Rabu, 10 Januari 2018

Penting atau ke tidak carian cap dagangan bagi usahawan

Telah berbelas tahun menceburi bidang harta intelek ini, banyak ragam dan kerenah dihadapi.

Antaranya kisah Makcik Usahawan makanan berikut:

Ada suatu hari tu pada tahun 2012, anak buah saya menerima panggilan di pejabat dari seorang Makcik Usahawan makanan. 

Saya sewaktu itu didalam bilik saya melakukan kerja-kerja rutin menyemak fail dan penderafan. Saya keluar untuk ke "ladies" (fahamkan) dan mendapati anak buah sedang mendengar percakapan Makcik Usahawan ditelefon. 

Saya teruskan langkah ke "ladies", selesai di "ladies" sayapun kembali kebilik tapi langkah saya terhenti kerana anak  buah masih di  talian.

Saya bertanya perlahan:


Kenapa lama sangat telefon tu?

Dan beliau melihat saya dan menunjukkan reaksi diwajahnya, 

Beliau menyatakan secara perlahan:

"Makcik Usahawan meluahkan perasaannya di sebabkan satu surat yang di terimanya."

Saya : Surat apa ya?

Anak buah: Surat peguam

Saya: hmmm....minta makcik usahawan datang ke pejabatlah, perkara begini tidak digalakkan bincang ditelefon, berbual ditelefon pun tidak dapat maklumat yang tepat dan tidak dapat lihat surat yang diterima.

Anak buah: baik


Beliau memaklumkan kepada Makcik Usahawan untuk hadir kepajabat kami.

Esok harinya, 
Makcik Usawahan pun hadir dipejabat dan kami bertemu.
Makcik Usahawan meluahkan segala-galanya dan menunjukkan surat peguam yang diterima.

Surat tersebut adalah surat tanpa prejudis arahan berhenti atau "cease & desist" dari syarikat pengeluar makanan tempatan yang ternama. 

Jadi saya pun mengorek maklumat dengan lebih dalam lagi berkenaan aktiviti Makcik Usahawan. 

Makcik Usahawan: 

Saya telah menempah pembungkusan Puan, saya juga dah mohon mendapatkan sijil halal menggunakan pembungkusan dan nama sediada.

Saya:

Makcik Usahawan, boleh beri saya surat itu untuk anak buah saya semak maklumatnya.

Makcik Usahawan:

Ini dia puan, saya dah masuk Giant puan, susah saya jika saya perlu tukar puan.


Diringkaskan, nama yang digunakan di atas pembungkusan produk Makcik usahawan ini adalah sama seperti nama yang didaftarkan di Myipo oleh syarikat pengeluar makanan tempatan tersebut.

Bermakna jenama produk yang Makcik Usahawan pilih adalah sama seperti nama yang telah ada didalam daftar untuk kategori produk makanan juga.  Oleh kerana pendaftaran pihak syarikat besar itu sudah lama, masih sah dan digunakan juga di pasaran. 

Maka saya menasihatan Makcik Usahawan untuk menukar pembungkusan seperti yang dipinta oleh surat peguam tersebut.

Maka terpaksalah Makcik Usahawan, membelanjakan wang menukar pembungkusan, menguruskan dan memaklumkan perihalan pertukaran tersebut kepada badan persijilan dan pengedarnya. 

Ya, kos tambahan perlu dikeluarkan.  

Nota:

Ini namanya rugi kemudian, jika awal-awal telah membuat semakan, perkara ini boleh dielakkan. 


Ini adalah cara yang lebih baik dari cuba melawan kerana produk Makcik Usahawan dengan jenama yang sama itu adalah lebih terkemudian tarikh pemasarannya. 



Oleh itu sebelum membuat apa-apa keputusan berkenaan jenama semak dahulu ya.

Gunakan sistem carian atas talian yang di sediakan oleh pihak Perbadanan Harta Intelek MYIPO di link ini:IPonline dan pilih Trademark. Search.




Mohon buat bacaan untuk memahamkan konsep cap dagangan berdaftar dan jika rasa tidak berapa faham atau tak berapa nak mahir maka hubungilah individu yang boleh membantu membuat semakan.


Ungkapan atau pertanyaan yang sering kami dengar adalah:

1. Kat mana nak fail cap dagangan  ya?

2. Alah senang aja failkan cap dagangan ini! Betulke?

3. Alamak, ada orang dah fail dululah cap dagangan yang hampir sama dengan aku! Apa nak buatni?

4. Adoi, apa surat apa yang sampai ni?

5. Perlu daftar ke?


Boleh pembaca  tolong jawabkan soalan-soalan ini, tulis no soalan dan nyatakan jawapannya.





4 ulasan:

  1. Setuju, seeloknya sebelum buat sesuatu kena rujuk dulu MyIPO, bila dah jadi macam ni memang banyak kos diperlukan..patenkan jenama terlebih dahulu adalah jalan yang paling baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Daftarkan jenama dahulu adalah jalan yang lebih baik dan kurang risiko.

      Nota: Paten hanya untuk teknologi baharu yang menyelesaikan masalah.

      Padam
  2. Apa yg sy baca Myipo memang sangat membantu kepada mereka yg ada produk dan jenama sendiri supaya produk tidak ditiru oleh org lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Perbadanan Harta Intelek MyIPO merupakan penjaga akta-akta berkaitan. Terdapat juga ejen-ejen yang berdaftar dan membayar yuran kepada MYIPO setelah lulus peperiksaan PATENT. Untuk khidmat nasihat yang lebih berkesan boleh berhubung dengan mereka.
      Pengalaman dan kepakaran adalah sesuatu yang tidak boleh ditimba sehari dua.

      Padam

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *