Jumaat, 5 Januari 2018

Permohonan Cap dagangan atau Trademark di Malaysia untuk 10 tahun terkini

Jenama (Brand)


Dah biasa dengar tentang jenama, dan juga kepentingan perlindungan jenama dengan menggunakan pendaftaran cap dagangan atau biasa dirujuk sebagai "trademark registration".



Nak tahu penting atau tidak pendaftaran cap dagangan ini, kita lihat statistik pemfailan cap dagangan yang diperolehi dari laman MyIPO.

Jika dilihat seperti di jadual di atas:

Permohonan cap dagangan pada tahun 2007 oleh:

Pemohon tempatan di Malaysia adalah sebanyak              :   12,289 permohonan cap dagangan;

Pemilik jenama antarabangsa (foreign) adalah sebanyak   :  13,605 permohonan cap dagangan.


Oleh itu,
jumlah permohonan cap dagangan untuk tahun 2007 adalah sebanyak: 

25,894 permohonan cap dagangan.


Setelah itu, didapati bilangan permohonan cap dagangan telah meningkat dari tahun ke tahun iaitu:
pada tahun 2008: 26034 permohonan; dan 

pada tahun 2016: meningkat kepada 39,107 permohonan cap dagangan bagi pemohon tempatan dan pemohon antarabangsa.


Pada tahun 2017, setakat November 2017; didapati jumlah permohonan cap dagangan tempatan adalah sebanyak 17, 918 permohonan manakala jumlah pemfailan oleh pemohon antarabangsa adalah 19, 361. Oleh itu jumlah keseluruhan setakat November 2017 adalah 37,279 permohonan.

Jika dibandingkan dengan bilangan permohonan cap dagangan pada 2017 setakat November dengan bilangan permohonan cap dagangan pada tahun 2007 didapati terdapat peningkatan sebanyak hampir 12,000 permohonan. 

Permohonan cap dagangan dari pemohon tempatan juga menunjukkan peningkatan yang sihat.


Oleh kerana cap dagangan ini berkait rapat dengan perusahaan dan perniagaan, peningkatan ini merupakan petunjuk yang  bahawa makin ramai usahawan di Malaysia yang memahami kepentingan mendaftarkan jenama mereka di MyIPO.

Peningkatan dari pemilik jenama antarabangsa juga menunjukkan bahawa pasaran Malaysia kini adalah sangat aktif dan kompetetif berbanding 10 tahun lalu. 

Kini boleh didapati banyak jenama-jenama antarabangsa yang memasuki Malaysia, jika dahulu jarang kita lihat jenama-jenama kosmetik dari Korea, kini ianya boleh didapati dipasaran Malaysia.

Contoh jenama-jenama dari Korea ini adalah seperti:

Natures Republic, 

Laniege, 

Elianto, 

Althea, 

dan beberapa lagi jenama terkenal.

Jenama Althea Korea Malaysia
Sumber: www.myalthea.kr


Untuk melindungi jenama mereka, perlulah pemilik jenama antarabangsa tersebut didaftarkan di Malaysia. Ini kerana permohonan cap dagangan atau trademark ini bersifat kewilayahan dan perlu dipanjang ke negara-negara yang mempunyai potensi pasaran.

Selain dari bilangan permohonan cap dagangan boleh juga di dapati bilangan cap dagangan yang didaftarkan. Proses untuk memperolehi cap dagangan berdaftar adalah mengambil masa dan paling minimum jika ianya adalah kes langsung yang tidak menerima apa-apa bantahan maka prosesnya adalah anggaran 8 bulan untuk memperolehi sijil cap dagangan. 

Jika ada isu-isu kebolehdaftaran atau kesamaan cap dagangan yang dipohon dengan maklumat didalam daftar rekod cap dagangan MyIPO maka terdapat langkah-langkah lain yang perlu diambil untuk mendapatkan pendaftaran. 

Dalam kebanyakan kes yang mempunyai isu ada sebahagiannya bertukar status  seperti:

  • Ditolak (Rejected)
  • Bantahan dikekalkan (Objection Maintained), 
  • Diabaikan (abandon); atau 
  • ditarikbalik (withdrawn).



