Selasa, 24 Februari 2015

Aliran pendapatan bagi hak harta intelek tidak terhad

Aliran kewangan bagi sesuatu hak IP adalah tidak terhad jika dibandingkan dengan harta kekal (harta boleh nampak) atau juga dalam bahasa Inggeris "Tangible Property" seperti rumah. Aliran kewangan, pendapatan atau "income" boleh datang dari aktiviti penjualan rumah, "flipping" disebabkan "paper gain" atau sewaan "renting". Oleh itu, sumber pendapat itu terhad kepada aktivit penjualan terus atau penyewaan rumah tersebut.  Berbanding dengan hak harta intelek atau intellectual property (IP), contohnya karya hakcipta @ Copyright dimana satu karya boleh menjana beberapa sumber aliran kewangan pada satu-satu masa sebagai contoh karya animasi memperoleh pendapatan dari slot siaran, dari sumber merchandising, dari penjualan bahan fizikal dalam bentuk CD, buku dan sebagainya.

Disebabkan sumber aliran pendapatan atau "revenue streams" yang pelbagai, permasalahan yang dihadapi oleh setiap kategori perniagaan dengan hak IP adalah tidak sama.

Sebagai contoh: 


Hasil karya animasi contohnya Upin dan Ipin diterbitkan Les Copaque yang dipasarkan kestesen-stesen TV/kabel berbayar. 

Jika peniruan "direct" berlaku, memerlukan peniru mengemukakan karya yang sama ke stesen-stesen tersebut bagi mendapatkan pulangan dari pasaran yang sama, ini sudah tentu sukar untuk dilakukan oleh peniru. 

Maka peniru akan memilih jalan yang lebih mudah (selalunya begitu) dengan memasarkan barang-barang kategori "merchandise"; seperti  pakaian T-shirt; alat tulis, beg, kotak pensil dan sebagainya.


Peniru menganggu salah satu sumber aliran kewangan bagi pemilik hakcipta (Les Copaque) dari segi merchandising dan jika ada kekeliruan berlaku yang menyebabkan tuntutan dari pengguna boleh menyebabkan kerosakan nama baik atau good will. Oleh sebab itu, aktiviti merchandising oleh peniru perlu juga dikawal supaya tidak melampaui batas.

Berbanding dengan perniagaan berkaitan apparel atau fesyen; mengambil kes tudung yang mana pengkarya biasanya mengambil masa untuk mendapat susun atur rekaan, kemasan yang diingini. 

Ya, mungkin ada berkata asasnya tetap sama, menggunakan awning dan perlu dijahit.  
Tetapi perlu diingati jika ada tambahan yang asli dan original terutamanya pemikiran fabric yang sesuai, gabungan warna, tatacara jahitan untuk kemasan maka setiap elemen tersebut jika ianya mampu membezakan dari karya terdahulu, maka ianya adalah karya yang asli yang mempunyai input atau usaha dalam penghasilannya, maka ianya layak untuk dilindungi dibawah hakcipta atau hak-hak harta intelek yang bersesuaian.
 Sesuai dengan petikan berikut:

 Petersen J. in University of London Press Limited v University Tutorial Press Ltd (1916) 2 Ch. 601 that
 ‘what is worth copying is prima facie worth protecting’ "

Bagi kes tudung, peniru memasuki pasaran yang sama dan bersaing terus dengan pengeluar yang asli; keadaan begitu amat menekan pengeluar asal kerana perlu menjaga hati pengguna dan umum dan mengekang lambakan tudung tiruan dari menganggu aliran kewangan dari pasaran yang sama.
Sama juga bagi kes restoran, jika konsep dan segala resepi telah dikongsikan dengan rakan kongsi cawangan; tetapi kemudian berlaku perselisihan maka maklumat kerahsiaan dan konsep yang telah dikongsikan adalah sukar untuk ditarik balik. Dalam kes ini yang mengawal hak-hak IP adalah perjanjian yang dibuat; perjanjian JV adalah sangat sukar dan perlu diteliti isu-isu berkaitan hak harta intelek dan juga exit clause yang baik. Oleh itu sebaiknya, mengambil jalan "licensing" atau "franchising".
Membina sesuatu perniagaan atau jenama mengambil masa yang lama, tetapi ian
ya memerlukan hanya 1 gossip untuk memusnahkannya.
NN


Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *