Memaparkan catatan dengan label copyright malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label copyright malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 11 Januari 2018

Isu Hak Cipta Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd saman Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd

Telekung Siti Khadijah vs Telekung Aleesya Ariani X WOW



Kes Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd dengan Ariani Textile telah dibicarakan pertama kali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2017, dan pada 22 Disember 2017 Jumaat  Hakim WOng Kian Kheong (WKK ) telah mengeluarkan keputusannya menyebelahi pihak Plaintif. 


WKK menyatakan bahawa telekung Siti Khadijah Klasik memenuhi  semua keperluan dibawah Seksyen 7 Akta HakCipta, WKK yang menyatakan bahawa Ariani telah melanggar hak harta intelek iaitu HakCipta Telekung Siti Khadijah.



Mahkamah mendapati terdapat usaha yang cukup (sufficient effort) untuk menjelaskan keaslian sesuatu karya ataupun dikenali juga sebagai "originality". 


Siti Khadijah telah berjaya dalam kes ini dan kadar gantirugi dengan kos akan ditentukan pada sesi akan datang, iaitu dijangka pada 14 Mac 2018.



Produk Telekung Ariani dikenali dan dipasarkan sebagai:

Ariani X WOW Telekung Aleesya.




Intipati kes: 

karya grafik, hakcipta, keaslian, perlanggaran hakcipta




Persamaan

Persamaan ketara pada:

-   rekabentuk dan corak dibahagian kepala telekung;

-   ukuran pada saiz muka dan dagu telekung;

-   kedudukan tali telekung;

-   jenis bahan pada bahagian dagu;dan 

-   renda bagi pelapik getah.

Kesalahan: 

Defendan menjual dan mengiklankan tudung itu diprogram iklan TVCJ Wow Shop.



Peguam mewakili Plaintif:

Ahmad Hafiz Zubir



Peguam mewakil Defendan:

Habizan Habeeb Rahman, Foong Cheng Leong dan Thevini Nayagam.




Alasan penghakiman oleh mahkamah akan dikongsikan jika ianya telah diterbitkan kelak.




Berita ini telah dilaporkan oleh Murni Wan Omar di Harian Metro  pada 22 December 2017, 19:58
Sila rujuk laporan berita kes Siti Khadijah & Ariani Textile

Isnin, 4 April 2016

IP Fund for youth, students and local communities

Dana Harta Intelek untuk belia, pelajar dan komuniti

Berita baik untuk belia, pelajar dan komuniti, kini terdapat dana harta intelek bagi membantu belia mendapatkan perlindungan sewajarnya bagi rekacipta, rekabentuk (design), rekaan artistik, karya samada penulisan, skor musik, lukisan, figura dan lain-lain bentuk produk yang berkelayakan untuk dipohon perlindungan harta intelek.





Cetakan Skrin dari laman sawang MYIPO


Berikut adalah ekstrak maklumat berkenaan Dana Harta Intelek dari laman sawang MYIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).



"Dana Harta Intelek diperkenalkan bagi membantu golongan belia, pelajar dan komuniti setempatan/tempatan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos pemfailan harta intelek mereka.


Kriteria kelayakan 

Individu-individu yang menghasilkan harta intelek mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Merupakan Warganegara Malaysia,

Belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang juga merupakan usahawan/perekacipta/pencipta;

atau

Pelajar dari kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, institusi kemahiran yang diiktiraf kerajaan;

atau

Komuniti setempat  seperti persatuan, jawatan kuasa penduduk dan sebagainya bagi tujuan Petunjuk Geografi (Geographical Indication).

Skop pembiayaan adalah bagi:


  • Paten (Patent)
  • Pembaharuan Utility (Utility Innovation)
  • Cap dagangan (Trademark)
  • Petunjuk Geografi (Geographical Indication)
  • Hakcipta -Pemberitahuan sukarela (Copyright Voluntary Notification)


Pembiayaan merangkumi kos pemfailan fi kepada MYIPO (rujuk jadual 1 dibawah); dan

kos perkhidmatan agen paten berdaftar (registered Patent Agent) (pemilihan agen paten adalah tertakluk kepada keputusan MYIPO)

Dana terhad kepada satu (1) komponen harta intelek yang baharu dan belum difailkan di MyIPO.

Tidak mendapat mana-mana dana lain untuk pemfailan harta intelek bagi permohonan yang berkaitan.

Dana Harta Intelek akan diberi dalam bentuk baucer


Pertanyaan lanjut sila emel kepada dana@myipo.gov.my atau hubungi Puan Noranisah Abas (03-2299 8770) atau Puan Shahida Nafishah Jamaluddin (03-2299 8775).





Cetakan Skrin Jadual 1


Untuk pautan asal sila rujuk Laman Malaysian Intellectual Property Office.


Norunnuha Sdn Bhd 

Ejen Paten, Cap dagangan, Rekabentuk Industri berdaftar
Registered Patent, Trademark & Industrial Design Agent



Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *