Khamis, 9 Julai 2015

Bob pelikat pants oleh Afdlin Shauki: Ada yang tiruan

Sudah beberapa hari berlalu cerita ini, tetapi masih relevan dan ingin dikongkan sebagai rekod.Ianya berkenaan rekaan seluar cawat labuh oleh Afdlin Shauki dengan jenama BOB yang ditiru dan dijual oleh penjual yang tidak mempunyai lesen dari pemilik rekaan iaitu syarikat Afdlin.

Pendapat saya adalah, pihaj yang berkenaan iaitu penguatkuasa perlu memahami kehendak pasaran tempatan, dan jangan hanya menumpu penguatkuasaan kepada  jenama luar negara atau getup atau tradedress antarabangsa sahaja. Perlunya ada sedikit perluasan dalam takrifan peruntukkan undang-undang terutamanya dalam menjaga keperluan ekonomi domestik. Hanya dengan penghormatan dan penghargaan produk tempatan baharulah kekuatan ekonomi dalaman negara dapat diperbaiki dan diperkukuhkan. 

Amat pelik ada yang berasa kasihan kepada pencopet, pencuri idea rekaan dan individu yang mengambil kesempatan menawarkan untuk penjualan barangan hasil rekacipta dan hak harta intelek IP individu yang lain kepada masyarakat umum dengan niat untuk mengambil keuntungan besar tanpa perlu mengeluar modal mencari idea dan juga menginovasi.  

Persoalannya mengapakah sebelum tercetusnya idea oleh rekaan seluar cawat labuh dengan motif cetakan pelekat,tiada pula heboh-heboh tentangnya.  Saya jelas, kain pelekat yang dibuat seluar memang telah diketahui, tetapi elemen yang baharu bagi rekabentuk pelikat pants ini pada pendapat saya adalah cawatnya yang labuh dan rekaan keseluruha seluar tersebut. Motif cetakan pelikat yang digunakan menambahkan lagi keunikan pelikat pants ini.

Paparan di fbpage Afdlin menunjukkan pelikat pants jenama BOB

Untuk produk pelikat pants ini boleh dikatakan terdapat  kategori hak harta intelek yang jelas iaitu, rekabentuk industri/design (rekaan keseluruhan pelikat pants tersebut), cap dagangan/Trademark iaitu logo BOB dan juga hakcipta/copyright (bagi motif cetakan yang digunakan untuk menghasilkan rupabentuk keseluruhan). Tiada perlindungan Paten yang terlibat ya. Kesilapan terma ini biasa didengari dari umum. Harap dapat diperbetul. Tambahan lagi laporan akhbar juga kadangkala mengguna pakai terma yang silap.




Berikut adalah notis yang dikeluarkan sendiri oleh Afdlin Shauki di laman facebook pagenya.

Sumber fbpage Afdlin pencetus idea Bob pelikat pants


Laporan Serbuan pelikat pants jenama BOB oleh KPDNKK


Baca SINI laporan dari Sinar Harian


Jenama BOB pelikat pants adalah antara jenama Malaysia yang meningkat naik, dan kadar keluasan pasarannya adalah lebih besar kerana gologan pemakai adalah lelaki dan tidak terhada kepada muslim sahaja. Semoga jenama ini dapat merentasai sempadan seperti juga jenama tudung terkenal Malaysia Fareeda Nyata Jelita.
Diakhiri dengan nasihat Afdlin berinovasilah.
hakikatnya umum sentiasa mencari kelainan atau faktor penbeza, faktor pembeza ini juga membolehkan sesebuah syarikat sentiasa mandiri didalam pasaran. Pernah terfikir tak kenapa perlu ada pelancaran produk baharu, jika tiada permintaan terhadap barangan akan melalui fasa konstan atau statik tanpa peningkat, hanya dengan pelancaran dan pengiklanan produk baharu , baharulah nilai penjualan akan menunjukkan peningkatan.


Norunnuha Datuk Hj Nawawi

Norunnuha Sdn Bhd

Patent, Trademark, Design, Copyright, Plant Variety Protection

Ejen Berdaftar  Malaysia bagi Paten, Cap dagangan, Rekabentuk Industri dan Perlindingan Varieti Tumbuhan Baharu.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sila isi borang pertanyaan IP

Nama

E-mel *

Mesej *