Cap dagangan berdaftar yang melindungi jenama adalah merupakan salah satu komponen harta intelek (intellectual property) yang amat penting bagi usahawan. 

Oleh itu, jangan sia-siakan penat lelah membangunan perniagaan tapi akhirnya terganggu kerana isu-isu berkaitan hak cap dagangan yang sebenarnya boleh diuruskan. Lebih baik berbelanja sedikit dari rugi besar dikemudian hari.


Tukar minda untuk melihat pendaftaran harta intelek samada cap dagangan, paten, hak cipta, rekabentuk industri adalah merupakan satu bentuk pelaburan dan bukannya perbelanjaan.



Untuk maklumat lanjut:


25 ulasan:

  1. Cap dagangan penting supaya takde yang tiru design kita. Kalau buat business tudung ke, kena daftar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ezna. Pendaftaran cap dagangan untuk melindungi jenama. Jika design macam design tudung ada dua bentuk perlindungan pertama di bawah rekabentuk industri atau dikenali juga sebagai industrial design registration, dan keduanya adalah hakcipta atau copyright.
      Digalakkan merujuk kepada pakar untuk mendapatkan pandangan skop perlindungan mana yang sesuai.

      Padam
  2. Baru baru ni banyak jugak kawan-kawna blogger yang berkongsi pasal MyIPO atau pasla hak cipta ni. Tapi saya still lagi ragu ragu nak register blog saya ke tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada produk, baguslah daftar cap dagangan untuk melindungi jenama.
      Jika karya-karya boleh dilindungi di bawah hakcipta.

      Padam
  3. I need to register my website too. Thanks for the reminder.

    BalasPadam
  4. waa.. nampaknya kena daftar blog saya untuk lindungan hakcipta ni.. hee~ okay tak kalau saya buat ?

    BalasPadam
  5. Peningkatan ini menunjukkan bahawa dah ramai orang kita menyedari kepentingan cop dagangan

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian. Banyak betul permohonan cap dagangan yer. Baru tahu.

    BalasPadam
  7. bagus perkongsian info ni, ilmu baru tentang hak sebagai usahawan

    BalasPadam
  8. Baru tahu tentang cap dagangan. Bagi yang berbisnes dan ada produk dan jenama sendiri memang patut daftar di MyIPO kan.

    BalasPadam
  9. Betul!! Lebih baik berbelanja lebih sikit daripada terpaksa terpaksa rugi besar :) gud sharing sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Cik Tie! sekadar berkongsi serba sedikit. Tidak banyak penulisan santai berkenaan harta intelek untuk kefahaman umum.

      Padam
  10. that;s good! semakin banyak means the awareness is getting there!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  11. Tak ada barang sendiri untuk daftar cap dagangan, next time kalau ada boleh lah buat. Mudah2an adalah satu hari nanti produk sendiri...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh berimpian, semoga satu hari nanti ada produk sendiri.
      Walaubagaimana, cap dagangan ini tidak terhad kepada produk sahaja.

      Padam
  12. Bezanya utk blogger adalah, ia lebih murah dan tidak rumit. Jika untuk Bisnes agak rumit. Wang juga besar. Hahaha. Jadi sebelum submit borang dan wang. Pastikan lengkap isi borang. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika memohon sendiri, pastikan dapatkan maklumat yang tepat sebelum mengisi borang.

      Padam
  13. This is great for business owners, now they get to protect themselves.

    BalasPadam
  14. wah bagus sekali ya di malaysia ada seperti ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Indonesia juga ada, merek dan harta intelektual.

      Padam
  15. Perkongsian yang bagus... boleh rujuk sini nanti semasa nak mengisi borang Bonde bookmark page!

    BalasPadam
  16. Alhamdulilah, ada beberapa rakan #RawlinsGLAM yang ada produk sendiri mula sedar perlunya pendaftaran cap dagangan mereka sebab taknak kerugian di masa depan.

    BalasPadam

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *