Selasa, 19 Disember 2017

Kes tepung Susu Tiruan; kasihan anak-anak kecil jadi mangsa.

Baru-baru ini banyak perkongsian dilaman sosial berkenaan kes susu tepung tiruan bagi suatu jenama antarabangsa yang agak terkenal dengan reputasi formulasi susu yang baik dan berkhasiat untuk anak-anak yang membesar. Kebanyakkan kes dilaporkan berlaku di kawasan Johor.

Umum mengetahui susu ibu adalah susu yang terbaik, tetapi kadangkala ada ibu-ibu yang tidak boleh membekalkan amaun yang cukup kepada bayinya. Oleh itu, perlu bergantung kepada susu formula. Susu formula banyak dikeluarkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang membuat kajian tentang penggantian susu ibu ini. Terutama bagi ibu-ibu yang bekerja pemlihan susu formula yang terbaik memastikan anak-anak mendapat khasiat yang secukupnya.

Tetapi, amat mengecewakan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan membuat atau meniru atau dalam kata lain yang biasa kita dengar "menciplak" pembungkusan susu formula jenama antarabangsa ini. 

Dan lebih memburukkan lagi bila susu-susu tiruan ini memasuki rangkaian pasaraya. Susu tiruan ini tidak dapat dibezakan dari yang asli. Apatah lagi bayi atau anak-anak yang mengambil susu tersebut tidak dapat menyatakan perbezaan kepada orang yang lebih dewasa. Bayangkan risikonya kepada anak-anak tersebut.

Didalam 1 gambar yang dikongsikan di media sosial kelihatan rashes atau tompokan merah dikulit anak-anak tersebut. Tidak pasti berapa lama proses alahan ini menunjukkan tanda atau simptom. Bagaimana pula bagi anak-anak yang tidak menunjukkan simptom yang jelas.

Kesan dan implikasi tindakan mereka yang mengeluarkan produk tiruan amat menakutkan dan mungkin belum nampak ketara pada masa ini.

Mereka-mereka yang bertanggungjawab ini perlulah dibawa kemuka pengadilan.
Mohon pemilik jenama susu formula tersebut menjalankan tanggungjawabnya untuk memantau produk di pasaran dan menggunakan sistem penguatkuasaan bagi memastikan produk yang dipasarkan adalah benar-benar milik mereka dan yang asli. Gunakan KPDNKK dan jaga hak harta intelek jenama tersebut. Amat penting, jika tidak dijaga, pengguna mungkin akan beralih ke jenama lain yang boleh dipercayai. Kebanyakkan jenama antarabangsa akan mendaftarkan jenama mereka di Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau dikenali juga sebagai MYIPO.


Bagi ibu-ibu pula bila ada maklumat-maklumat begini perlu sedikit berhati-hati, belilah produk susu formula di rangkaian pasaraya yang boleh dipercayai atau tukar sementara isu ini diselesaikan.
Sebaiknya belikan bagi anak-anak 2 tahun keatas boleh berikan alternatif lain untuk keperluan tumbesaran dan nutrisinya.

#Susutepungtiruan

22 ulasan:

  1. ada terbaca. sian lah budak kena mcm ni oleh org yg tak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  2. Kesiannya budak-budak yang menjadi mangsa, takut susu tu sebenarnya dah tercemar, i memang bf anak sampai sekarang, lebih fokuskan minum susu segar macam ggodday ehehe, lepas tu sekarang bagi makan nasi sayur ikan semua tu. seram la, lagi pun anak anak memang tak suka minum susu tepung sebab rasa dia pelik hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kelebihan menyusui anak sendiri. Risiko-risiko begini dapat dielakkan. Tetapi tidak semua ibu bernasib baik mempunyai bekalan susu yang cukup. Maka alternatif yang terbaik adalah yang diformulasi.

      Padam
  3. Tak baiknya buat macamni, kesian dengan anak anak nanti. Ibubapa kena alert lepas ni semasa membeli. hm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Rafzan! perlu sentiasa berwaspada. Beli membeli pastikan perkara asas seperti tarikh luput disemak.

      Padam
  4. kesian kan.. budak yang baru nak mula hidup tetiba menghadapi situasi yang macam tu.. jadi mangsa atas kerakusan orang lain yang nak cari duit dengan cara salah.. tak tahulah macam mana keadaan baby tu.. sedih sangat tengok dia muntah2..

    BalasPadam
  5. Sokong, makanan dengan susu tepung bayi ni saya pun bagi perhatian jugak sebagai mama. Saya beli terus dengan Brand terus melalui 11street atau kat hypermarket tak berani beli kat kedai kat luar.

    BalasPadam
  6. baru taw ada susu tiruan.. terima kasih pengkongsian ni.. seharusnya kena peka produk yang diciplak ni

    BalasPadam
  7. kesan daripada perkara tiruan ni pd anak2 yang tak mengeri apa2...kesian kan... semua kena bertanggungjawab semua ini tidak akan berlaku

    BalasPadam
  8. Oh kes susu tepung Enfa tu ya. Jenama besar camtu ofkoz dan register trademark international. Susu tepung tiruan ni macam pelik je berlaku kat susu mahal macam enfa tu. Sebab mahal gila kot. Kalau susu murah tak dan nak tiru dan habis dijual. Pendapat ruby, ibu bapa kena peka dimana boleh beli produk susu yang dijaga rapi. Kalau kedai runcit, kualiti susu tu mungkin berubah sebab suhu dalam kedai yang hanya menggunakan kipas angin? Penghawa dingin tak berapa dingin ke? Ruby selalu beli susu anak dekat Tesco, AEON, Giant dan pasaraya hupermarket camni lah. Lepas tu beli online dekat lazada pun kena perhatikan juga kenapa murah. Lagi 6 bulan nak expired pun mereka maklumkan. So ibu bapa perlu paranoid. Sebab ini semua demi anak-anak. Panjang plak membebel. Hahahaha. Just pendapat ruby. Hehehe

    BalasPadam
  9. macam-macam produk nak tiru. hmmm. yang kesiannya penggunalah kan. memang kena belek betul-betul label produk

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  10. Zaman sekarang nak untung punya fasal dah tak fikir kesannya kat orang lain. Harap kejadian macam ni takkan berulang lagi.

    BalasPadam
  11. Ada baca berkaitan susu tiruan ini... sepatutnya ia tidak berlaku, jenama sudah mahal sepatutnya bahan pembuatan harus dikawal.

    BalasPadam
  12. Sepatutnya Susu tiruan ini tidak wujud, Jenama Susu sudahlah Mahal... Bila terjadi perkara macam ni kesian dekat parent seharusnya di ambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menjadikannya tiruan,

    BalasPadam
  13. Alahai.. Betul lah tu. Sebab ketamakan orang dewasa, kanak-kanak pula yang teraniaya. Manusia jenis apalah mereka yang tak bertanggungjawab ni.

    BalasPadam
  14. sangat tak berhati perut mereka yg buat susu tiruan tu. Pentingkan duit berbanding nyawa. minta kita semua dijauhkan daripada terkena bedna2 nie

    BalasPadam
  15. takut nya bila dengan susu tiruan ni. Taknak nanti tumbesaran anak-anak terbantut dengan susu tiruan ni.

    BalasPadam
  16. Sedih Rawlins apabila ramai yang mempermainkan makanan pula. Bayangkan ahli keluarga dan anak kecil yang menjadi mangsa - luluh hati Rawlins.Jahat dan kejam yang buat menda camni.

    BalasPadam
  17. This is so scary, have to be extra careful. Those who are doing this really doesn't have a heart.

    BalasPadam
  18. Kesiannya kan. Susu tepung pun nak buat tiruan.

    BalasPadam
  19. Kesian btul kat anak2 malang yg terminum susu tiruan ni...
    tapi as parents kita kena beware sbb x mngkin susu yg mahal boleh jual murah melampau...
    Bab2 rega susu formula ni saya kurang arif sbb dua2 anak saya bf

    BalasPadam
  20. Such irresponsible people. How come they can think to produce a fake milk powder. Government should take action on this people.

    BalasPadam

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *