Profil

PROFIL PENULIS





Merupakan perunding harta intelek di Norunnuha Sdn Bhd iaitu sebuah agensi yang menguruskan harta intelek Paten, Cap dagangan bagi Jenama, Hak Cipta, Rekabentuk Industri, Perlindungan Tumbuhan Baharu, khidmat nasihat dan latihan berkaitan harta intelek.  
Puan Norunnuha juga merupakan salah satu penilai harta intelek yang terlatih.



Puan Norunnuha merupakan Ejen Paten, Cap Dagangan, Rekabentuk Industri yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan telah mempraktisnya semenjak tahun 2006 lagi. 
Juga merupakan Ejen Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (PVT) yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian.

Bagi menyokong pembangunan kapasiti modal insan bagi sektor harta intelek Puan Norunnuha juga terlibat sebagai tenaga pengajar bagi topik Harta Intelek dan Teknologi Maklumat (UUUK5282 ) di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program eksekutif Sarjana Harta Intelek. Beliau juga turut menyumbang kepada sebagai pensyarah jemputan bagi program Pengurusan Bioteknologi di Fakulti Sains dan Teknologi (FST),UKM. 

Puan Norunnuha juga sering dijemput sebagai pengajar ke program-program latihan berkaitan harta intelek, antaranya oleh Universiti-Universiti tempatan terutamannya bahagian pengurusan Inovasi dan Harta Intelek, Unit Inovasi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Politeknik dan banyak lagi.


Selain dari itu, beliau juga merupakan penasihat bagi beberapa jenama terkenal bagi porfolio harta intelek syarikat jenama tersebut, samada di Malaysia atau di luar negara.






Norunnuha Sdn Bhd


Patent, Trademark, Design, Copyright, IP Valuation, Advisory Services




Laman Sawang:www.norunnuha.com





Laman FB: Norunnuha (Nama pena: Hanannuha)


_________________________________________


BERITA


Berita berkaitan Puan Norunnuha Datuk Hj Nawawi

Oleh: 


International Fedaration of Intellectual Property Attorneys SEAD Bangkok dan Testimonial








Oleh : 


Puan Norunnuha Datuk Hj Nawawi merupakan ahli Panel bersama Puan Norhafizah dan En. Fairuz  dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)





Laporan di Sinar Harian:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *