporation

Plaintif memohon pembatalan pendaftaran cap dagangan oleh Defendan bagi kelas 30 dan 43.
Plaintif menyatakan Defendan telah mendaftarkan cap dagangan Oishi tetapi tidak pernah menggunakannya.

Oleh itu, Plaintif memohon agar cap dagangan Oishi di keluarkan dari daftar cap dagangan kerana non use  [seksyen 46(1)(b) Akta Cap dagangan Malaysia].

Cerapan pasaran atau Market survey oleh pihak Plaintif menunjukkan bahawa tiada penggunakan cap dagangan atau jenama Oishi oleh defandan di beberapa kawasan utama di Malaysia.

Seksyen 10, 14 dan 37 juga dihujahkan di dalam kes ini.

Mahkamah membenarkan  permohonan Plantif.

Kisahnya boleh rujuk SINI.



Cap dagangan Malaysia                    Trademark Malaysia


Norunnuha Sdn Bhd
Agen Paten, Cap dagangan dan rekabentuk industri Malaysia

Registered Patent, Trademark and Design Malaysia.

Kes Cap dagangan Hansa part & Hansa

Isu:

Cap dagangan seakan-akan serupa dengan pendaftaran awal biasanya akan ditolak, dalam kes ini keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Berikut ringkasan kes berkaitan;


Di dalam kes Hansa part Vs Hansa; mahkamah Tinggi Malaysia (Harta intelek) menngukuhkan konsep "passing off" bagi menolak pendaftaran cap dagangan menurut seksyen 14(1) (a) akta cap dagangan.

Plaintif: Solid Corporation Sdn Bhd
Defendan ke-2: Sun Yuen Rubber Manufacturing Co Sdn Bhd.




Solid Corp terlibat di dalam perniagaan alat ganti semenjak tahun 1992 menggunakan jenama "hansa part". Cap dagangan "hansa part" seperti logo di atas telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia di dalam beberapa kelas berkaitan alat ganti.
Sun Yuen juga  membuat permohonan cap dagangan seperti representasi di atas dan pada tahun 2005 telah diiklankan. Solid Corp telah membuat bangkangan terhadap pendaftaran cap dagangan tesebut; manakala Sun Yuen menghantar maklumbalas pemakluman bangkangan, dan pendaftar cap dagangan telah menolak bangkangan dan menerima pendaftaran Sun Yuen.

Kes ini dibawah ke Mahkamah tinggi oleh Solid Corp; mahkamah tinggi memutuskan kedua-dua cap dagangan adalah seakan-akan serupa secara fonetik (sebutan)  dan visual oleh itu  Cap dagangan defendan ke-2 boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna dan mengarahkan agar cap dagangan Defendan ke-2 dikeluarkan dari daftar cap dagangan.



Cap dagangan Malaysia             Trademark Malaysia

Rekabentuk Industri Malaysia                                              Design Malaysia



Norunnuha Sdn Bhd
Agen Paten, Cap dagangan dan Rekabentuk Industri.




Isnin, 25 Mei 2015

Konferen berkaitan Harta Intelek Jun 2015




GLOBAL IP VALUATION CONFERENCE 2015 (GIPVC 2105)

GIPVC 2015 akan berlansung pada 9-10 Jun 2015 ini, maklumat lanjut berkaitan GIPVC boleh diakses dilaman sawang:  https://www.gipvc2015.com/.

Telah menghadiri GIPVC yang terdahulu, ianya adalah amat bagus bagi meningkatkan kefahaman berkaitan penilaian hak harta intelek.

Tahun ini mungkin tidak akan mengikutinya kerana komitmen lain yang telah diaturkan terlebih dahulu, walaubagaimanapun yang menarik perhatian apabila melihat paparan GIPVC2015 adalah senarai pembentang melibatkan salah seorang bekas pensyarah UPM yang telah berhijrah ke Sime Darby yang juga merupakan pensyarah yang mengajar saya sewaktu Sarjana Muda Bioteknologi di UPM, senyuman yang manis Dr Harikrishna Kulaveerasingam. Beliau mengajar beberapa subjek tetapi yang masih saya ingat adalah Plant Tissue Culture, pada waktu itu Dr Chan juga masih mengajar di UPM (sekitar tahun 1999). Pensyarah yang masih berkhidmat di UPM kini adalah Prof Dr Suhaimi.

Dr Harikrishna memegang jawatan Head (In-Charge) R&D Sime Darby Plantation (rujuk gambar dibawah).

Setakat ini tidak pasti apakah tajuk yang akan dibentangkan oleh beliau.

Selain dari itu, beberapa rakan dalam bidang harta intelek ini juga dipilih untuk menjadi pembentang antaranya  Puan Wong Jin Nee dan Sumah Ramachadran yang mana kedua-duanya merupakan rakan program penilaian harta intelek yang dianjur secara bersama oleh  Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan World Trade Institute (WTI) bagi jangkamasa 2013-2014.

Pengiraan masa bagi GIPVC2015 dari tarikh hari ini 25 Mei 2015.

IP Valuation

Norunnuha Sdn Bhd

Agen Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri berdaftar, Malaysia.

Registered Patent, Trademark, Industrial Design Agent, Malaysia.

Satu kehilangan bagi komuniti harta intelek Malaysia


Kembali kepada penciptanya.

Menerima berita sedih pada 24 Mei 2015, telah dimaklumkan oleh rakan exco MIPA bahawa Dato' Bustaman dari Bustaman & Co dan juga ProIP Sdn Bhd telah kembali kepada penciptanya.


Beliau adalah antara nama yang sering disebut di dalam sebagai salah seorang individu perintis muslim dalam bidang harta intelek. Beliau merupakan Presiden MIPA (Persatuan Harta Intelek Malaysia) untuk beberapa tahun.

Di atas inisiatif beliau juga program South East Asean Drafting Course atau lebih dikenali sebagai SEAD dapat dilaksanakan di Malaysia dengan kerjasama beberapa firma antarabangsa dan UPM.  



Tambahan lagi kursus SEAD sessi pertama bagi tahun 2015 bermula hari ini sehingga 29 Mei 2015 di UPM.
sumber printscreen brosur di SINI


Innalillahiwainnailaihirajiun, semoga Allah mengampuni dan merahmati dirinya.

Norunnuha Datuk Hj  Nawawi
Agen Paten, Cap Dagangan dan Rekabentuk Industri berdaftar Malaysia.

Registered Patent, Trademark, Design Agent Malaysia.



Jumaat, 22 Mei 2015

Resepi telur goreng



Ada-ada aja berita yang mengejutkan di Malaysia ini. Kali ini berkenaan telur dan hak harta intelek (intellectual property).

1 minggu yang lalu sebuah akhbar menyiarkan tajuk berkenaan "hakcipta telur goreng".

"Hakcipta Telur Goreng"

Berita tersebut menjadi perbualan di facebook.

Jadi persoalannya; adake perkara seperti ini, atau bolehke dapat hakcipta?


Nak cerita secara ringkas dan ringan.

Hakcipta adalah hak ke atas karya yang diekspresi dalam bentuk zahir atau dalam English "material fixation"; sebagai contoh karya penulisan dalam bentuk buku, blog, sisipan resepi untuk penerbitan.
Tidak terhad kepada senarai tersebut, ada banyak lagi kategori karya yang boleh dilindungi di bawah hakcipta.

Perkara utama yang perlu diingat; 
Hakcipta atau copyright tidak melindungi IDEA. 
Oleh, itu jika adapun resepi telur goreng yang sedap, "special" ianya tetap tidak boleh dilindungi dibawah peruntuk hakcipta. 

Jika resipi tersebut ditulis dan dibukukan atau siarkan di majalah atau blog masakan, maka hanya tulisan itu dan susun atur gambar yang dilindungi dibawah akta hakcipta.


Jika adapun resepi telur goreng yang sedap tersebut, maka satu cara untuk melindunginya dari ditiru adalah dengan menyimpan resepi tersebut sebagai rahsia atau dalam Englishnya "secret recipe" atau "confidential information". 

Tapi bila difikirkan, untuk telur goreng yang hanya boleh disiapkan dengan sedikit minyak dan menggunakan kuali rasanya tiada apa yang unsur lain yang terlibat, lainlah masakan variasi telur seperti telur bistik, telur dadar special, telur dengan serbuk perencah special, itupun masih boleh dipersoal lagi.  

Tetapi dalam situasi yang berlainan, jika ada pula insan yang mencipta mesin menggoreng telur dengan kemas berbentuk bulat tanpa banyak gelembung udara secara pukal, kurang minyak dan efektif (seperti mesin pembuat donit atau bagel); maka mesin tersebut boleh dipohon patent,
hmm itupun jika memenuhi kriteria.

Merujuk kepada laporan akhbar tersebut, saya kira ada sesetengah orang yang suka membuat gimik mempermainkan isu berkaitan hak harta intelek bagi menarik perhatian umum. 


Ini kerana, kebanyakan orang awam tidak faham atau kurang faham berkenaan hal-hal berkenaan hak harta intelek  atau mungkin juga individu yang terlibat masih kurang arif tentang IP; atau 
wartawan tulis heading yang gempak.

Cer tenguk ceritanya 

Cerita telur goreng 14 Mei 2015 dan pengakhiran ceritanya di SINI




Kan dah kata;  

wartawan buat gempak.



Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *