Jumaat, 20 Oktober 2017

Trademark dan Undang-undang berkaitan Akta Cap Dagangan Malaysia

#2
-------------------------------------
TM-Trademark Act Malaysia

Jika terdahulu membincangkan Cap dagangan atau TM yang terbina disebabkan penggunaan dan pembinaan nama baik atau goodwill Rujuk pautan ini.

Kini kita lihat pula pilihan untuk merancang jenama dan menggunakan peruntukkan Akta cap dagangan Malaysia.

Bagi yang merancang memulakan perniagaan (atau pengeluaran produk baharu), pasti ada perkataan-perkataan yang bermain difikiran untuk dijadikan samada nama syarikat atau jenama untuk produk.

_____________________________________________________________


Untuk memastikan perkataan yang ada digambaran itu berpotensi untuk didaftarkan dan boleh digunakan (available-bukan milik pihak lain); 


langkah berikut perlu diambil;

1. Senaraikan dahulu perkataan-perkataan tersebut;

2. buat semakan carian umum menggunakan enjin carian "GOOGLE" dan beberapa lagi enjin yang berkaitan.

3. buat semakan makna/erti dalam pelbagai bahasa, adakah ianya mempunyai erti yang tidak baik dalam bahasa asing yang lain.

4. Merujuk kepada senarai perkataan-perkataan yang sedia ada.

Asingkan perkataan-perkataan berikut:

= yang telah digunakan oleh pihak lain,
(samada sama atau hampir sama);

= yang mempunyai maksud yang kurang enak (samada secara bertulis -di dalam kamus atau secara bahasa pasar);

= yang mempunyai/merujuk kepada nama tempat, terutama kawasan atau geografi yang terkenal;

= yang mempunyai perkataan yang merujuk kepada produk (direct ref);

= perkataan-perkataan seperti "Royal", "Halal", "patented".

5. Buat semakan carian di pengkalan data cap-dagangan IP Online (bagi permohonan di Malaysia) keatas senarai pendek perkataan-perkataan yang berpotensi.

6. Asingkan perkataan-perkataan yang ada di dalam senarai daftar.

7. Memperoleh senarai pendek perkataan berpotensi didaftarkan, sebaiknya 2 atau 3.

8. Bangunkan rekaan perkataan tersebut samada menggunakan stylized font atau rekaan baharu atau gabungan dengan logo atau device, merujuk kepada konsep jenama yang ingin dipasarkan kepada pengguna.

9. Membuat pilihan yang sesuai dengan konsep jenama dan buat semakan akhir di pengkalan data untuk perkataan dan device (jika ada).

Setelah dipastikan.

10. Failkan permohonan cap dagangan di MyIPO.



_______________________________________________________________

Langkah-langkah di atas,

Boleh melakukan sendiri; atau 

berhubung dan menggunakan khidmat Ejen Cap dagangan berdaftar untuk tujuan semakan dan pengurusan pemfailan TM tersebut.

Proses pemfailan di MyIPO akan mengambil masa anggaran 8 bulan ke atas untuk mendapatkan sijil dan masih tertakluk kepada pemeriksaan oleh pemeriksa cap dagangan.


_______________________________________________________________

Nota 1
untuk senarai perkataan yang tidak boleh didaftarkan atau yang memerlukan kelulusan pihak lain perlu rujuk Akta Cap dagangan.

Nota 2: 
Langkah 2 dan Langkah 5 untuk produk yang disasarkan ke pasaran luar negara, pengkalan data perlu diluaskan kenegara tersebut.

Nota 3: Penafian
Panduan ini dibangunkan hasil cerapan kendiri dan bacaan bagi pemilihan cap dagangan dari awal. Ianya tidak terhad kepada 10 langkah sahaja. Rujuk ejen-ejen yang berdaftar bagi membantu proses yang berkaitan.


Turut di pos di fb: fb link.

Contoh jenama yang telah berdaftar dan direka dengan mengambil kira langkah-langkah di atas.






Cukup dahulu untuk hari ini.

1 ulasan:

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *